Menyesal sungguh mengorbankan duit rokok buat 2 hari yang mendatang dengan beli permainan DVD. Semenarik tajuknya, Command & Conquer 3 : Kane's Wrath versi stand alone, menjanjikan sesuatu yang langsung tak berbaloi dengan wang yang dikeluarkan.
Untuk proses instalasi, aku perlu ikut banyak langkah sampailah saat mesej ini keluar:
Sebelum tetingkap mesej di atas terpampang, aku terlebih dahulu kena menyalin fail instalasi yang sebesar 1.4Gb yang telah dikompres ke desktop. Partition C aku dah nak penuh, nak tak nak kena sumbat jugalah kerana aku ikut apa yang telah ditulis dalam readme.
Proses menyalin sahaja memakan masa 30minit. Kemudian fail .rar tersebut perlu diekstrakkan pula, lagi satu hal. Tak boleh nak ekstrak terus dari DVD. Pung pang pung pang, 20 minit siap. Jarang aku tengok fail instalasi selain dari .exe, kali ini aku perlu run fail MS-DOS batch yang kebiasaannya aku gunakan untuk membina kod malicious. Tolak curiga ke tepi, aku klik 2 kali pada ikon MS-DOS batch dan berikutnya proses instalasi untuk program Visual C++ yang aku sendiri tak faham untuk kegunaan apa dan bagaimana mahu apply program tersebut dengan permainan yang bakal aku main.
Sangka aku pada awalnya. Dan sangkaan itu meleset, meleret, melecet. Mesej yang keluar pada rajah di atas tadi jika berlaku kepada kamu setelah lebih 2 jam menanti dengan penuh harapan, apa yang kamu rasa? Aku tak mahu ambil tahu. Itu kamu punya pasal.
Naik bengkak-bengkak buku lima aku menumbuk lantai dek kecewa dengan pembohongan tuan punya kedai dan juga pekerja-pekerja kepada kedai permainan komputer tersebut. Aku dah tanya awal-awal jika perlu aku install Tiberium Wars versi asal lantas dijawab dengan tanpa rasa ragu, 'You baca ini bawah, STAND ALONE. Tak payah pakai itu lama punya version.'
Lepas ni taknak aku beli permainan dekat kedai, mahal satu hal, tak tentu boleh pakai ke tidak lagi satu hal, kemudian nak tukar dengan permainan lain tak boleh pula. Macam ini pun boleh kedai itu survive untuk tahun ke-enam mereka beroperasi.