Orang tua-tua selalu cakap, senja adalah masa di mana makhluk-makhluk ghaib bersiar-siar. Perantaraan terang dan gelap; bunyi pun dah agak seram, itu belum lagi kita secara literal berada dalam suasana tersebut.
Bagi orang dewasa susah bagi mata telanjang mereka untuk melihat kelibat makhluk ghaib, atas sebab apa aku tak sempat nak bertanya dan malas nak mengkaji selak buku apa cirit.
Lain pula kepada bayi. Lebih-lebih lagi yang masih baru dilahirkan, mereka ini dikatakan golongan istimewa yang dapat melihat kewujudan makhluk yang tak dapat dilihat oleh mata kasar/telanjang.
Double A W memang jarang menangis dan buat ragam jika orang lain dodoi atau bergurau-gurau dengannya. Aku tahu dalam hati dia berkata, 'Dont make a fool out of yourself, don't make that stupid face, don't even think that weird tone of voice is going to make me smile. Grow up, idiot!'
Rasa-rasa akulah kerana aku sendiri dah jemu tengok orang yang cerdik pandai terus jadi bodoh lembab bila berdepan dengan bayi. Mereka ingat mereka comel padahal muka masing-masing dah berkedut, beruban dan ada yang dah rompong di bahagian tengah kepala. Sungguhpun mereka menjengkelkan, Double A W tetap tak menangis.
Pelik. Aku jarang meluangkan masa bermain dengan dia kerana aku sendiri sibuk ataupun buat-buat sibuk dengan urusan yang sedia ada ataupun urusan yang dicetus pada minit-minit terakhir. Aku punya alasan tersendiri kenapa aku malas nak manjakan dia.
Kali terakhir aku cium dahi dia sebelum keluar rumah mencari sesuap nasi, sekotak rokok dan juga sekati bir pada minggu lepas diakhiri dengan teriakan dan tangisan. Aku cium dahi, bukannya aku curahkan air panas dekat celahan ubun kepala dia.
Ada sesuatu yang tak kena, aku dapat rasakan. Aku bukan fobia, bagi aku itu benda biasa kerana aku masih lagi asing bagi dia tapi itu belum cukup untuk mendukung teori 'orang asing'. Bagaimana pula bapa-bapa dan ibu-ibu saudara yang ada dari antara mereka aku sendiri tak kenal boleh main timang-timang tanpa Double A W mengomel?
Musykil.
Baru tadi aku beranikan diri pergi usik tangan dia yang bergerak-gerak macam robot kawalan jauh yang di kawal oleh orang yang baru belajar mengemudi alat kawalan. Nampak kelakar, jadi aku beranggapan jika aku dapat pegang tangan dia nescaya diamlah budak tu dan tidur seperti bidadari jantan.
Nyata aku silap sama sekali. Aku baru nak dekat dia dah jegilkan biji mata yang bulat dan tengok aku dengan sepenuh perhatian. Kebiasaannya jika orang berbuat sedemikian rupa, samada dia diserang strok ataupun terpandang cleavage mahupun terpandang benda yang tak sepatutnya dapat dipandang.
Klausa dengan kata kunci "dapat", apa yang kamu faham dengan potongan ayat terakhir?
Dan aku pasti dua sebab yang pertama adalah ultra mustahil boleh berlaku pada seorang bayi berusia 3 minggu, maka hanya ada satu saja kemungkinan. Dan kemungkinan tersebut nampak gayanya disokong oleh banyak faktor yang aku sendiri sedia maklum.
Aku rasalah masa dia melalak tempoh hari dia hendak menyampaikan mesej, 'Disperse! Your subordinates are scary and disgusting and smelly too. Get the f word outta here, comprende?'
Ada sesiapa boleh terjemah apa yang bayi cakapkan? Email aku kerana aku tak mahu kesimpulan yang aku buat menjadi penyebab dewasa nanti aku disajikan dengan crotch punch dan tanggapan buruk seorang anak buah. Oh sebentar, manalah bayi nak ingat. Kalau tak dah lama aku sepak pakcik aku di celah kelengkang kerana dia pun sikit lebih kurang macam aku juga.
Jadi, skru kamu!