Sabtu, Jun 21, 2008

Snek Awal Pagi : Edisi Terlebih Awal Kerana Aku Nak Pergi Pasar, Ada Masalah?

Begitu semangat aku pagi ini.

Sidang konferens antara para intelektual dari segala lapangan berbincang tentang faktor pemanasan global.

'Pemanasan global maka tak boleh piknik lusa.'

'Kau nak aku hitam macam mana lagi?'

'Taknak la siang-siang, nanti badan I bau kepam.'

OK. Kita piknik petang sikit bila mana redup mula menutupi langit. Aku pun taknak piknik tengah-tengah hari buta. Letak ketam hidup tengah panas, campak sikit lada hitam, minyak apa yang patut serta merta ia bertukar menjadi ketam black pepper. Begitulah gambaran bagaimana panasnya siang hari di tepi pantai. Tak payah letak garam, cebur-cebur air laut sudah memadai.

Aku ditugaskan sebagai penganjur, chef, pemandu pelancong, tukang angkut beg tangan, tukang beli lauk dan oh ya, tukang pengumpul korum.

'Tak payah la ramai-ramai. Sentimental segan nak singgah jika 2 bas yang datang.'

Baik. Aku nak ramai-ramai datang sebab kos perbelanjaan dapat dikurangkan semaksimum yang mungkin. Untuk aku seorang sajalah. Lain-lain bayar penuh. Banyak cantik kamu semua punya muka.

Dah. Aku taknak kemas kini dalam masa yang terdekat. Dan kamu kena ingat kata-kata aku tiada satu pun yang boleh dipakai. Jadi, abaikan.

Dah, aku nak tidur. Esok nak pergi pasar beli ayam 4 ekor nak suap mulut Gasar Malaya. Dasar Gasar, ikan tak nak. Memilih.