Jumaat, Jun 06, 2008

Hai. Saya Anonimus, seorang hipokondria.

Semua penyakit aku ada. Tapi bila doktor cek, mereka kata kesihatan aku adalah pada paras tip-top.

Ini yang memusykilkan aku; doktor yang aku jumpa itu tak bertauliah atau kepala otak aku terperangkap dalam permainan minda.

Yang mana satu?

Aku berat memilih doktor yang tak bertauliah. Buka klinik sesuka hati tanpa ada lesen perubatan. Nak cepat senang. Periksa pesakit hendak tak hendak, semuanya superfisial.

Tapi galak aku berfikir tatkala minda aku dalam keadaan yang tenang yakni minda aku sendiri yang berkesimpulan doktor yang aku pergi jumpa tak boleh pakai punya orang.

Masakan tidak, aku tengok orang menggigil kesejukan akibat demam sedangkan jarak antara aku dengan orang itu 15 meter, satu jarak yang mustahil untuk berlakunya jangkitan kuman akibat perolakan udara, balik saja rumah badan aku pula menggigil.

Aku cek suhu badan dengan menyumbatkan termometer murah yang aku beli di kedai 2 Ringgit di celah ketiak, suhu yang dicatatkan adalah 40 darjah Celcius. Aku demam, denggi barangkali. Denggi berdarah adalah satu probabiliti tapi aku lebih selesa dengan denggi sahaja. Denggi berdarah boleh bawa maut. Berfikiran positif sikit la kawan.

Aku ke klinik, seperti biasa doktor mengesahkan aku positif.

Positif menipu.

Biar betul doktor ni, ada ke penyakit menipu? Aku tak berpuas hati. Aku pulang ke rumah secepat yang mungkin untuk mengambil termometer dan memecut ke kliniknya kembali.

Sampai di klinik, aku nampak orang batuk-batuk kuat. Secara otomatik, tekak aku jadi gatal. Seperti biasa jarak aku dan pesakit tersebut adalah luar dari radius perebakan bakteria. Pesakit tersebut batuk biasa-biasa sahaja, aku pula batuk sampai nak tercabut anak tekak.

Aku simpan termometer dalam poket dan bekejar ke klinik lain.

'Doc, saya ada batuk kering.'

'Maaf encik, saya jururawat je.'

'Damn! Saya berhalusinasi, adakah terminal?'

'Saya kurang pasti and again, I'm a nurse. IC?'

Tiba giliran aku, memandangkan klinik tersebut lengang tanpa pesakit, aku dengan gopohnya menendang pintu sebelum sempat jururawat memanggil nama aku.

Dengan nada cemas, 'I'm going to die, this day, by this moment, any second from now!'

'Encik bawak-bawak mengucap ye.'

'Dah, dekat sepuluh kali saya mengucap. Manalah taukan.'

'Duduk dulu ya Encik..'

'Anonimus.'

'Ya, duduk dulu Encik Anonimus. Saya nak periksa apa yang patut.'

5 minit kemudian aku dikejarkan ke Hospital Besar.

Syukur, selama ini semua doktor yang aku jumpa ingat aku main-main. Naik ambulans lagi tapi tak pasang siren. Pelik tapi aku masih lagi gembira kerana masih ada lagi doktor yang prihatin dengan aku.

Setibanya di Hospital Besar, aku disorong atas kerusi roda melintasi kaunter pendaftaran unit kecemasan.

'Hello encik, sini wad kecemasan. Encik nak pergi mana?'

'Oh. Jangan risau Encik..'

'Anonimus.'

'Aha. Jangan risau Encik Anonimus. Kaunter pendaftaran untuk penyakit encik depan tu je. Bukan sini.'

Aku beranggapan bahawa kes aku tak layak untuk dilabel kecemasan. Aku beranggapan kaunter di hadapan sana adalah untuk kes hiper-cemas. Satu level di atas kecemasan. 5 saat lambat rawat terus kiok.

'Selamat datang Encik..'

'Tak reti baca ke? Saya punya IC ada atas meja tu.'

'Oh. Maaf. Nama encik agak unik. Saya saja nak buat double check. Manalah taukan.'

'Tak mengapa. Dah biasa.'

Aku tercari-cari papan tanda untuk kaunter pendaftaran tersebut. Sebarang penanda aras untuk penyakit-penyakit 'special' yang perlu didaftarkan di sini. Tak ada pun.

Selesai urusan pendaftaran, aku menunggu giliran untuk diperiksa doktor, buat kali ketiga untuk hari itu.

Tiba giliran, aku masuk dalam bilik rawatan. Memperkenalkan diri, masih lagi cemas dan penuh kekagetan. Hello, terminal OK, have some respect.

'Saya faham keadaan encik. Jadi saya rasa encik perlu ditahan wad dalam dua tiga hari untuk pemeriksaan lanjut.

Em...Itu barulah sesuatu.

Di wad, aku dikelilingi oleh banyak pesakit yang rata-ratanya tak berperilaku normal. Aku berfikiran positif bahwa mereka ini tertekan dengan penyakit terminal yang mereka hidapi dan untuk meleraikan ketegangan, mereka buat benda-benda ridikulus.

Kini setelah 3 tahun aku ditahan dalam wad, baru aku sedari bahawa aku sebenarnya sihat. Tak ada sebarang penyakit, baik sakit-sakit biasa mahupun yang kontagius. Yang sakit adalah otak aku.

Hari ketiga selepas aku ditahan wad, doktor datang jumpa aku dan menerangkan bahawa aku adalah seorang hipokondria. Ada terma sains bagi hipokondria tapi aku tak ingat apa yang doktor tu cakap. Mudah disimpulkan bahawa otak aku sakit. Pantang tengok orang lain sakit, aku pun nak sakit itu juga.

Aku dah sembuh. Akhirnya, datang juga Si Hipokondria untuk duduk bersamamu di lobi.