Ahad, Jun 22, 2008

Snek Awal Pagi : Bukan Aku Tak Sudi

Aku pinjam kata-kata dia,

'Mata ni macam dah kena gam. Susaahh sangattt nak bukak.'

Sudah beberapa hari tidur tak menentu, bangun pula di hening pagi. Serius, bukan aku tak ada komitmen dalam menjayakan aktiviti yang aku sendiri cetuskan. Tolong faham situasi, aku penat.

Terlalu penat.

Jejaknya kaki ke kubikel berbau jantan ini selepas bersiram membuatkan kelopak mata terkedip-kedip kencang tatkala bebola mata ketemu sinar kalimantang.

Pedih.

Tak sanggup aku nak seksa diri. Masochist apa cirit yang menyeksa dirinya dengan mendedahkan mata kepada cahaya? Tak orang putih langsung.

Pipit hendak jadi enggang.

Jadi apa tunggu lagi? Bungkus badan dengan selimut, melayar bahtera hingga ke sisi pantai seberang lautan. Maksud aku tidur sampai pagi la, mustahil kiasan semudah itu kamu tak faham?

Tenaga telah tersimpan sepenuhnya. Buktinya, aku baru lepas menempik rimba mini sebelah rumah aku dan ribuan mergastua mencicit lari, berterbangan, berengsot-engsotan keluar dari habitat sementara mereka. Seekor burung hantu mati sakit jantung manakala seekor babi dan monyet dilanda hipertensi dan seterusnya diserang strok.

Sudah terbukti tenaga aku telah pulih sepenuhnya.

Seterusnya aku nak membengkokkan bar besi seberat 50kg.