Manusia banyak buat kesilapan dalam hidup. Semua, tiada pengecualian. Persetankan Hak Keistimewaan. Baik pemimpin tertinggi sesebuah negara, mahupun mereka yang tergolong dalam kasta bawahan, pembohonglah kalau dalam hidupnya tak pernah sekali pun buat silap.
OK. Mari potong tahi ini.
Perjalanan pulang tengah hari tadi yang disulami dengan penguapan, hiper sensitif terhadap cahaya dan sedikit lalok dipercayai berpunca dari kekurangan waktu tidur menjadikan aku lapar. Tidak boleh menolak kenyataan bahawa tiada sebarang pepejal yang mendiami tembolok sejak dari petang semalam, aku perlu makan.
Aku Melayu. Aku pilih makanan ruji. Nasilah kawan. Apa kamu ingat nenek moyang kamu dulu kunyah Big Mac dan kentang goreng beserta segelas air kosong ke bila tibanya waktu makan? Air kosong tu adalah kebenarannya, tapi tang Big Mac dan kentang goreng, kamu digalakkan semak semula buku Sejarah sukatan menengah.
Tiada Melayu zaman dahulu makan makanan barat untuk juadah tengah hari. Perlu ulang sampai berbuih baru nak ingat? Kita sejak dahulu, sejak dari tanah tumpah darah ini masih lagi begelar Tanah Melayu kemudian dikurangkan tona perkauman kepada Malaya hinggalah tertubuhnya Malaysia, baik apa saja warna kulit, bahasa pertuturan, status sosial, Tuhan yang disembah, majoriti penduduk tanah bertuah ini akan mengambil nasi dalam diet harian mereka.
Oh, dalam kes-kes tertentu, ada juga yang tak makan nasi. Letak sebutir terus muntah pun ada. Dah aku saksikan sendiri depan mata. Ada tapi segelintir, tak cukup untuk membuat revolusi makanan ruji. Golongan terpinggir. Orang tak nak layan. Gedik.
*Mesej teks masuk secara mengejut. Sepupu aku hantar 'Hei, mengumpat ek? My ears are burning.
Baik. Berbalik pada intipati sebenar. Aku lapar. Aku singgah di gerai tepi jalan. Terpacak 2 buah payung yang biasa kita tengok dekat pasar tani/malam. Gerai tersebut terletak di seberang jalan. Kalau nak diikutkan, boleh saja aku memandu lagi 1 kilometer untuk akses kepada makan tengah hari yang selesa di bawah kipas pelbagai tetapi disebabkan mereka aku buat-buat lupa ada kedai makan yang selesa dan bersih tak jauh dari tempat aku berhentikan kereta.
Gerai tepi jalan di sini untuk tujuan tapau. Tapau la, takkan tak tau? Bungkus, bawa balik, ambil pergi, take away sir?
Tapau? Aku dah lapar. Aku nak makan la itu juga. Aku tewas, satu kebenaran pahit yang harus ditelan tak kira betapa tak selesanya perut untuk menghadam realiti sedemikian.
Aku lelaki normal. Sihat dari segala segi. Telah terbukti keperkasaan, kejituan, kepersisan, apa lagi. Orientasi seksual juga normal membawa makna aku lurus dan aku terpesona dengan mereka yang tak ada apa yang aku ada, vice versa. Sedikit ofensif di sini, ciri-ciri fizikal yang tak ada secara semulajadi. Lahir-lahir sahaja dah lain. Yang melalui proses menyakitkan seperti pembedahan membuang, suntikan hormon apa cirit, tak berkelayakan dan tidak akan ada pergolakan rama-rama dalam tembolok.
3 orang. Masing-masing masih muda, aku tak adalah tua mana pun. Padam rekod: Ada orang panggil aku budak. Muda di sini, mekar serba-serbi. Montok, cerah, kalau tak cerah pun hitam manis yang menghampiri kekuning-langsatan. Sedikit menghakis minat aku terhadap Cinta Oriental.
Dari atas sampai ke bawah tak ada yang kurang. Ada la kurang sikit-sikit. Kalau sempurna tak adalah mereka duduk bawah payung tepi jalan macam tu. Paling kurang pun dah berjaya menempa nama dalam industri fesyen selaku orang yang berjalan macam pinggang patah tu lah. Catwalk, entah. Ataupun bakat mereka masih belum dicungkil, bukan urusan aku kerana urusan aku adalah membeli makanan selepas terpedaya dengan taktik pelaris gerai.
Mana ada orang nak tiup-tiup zaman sekarang. Nak habis cepat, masak lauk dalam 5, 6 kawah lepas tu letak perempuan muda yang pakai ketat-metat sampai terbonjol semua isi badan sebagai tukang bungkus lauk, tukang kira harga dan tukang lambai dekat gerai.
Dijamin licin dan membuahkan hasil yang lumayan. Lebih efektif dari kebanyakan pemasaran multi-peringkat. Tak percaya? Cubalah.
Baik. Aku melintas semula ke seberang jalan selepas urusan pembelian dibuat. Ada kekesalan di sudut wajah namun apakan daya, masa tak boleh diundur. Belum relevan buat masa sekarang tapi satu masa nanti jika teknologi mesin masa berjaya dibangunkan, aku siang-siang dah daftar sebagai subjek ujikaji. Kereta bersimpang siur, al maklmumlah jalan menuju ke bandar. Hampir menjadi roti canai aku siang tadi, mujur aku pantas dan lincah dalam mengelak keterburuan pemandu kereta dan motorsikal. Memang banyak benda aku sesalkan tapi apa boleh buat, benda dah jadi.
Tak boleh jadi. Aku dah lapar amat. Nak taknak aku kena jamah juga makanan yang aku tapau tadi, tapi bagaimana? Air basuh tangan tak ada. Air minum tak ada. Yang paling penting, esen dalam pemakanan seimbang, nasi tak ada. Aku buat-buat ingat, oh di hadapan sana ada kedai makan. Maka aku dengan riangnya menyusuri jalan dan singgah di kedai tersebut. Aku sorok lauk yang aku beli di belakang.
'Bagi nasi kosong dengan air sirap ye, gelas besar. Panas ni. Kadar dehidrasi tinggi.'
'Kosong je? Pegi cedok sendiri, pemalas beserta tangkai jering benar kau ni.'
Lantak kaulah. Mujur orang ramai, aku pilih meja paling terpencil dan duduk membelakangi semua orang. Perlahan aku curahkan semua lauk yang aku beli atas nasi. Aku jamah. Tak sampai 5 minit aku dah ada dalam kereta, dalam perjalanan pulang.
Aku mahu retribusi.