Siapa tahu tangan kiri, tangan buat basuh dubur, tangan keluar duit(orang tua-tua cakap kalau telapak tangan kiri gatal maknanya kamu dirundung liabiliti), tanda suey, pendek kata benda-benda tak baik, boleh menjadi penawar apatah lagi memulihkan semangat suatu entiti.
Pulang dari rawatan lazer tengah hari tadi, aku mencari pek ais untuk melegakan kesakitan dek dibakar lazer pada skala yang tinggi.
Semasa sesi rawatan,
'Do you want me to crank it up a notch or what?' Doktor S menjolok sarang tebuan.
'I'm a guy and if a guy can't take the pain, he might as well loose his balls and give it to the dog and let em' devour it.' Aku tipu pada ayat selepas tanda koma.
Ayat yang sebetulnya: 'I've been taking this medication for five sessions now. FIVE woman, what makes you think that I can't be like immune for the pain? By the way, it's not pain, it's tickle.'
Dan kami tergelak sampai berguling-guling di atas lantai bilik prosedur sambil diperhatikan jururawat yang dari awal kelihatan seperti mahu join sekaki perbualan gedik-gedik manja di antara seorang doktor dan pesakitnya. Teka apa? Kamu sudah terlalu tua, jika tidak sudah lama aku nyanyikan lagu Hot Diggity Dog Zigity Boom dendangan Perry Como versi akapela semata mahu kamu mengimbas kegemilangan zaman muda kamu yang dipenuhi...entah, tahu pula aku.
Itu corat-coret di klinik dermatologi tengah hari tadi. Tak banyak aktiviti yang aku dapat buat memandangkan pedih selepas dibakar lazer sama pedihnya dengan kamu letak lengan kamu di atas api yang marak membakar, OK, aku tereksagerasi. Senang cerita, sakitnya datang 5 minit selepas habis rawatan dan kesakitannya berpanjangan. Paling cepat hilang dia punya pedih pun makan masa 2 jam, bergantung kepada keluasan kawasan yang dilazer.
Sekali lagi aku menyimpang.
Aku habiskan masa petang dengan duduk diam-diam dalam bilik sambil menuam bahagian yang pedih. Bosan dengan monotoni tersebut, aku berhajat mahu cuba buat sekian kalinya, mendekati anak buah aku tanpa dia meraung.
3 kaki, dia dah mula tarik muka. Aku nekad, sampai bila aku mahu dibelenggu sumpahan Si Tanggang(maaf, aku tak dapat cari kronikel yang sesuai untuk dijadikan panduan). Aku tepuk perlahan perut dia pakai tangan kanan. Tangisannya mula menunjukkan perubahan dari segi kekuatan desibel, tidak stabil kerana ada kalanya dia teriak kuat-kuat dan terkadang dia curi sikit masa untuk menarik nafas dan kemudiannya sambung menangis.
Aku keluarkan tangan kiri yang berbekas hitam di bahagian pelipat siku, aku rapatkan telapak tangan ke ubunnya. Aku usap perlahan sambil tangan kanan menggaru bahagian pinna telinga. Tangisan kuat semakin pudar dibaham waktu, pelik. Aku tukar tangan, sepantas kilat dia menangis balik, bahkan lebih kuat daripada biasa. Aku tukar tangan kiri semula, terus diam. Ada kala dia tegelak/tersenyum.
Siapa kata tangan kiri mengundang sial?
Belailah ia, usaplah ia, dendangkan ia lagu-lagu romantik, berikan ia layanan istimewa.
Hargailah tangan kiri kamu kerana tanpa ia, kamu adalah orang yang tidak bertangan kiri.