Mulai petang ini aku nak berlatih. Matlamat: Guinness Book of Records. Dengan menggunakan teknik subdirektori aku akan tunjukkan bahagian mana dan rekod apa yang akan aku pecahkan.
Rekod => Tubuh Manusia => Tubuh Ekstrim => Sendawa Paling Kuat
Rekod dipegang oleh mamat ni:
Nama dia entah, umur dia entah, malas nak ambil tahu. Kalau beria sangat nak tahu, klik pautan di bawah.
Super Selekeh.
Bagi mereka yang rapat dengan aku, mereka tahu kebolehan aku dalam penyendawaan(?). Ya, penyendawaan, baby! Baru nampak profesional. Aku boleh sendawa ikut sesuka hati tanpa siapa nak larang, juga boleh menyebut perkataan sebagai contoh 'barua' dan kemudiannya setelah didistorsi dengan angin perut dan anak tekak serta lidah, bunyinya dapat kita lihat seperti di bawah:
BBBBBAARUUUAAAAAAAA.... *hick!
Modul latihan sempena persediaan untuk memecah rekod dunia telah disusun atur oleh pengurus peribadi merangkap tukang sendawa itu sendiri yakni aku. Taknak aku libatkan orang lain, sebab aku tamak nan haloba.
Bersama kita majukan aktiviti sebegini dalam menaikkan nama negara, bola sepak memang dah sah-sah tak boleh blah. Yang lain-lain dah ada yang sedia bagus, tinggal ini sahaja yang belum ada perintis.
Sekarang aku perlukan penaja. Berminat? 90-10. Pulangan 90% aku punya kerana aku tamak dan 10% lagi buat mereka yang tak tahu nak buat apa lagi dengan wang yang berbundut-bundut yang tersimpan dalam bank, tabung ayam, bawah tilam, tepi gobok hatta dalam coli sehendaknya.