Khamis, Jun 05, 2008

Klise : Jatuh ditimpa tangga.

Baru keluar hospital dah masuk balik.

Batu kecil keluar dari sistem perkumuhan Abah kelmarin. Tak perlu pembedahan, keluar secara semulajadi, ikut hukum alam.

Baguslah tu. Kalau kena bedah, serabut juga nak bayar kos pembedahan. Kali pertama pergi, batu karang sebesar biji sawi mungkin lebih kecil menelan belanja 4K untuk sesi pembedahan sahaja. Belum lagi cakap-cakap kosong dengan doktor. Seminit dia cas 60 ringgit. Kepala otak dia berjambul.

Sebelum mengalami sakit-sakit di pundi kencing sebelah kanan, Abah terlebih dahulu mengalamai sakit-sakit di telapak kaki kanan. 2 minggu Abah pergi berurut tapi macam tu jugalah kaedahnya.

'I can drive.' Selang setengah minit. 'Now I can't.'

Aku bukan contoh anak yang baik, tapi pada sesetengah masa aku tahu tekan punat 'pause'.

Ke hulu ke hilir aku bawa Abah berubat dengan pengamal perubatan tradisional. Tanpa sebarang rungut, 1 hal kerana aku memang tak bercakap dengan dia dan seperkara lagi aku risau dengan kesihatan dia. Baru dapat cucu, mendatang bakal dapat menantu baru.

'Jangan macam-macam.' Bisik aku.

Hampir 10 pintu rumah tukang urut aku ketuk sampai mereka dah malas nak buka pintu. 'Balik-balik muko ekau. Poie la spital ha.'

Ya tak ya juga. Dah jadi lumrah kami sekeluarga, sengal-sengal badan mesti pergi urut. Sakit belakang pergi urut, tidak beraksi dengan baik di ranjang pergi urut. The Drill.

Abah akhirnya bertindak solo, dia tahu aku sibuk jadi dia pergi ke hospital setelah tiada lagi tukang urut yang mahu menekan segala jenis urat di tapak kaki beliau.

Pulang dari hospital, Abah tersenyum lebar.

Ibu tanya, 'Buang tebiat ke apa?'

Abah jawab, 'Ini barulah the real Hussein family.' Merujuk kepada arwah bapa kepada Abah.

Sembuh dari batu karang, kini disahkan positif gout.