Kamu tahu apa itu agas?
Ya, retorik kepada burung. Satu lagi?
Kasihan. Jika ada kelapangan pergi cari para guru yang mengajar kamu semasa zaman persekolahan dulu dan tamparlah mereka berulang kali kerana tak pernah terlintas dalam kepala mereka nak bagi kamu bijak sikit. Agas pun tak tahu parahlah.
Agas berkongsi banyak persamaan dengan nyamuk. Dari keluarga nyamuk juga. Oh, suka diingatkan di sini aku tulis entri ini tanpa rujuk apa-apa fakta. Aku baru bangun tidur, rajin pula nak semak itu-ini. Kalau salah, pergi maki dinding, jalan jauh sikit kemudian pergi salak bukit.
Agas itu nyamuk. Nyamuk yang biasa kita tengok, tampar, pijak, sembur dengan racun, bagi makan ikan kaloi, berwarna belang hitam dan putih. Nyamuk banyak jenis, pergi Google sendiri. Atas tangan satu lagi, agas berwarna coklat kekuningan. Bukan coklat pekat, cair dan sedikit kekuningan. Masih kabur?
Salin kod ini dan tampal pada aplikasi Illustrator atau apa-apa sajalah yang berkaitan.
#F5F5DC
Itulah warna agas. Atau sedikit pekat, ikut situasi. Ikut kelembapan suhu dan faktor pencahayaan tempat ia membiak.
Sebelah bilik aku hutan. Sedikit sivil dari rimba, tapi cukup kalau aku cakap jika ia merupakan mini zoo. Zirafah dengan panda saja yang belum nampak kelibat. Singa pun sama. Buaya julung-julung pun begitu juga. Nanti dah cukup semua binatang menjadikan hutan sebelah rumah aku sebagai habitat, aku bukalah gerai tiket. Mesti aku pasarkan habis-habisan.
Hutan juga jadi habitat dan pusat pembiakan kepada agas. Agas ini, mengikut pandangan seorang profesor, adalah pembersih. Kenapa? Berbeza dengan nyamuk, agas hanya bertelur dan membiak di kawasan yang lembab, redup dan bebas dari bau-bauan. Berbeza dengan nyamuk yang mana tercampak, berkolonial mereka di situ. Lubang najis pun dia sebat.
OK. Dipendekkan cerita kerana aku kesuntukan masa, aku terjaga kerana serangan agas. Tak merbahaya gigitan mereka kerana mereka ini, seperti yang aku taip di atas, pembersih. Dah naik merah-merah aku garu tangan, perut dan betis.
Check list benda perlu beli ditambah lagi entri yakni penyembur racun serangga untuk pembasmian serta merta dan sekotak Dunhill Light sebagai kelambu.