Sejarah kesihatan keluarga.
Apa yang kamu tahu tentang latar belakang penyakit keturunan kamu?
Perlu atau tidak kamu ambil berat atau sekurang-kurangnya tahu benda-benda yang menjadi penyebab kepada kurangnya keceriaan bila tibanya Aidilfitri, Hari Gawai, Deepavali, Tahun Baru Cina, Hari Natal atau apa-apa sajalah perayaan keagamaan yang kamu sambut.
Jika tak, pergi siasat latar belakang keluarga kamu.
Kerana pentingnya di sini kamu bersedia dengan setiap benda yang mendatang.
Keluarga Abah terdiri daripada 7 adik-beradik. 3 daripadanya telah pergi menghadap Tuhan. 2 daripada mereka meninggal akibat batu karang dan lagi 1 akibat serangan jantung. Arwah Nenek sebelah Abah juga meninggal akibat serangan batu karang.
Keluarga Ibu, Arwah Atok pergi akibat serangan jantung.
3 batu karang dan 2 jantung. Itu yang ketara.
Sepupu aku menghidap gout dan dia baru sahaj berusia 26 tahun. Tak pelik kerana bapanya juga menghidap penyakit yang sama. Hipertensi. Abah juga ada, begitu juga seorang kakak dan 2 abangnya.
Aku baru sahaja sampai rumah selepas ambil Abah dari hospital. Dia juga positif batu karang, aku sikit pun terkejut kerana benda tersebut adalah legasi. Dah tak boleh nak pecah kitaran tersebut. Aku terima seadanya jika 1 hari nanti seorang doktor yang mempunyai potongan badan laksana Dewi Venus mendiagnos aku dengan 'the obvious'.
Ditanya kepada Abah bagaimana pula jika aku menghidap penyakit yang sama.
Dia jawab dengan tenang dan sedikit sinikal.
'Padan muka kau.'
Terima kasih. Itu sangat menolong.