Maaf. Tiada Snek Awal Pagi kerana sejak 3 hari yang lepas aku asyik melanggar peraturan diet.
Aku selalu terfikir tentang bagaimana lelaki menamatkan zaman bujang atau dudanya di usia 40-an dengan gadis-gadis muda ataupun lebih terperinci, baru habis sekolah. Nak lebih terperinci, sehari selepas habis sekolah atau sejam selepas mengambil slip peperiksaan SPM.
Jadi aku melakarkan beberapa kaedah yang boleh menjadi kemungkinan kepada fenomena di atas. Dan setelah beberapa survey dibuat, ramai yang bersetuju dengan satu kaedah.
Kaedah ini aku gelar sebagai Metod Kahwin Rancang. Deskripsi di sebalik klise tersebut adalah seperti berikut: Kahwin rancang berkaitan dengan masa, fundamental matematik serta faktor geografi. Ada pengiraan prinsipal perlu dibuat untuk menentukan masa yang sesuai untuk mula merancang. Begitu juga dengan faktor geografi, bukannya kena kira longitud latitud apa cirit, kamu hanya perlu berada di tempat tertentu sahaja.
Soal masa di atas dipanjang-lebarkan di perenggan ini. Ramai yang meletakkan usia 40 tahun sebagai paradigma kepada perubahan drastik dalam kehidupan. Seperti seseorang yang 39 tahun kehidupannya dipenuhi onak dan duri, sampai sahaja usia 40, mereka terus pakai kopiah, lebih kurang dan begitu juga sebaliknya.
Usia 40 tahun dan berpasangan dengan orang berusia 17 tahun. Beza umur di situ adalah 23 tahun. Jadi pihak lelaki harus berusia 23 tahun untuk mendapat kelayakan 'menempah' pasangannya. Faktor matematik dan geografi bertemu di sini.
Rajin-rajinlah ke hospital, lebih terperinci wad bersalin bila mana usia kamu mula menginjak 23 tahun. Bagi yang terlepas, jangan khuatir, usia 50 tahun bahkan 60 tahun masih lagi cool untuk dipasangkan dengan gadis berusia 17 tahun.
Maka di sini ingin aku sarankan bahawa selalulah ke hospital bukan hanya untuk mendapatkan bekalan ubat-ubatan dan juga tipu MC, keraplah bertemu dengan calon mertua agar usia tua kamu dipenuhi warna-warna cerah; bukan pudar seiiring dengan usia kamu.
Dah. Aku nak makan.