Bagaimana untuk menjadi lain dari yang lain? Banyak cara. Cara apa yang kamu pilih? Terus terang, aku tak nak tahu.
Aku berada dalam satu kelompok sosial yang sofistikated yang di mana aku menyampah untuk berada di sekeliling mereka. Sofistikated ada dua; satu yang biasa kita fikirkan adalah golongan bercita rasa tinggi manakala satu lagi mereka yang kompleks. Bukan kompleks membeli belah, mereka ini rumit. Payah nak ikut.
Yang sialnya, aku terjebak dengan mereka yang mempunyai kedua-dua ciri di atas. Lebih menyialkan keadaan, aku adalah outcast di samping mereka. Bercita rasa tinggi, punggung aku! Kalau tak boleh nak makan dekat kedai tepi jalan takut terkena kurap, baik berhenti jadi orang. Aku lebih gemar berimej selekeh kerana itu yang aku termampu, dan disebabkan itulah aku terpinggir.
Tapi aku masih lagi diperlukan mereka atas urusan kerja. Tau takut.
Jadi, aku telah berjaya menjadi lain dari yang lain dalam golongan tersebut. Seperkara lagi yang aku buat adalah aku sering memporak-perandakan majlis makan malam, hi-tea ataupn makan tengah hari mereka dengan nada dering.
Sendiri bikin. Bukan nada dering yang dibeli dari iklan TV atau slot iklan dalam akhbar, majalah, komik hatta risalah ceti haram. Aku tak faham kenapa orang sanggup berhabis banyak wang dengan membeli benda-benda foni baloni dalam iklan kerana sedar atau tidak, mereka boleh dapatkannya dengan percuma dan dalam amaun yang banyak bergantung kepada saiz storan telefon multimedia mereka.
ON PANAS, ON CINTA, ON LAGU, ON JIWANG, ON CIRIT, itu semua skim mengikis dompet. Aku ada jumpa seorang manusia yang begitu obses dengan muat turun yang disediakan oleh skim mengikis dompet. Aku dengar nada dering yang dia bayar sebanyak RM3 untuk satu unit. Satu sahaja perkataan aku sebut dekat dia, 'bodoh'.
Dengan kualiti bunyi yang macam sial, apa lagi yang kamu harapkan? 'Gile babi best siut lagu ni.' atau 'Mana nak cari? Aku pun nak lapan la macam ni.'? Itu yang kamu harapkan? Aku orang yang mudah. 'Bodoh' itu sudah memadai.
Nada dering yang dibeli tak semestinya bersesuaian dengan sistem audio telefon bimbit kamu. Apalah salahnya jika kamu tahu beberapa perkara illegal untuk memuat turun perisian mengedit audio seperti GoldWave, Fruit Loop, SoundForge, Steinberg Wavelab dan yang lain-lain. Eh, aku silap. Memuat turun secara legal tapi biasalah mod trial, lepas 2 minggu dah tak boleh pakai. Jadi bahagian illegalnya datang selepas habis tempoh trial.
Yakni memuat turun kunci serial ataupun crack program tersebut. Puas hati. Buat lagi perisian bukan-bukan lepas tu letak harga mahal-mahal. Dari beli baik crack. OK, aku berdepan dengan bahaya. *Bersiul untuk tak bagi nampak sangat keketaraan.
Pendek kata, kamu boleh dapat nada dering yang lebih berkualiti, bunyi sebiji-sebiji macam yang keluar dekat radio jika kamu ada inisiatif untuk mengeksplorasi cabang teknologi.
Tapi aku yakin para pelawat halaman ini semuanya celik-celik teknologi belaka, atau benarkah?