Ahad, Jun 29, 2008

Petualang Alfa : Jangan Cuba Memanipulasikan Aku Hanya Kerana Aku Juga Dipanggil Bruce Banner Pada Sesetengah Masa

Tak faham?

Cubalah kreatif sikit. Ini semuanya nak kena bersuluh, parah.

Figura Alfa dibawah adalah lelaki yang memegang watak Bruce Banner dalam filem Hulk 2. Macamlah kamu tak tahu. Dah keluar panggung belum? Macamlah aku kesah. Sudahnya aku muat turun secara haram juga nanti.


Ya. Kami berkongsi sedikit similariti. Tang mana tak boleh cakaplah. Dan kamu juga boleh fikir sendiri, masing-masing dah besar. Akal pun dah cukup.

Yang aku akan kongsi adalah sifat. Kami berdua nyata pendiam. Pasifis. Penakut. Ayam... hanya bila kami normal. Bruce Banner akan memusnahkan bangunan yang diperbuat dari substance paling keras, ambil contoh adamantium, mineral yang digunakan untuk membuat cakar Wolverine.

Aku tahu bendalah tu tak wujud. Salahkah berimaginasi luar dari logik akal?

Dan aku juga tahu mana ada orang buat bangunan daripada logam. Itu figure of speech, metafora. Kalau semuanya nak lurus ikut doktrin ikut dogma ikut buku, pergi jadi bangsat.

Dan bila mana Bruce Banner yang diibaratkan seperti beruang tua dan dijolok-jolok budak-budak bodoh tak pernah tengok binatang dekat zoo hatta Animal Planet, seluruh tubuhnya mengembang macam terlebih ambil steroid dan mula bercakap secara gulibel. Lebih kepada growl, tampak lebih alfa katanya.

Itu Hulk, salah satu fantasi Stan Lee. Aku lain, aku realiti. Aku bukan rekaan. Aku zahir. Batil tidak, foni bukan baloni jauh sekali. Aku juga berubah. Bertransformasi. Merge into something else.

Bukan transormasi jadi makhluk yang membesar 40 kali ganda dari saiz asal dan menjadi hijau keseluruhan bak OD marijuana, jangan cakap kamu tak pernah main Bong-O-Matic. Bertukar bukan seperti Homer di bawah.


Atau macam Hulk zaman TV 80-an:


Bukan. Tiada kena mengena pun dengan penambahan unsur kimia dalam badan. Pengembangan otot akibat mutasi genetik tidak. Aku hanya bertukar/bertransformasi emosi. Tahukah kamu pada sesetengah waktu jika emosi melampaui akal, kamu akan dihambat aliran deras adrenalin lantas membolehkan kamu mengupas 60 biji kelapa dalam satu sesi sahaja hanya dengan menggunakan gigi sebagai apparatus pengopek.

Tak percaya?

Lantak sama kamu.

Baru sebentar aku dalam tenang dan beberapa ketika selepas itu aku disergah abang ipar aku. Terkejut. Tenang bertukar celaru. Terus aku ke ruang tamu dan mengalihkan segala benda yang diperbuat dari kayu jati. Ruang tamu sudah lengang tanpa sebarang perabot.

Seketika selepas itu, aku kembali normal dan mula menyoal sekeliling apa yang berlaku. Adakah ribut menerpa deras ke dalam rumah ini atau banjir besar menghanyutkan semua perabot ke anjung hadapan. Masing-masing juga terkesima.

Aku yang kehairanan pulang ke bilik untuk menyambung sesi petang bersama koleksi Jenna Jameson.

Sabtu, Jun 28, 2008

Petualang Alfa : Capaikan Aku Kapak Tu Boleh? Nak Menetak Ni, Duduk Jauh-jauh Sikit

Esok ada kenduri. Lagi. Tak habis-habis dengan kenduri sajalah.

Kenduri sempena kubur Atok bersalin nisan. Dulu kayu kini batu, itu pun nak kena buat kenduri juga. Lantaklah, sesen haram aku tak payah keluar. Makan kencang, lamb chop beb. Lu apa cerita?

Tak manis pula kalau tak menolong. Jadi aku melangkah malas dengan hasrat bila tiba di rumah nenek segalanya telah beres. Silap perhitungan masa. Sampai sahaja Imam baru lepas sembelih. Memang kena buat kerjalah jawabnya.

Sebatang rokok dinyalakan. Telinga disumbat dengan alunan muzik kencang daripada Every Time I Die. Depan mata aku seekor kambing yang terkulai layu diikat dan digantung. Aku tak rasa apa-apa lagi. Darah aku dah biasa main. Siap main hirup-hirup lagi jika jari terhiris pisau potong ayam, pisau parang Nenek panggil.

'Kau pegang badan dia, Pak Ngah nak lapah kulit ni. Stand still. Don't move even an inch.'

'Jap. Nak minum teh dulu.'

'Rokok tu habiskan. Dah nak mampus sangat orang-orang muda zaman sekarang.'

'Hello, mild stress boleh dikawal dengan tembakau ya.'

'Alasan. Cepat. Dah lenguh tangan Pak Ngah tampung kambing ni.'

'Aye aye sir!'

Semasa proses melapah kulit aku masih lagi stabil. Tumpuan sedikit lari berikutan saudara jauh dari Kota Singa baru sampai dan tiga pupu aku yang bisa mengetuk pintu iman, mengetuk dengan kencang pintu iman aku dengan memakai... tak baik cakap belakang-belakang.

Setelah pernafasan diatur semula, aku kembali ke posisi memegang kambing tersebut dengan tumpuan 120% lebih daripada biasa. Penat juga menjaga keunggulan dan status alfa dalam apa jua situasi sekalipun rupanya ya?.

Kulit habis dilapah. Masanya untuk menceraikan keempat-empat kaki kambing tersebut. BAM! Darah memercik ke muka, cermin mata, baju, kaki, jari kaki, selipar. Rambut terselamat kerana aku pakai topi. Ingat, gaya penting tidak kira apa jua situasi kamu berada.

Aku masih lagi kukuh dan gagah berdiri memegang badan kambing tersebut. Tiba masanya untuk Pak Ngah menguruskan bahagian dalaman, hati, jantung, limpa, peparu, hempedu, usus, apa cirit. Orang tua itu dalam gesa, ada urusan yang masih belum diselesaikan. Nak cepat punya pasal, dia terhiris kolon kambing tersebut.

Barua!

Bau macam sial.

Terus aku muntah. Kepala aku mula pening, badan mula rasa tak sedap. Aku minta diri, like that will ever happen. Aku main cabut je. Adab untuk pansi.

Terus demam.

Macam mana nak balun lamb chop malam ni. Aku seksa diri dengan starvasi selama 2 hari sudah. Nama pun demam, mana ada selera. Menggigil-gigil aku taip entri ni, kamu apa tahu?


Khamis, Jun 26, 2008

Kudapan Senja : Sentuhan Midas, Atau Midah Kerana Tiada Kilauan Emas Kelihatan

Siapa tahu tangan kiri, tangan buat basuh dubur, tangan keluar duit(orang tua-tua cakap kalau telapak tangan kiri gatal maknanya kamu dirundung liabiliti), tanda suey, pendek kata benda-benda tak baik, boleh menjadi penawar apatah lagi memulihkan semangat suatu entiti.

Pulang dari rawatan lazer tengah hari tadi, aku mencari pek ais untuk melegakan kesakitan dek dibakar lazer pada skala yang tinggi.

Semasa sesi rawatan,

'Do you want me to crank it up a notch or what?' Doktor S menjolok sarang tebuan.

'I'm a guy and if a guy can't take the pain, he might as well loose his balls and give it to the dog and let em' devour it.' Aku tipu pada ayat selepas tanda koma.

Ayat yang sebetulnya: 'I've been taking this medication for five sessions now. FIVE woman, what makes you think that I can't be like immune for the pain? By the way, it's not pain, it's tickle.'

Dan kami tergelak sampai berguling-guling di atas lantai bilik prosedur sambil diperhatikan jururawat yang dari awal kelihatan seperti mahu join sekaki perbualan gedik-gedik manja di antara seorang doktor dan pesakitnya. Teka apa? Kamu sudah terlalu tua, jika tidak sudah lama aku nyanyikan lagu Hot Diggity Dog Zigity Boom dendangan Perry Como versi akapela semata mahu kamu mengimbas kegemilangan zaman muda kamu yang dipenuhi...entah, tahu pula aku.

Itu corat-coret di klinik dermatologi tengah hari tadi. Tak banyak aktiviti yang aku dapat buat memandangkan pedih selepas dibakar lazer sama pedihnya dengan kamu letak lengan kamu di atas api yang marak membakar, OK, aku tereksagerasi. Senang cerita, sakitnya datang 5 minit selepas habis rawatan dan kesakitannya berpanjangan. Paling cepat hilang dia punya pedih pun makan masa 2 jam, bergantung kepada keluasan kawasan yang dilazer.

Sekali lagi aku menyimpang.

Aku habiskan masa petang dengan duduk diam-diam dalam bilik sambil menuam bahagian yang pedih. Bosan dengan monotoni tersebut, aku berhajat mahu cuba buat sekian kalinya, mendekati anak buah aku tanpa dia meraung.

3 kaki, dia dah mula tarik muka. Aku nekad, sampai bila aku mahu dibelenggu sumpahan Si Tanggang(maaf, aku tak dapat cari kronikel yang sesuai untuk dijadikan panduan). Aku tepuk perlahan perut dia pakai tangan kanan. Tangisannya mula menunjukkan perubahan dari segi kekuatan desibel, tidak stabil kerana ada kalanya dia teriak kuat-kuat dan terkadang dia curi sikit masa untuk menarik nafas dan kemudiannya sambung menangis.

Aku keluarkan tangan kiri yang berbekas hitam di bahagian pelipat siku, aku rapatkan telapak tangan ke ubunnya. Aku usap perlahan sambil tangan kanan menggaru bahagian pinna telinga. Tangisan kuat semakin pudar dibaham waktu, pelik. Aku tukar tangan, sepantas kilat dia menangis balik, bahkan lebih kuat daripada biasa. Aku tukar tangan kiri semula, terus diam. Ada kala dia tegelak/tersenyum.

Siapa kata tangan kiri mengundang sial?

Belailah ia, usaplah ia, dendangkan ia lagu-lagu romantik, berikan ia layanan istimewa.

Hargailah tangan kiri kamu kerana tanpa ia, kamu adalah orang yang tidak bertangan kiri.

Petualang Alfa : Aku Cabar Kau!

Mulai petang ini aku nak berlatih. Matlamat: Guinness Book of Records. Dengan menggunakan teknik subdirektori aku akan tunjukkan bahagian mana dan rekod apa yang akan aku pecahkan.

Rekod => Tubuh Manusia => Tubuh Ekstrim => Sendawa Paling Kuat

Rekod dipegang oleh mamat ni:



Nama dia entah, umur dia entah, malas nak ambil tahu. Kalau beria sangat nak tahu, klik pautan di bawah.

Super Selekeh.


Bagi mereka yang rapat dengan aku, mereka tahu kebolehan aku dalam penyendawaan(?). Ya, penyendawaan, baby! Baru nampak profesional. Aku boleh sendawa ikut sesuka hati tanpa siapa nak larang, juga boleh menyebut perkataan sebagai contoh 'barua' dan kemudiannya setelah didistorsi dengan angin perut dan anak tekak serta lidah, bunyinya dapat kita lihat seperti di bawah:

BBBBBAARUUUAAAAAAAA.... *hick!

Modul latihan sempena persediaan untuk memecah rekod dunia telah disusun atur oleh pengurus peribadi merangkap tukang sendawa itu sendiri yakni aku. Taknak aku libatkan orang lain, sebab aku tamak nan haloba.

Bersama kita majukan aktiviti sebegini dalam menaikkan nama negara, bola sepak memang dah sah-sah tak boleh blah. Yang lain-lain dah ada yang sedia bagus, tinggal ini sahaja yang belum ada perintis.

Sekarang aku perlukan penaja. Berminat? 90-10. Pulangan 90% aku punya kerana aku tamak dan 10% lagi buat mereka yang tak tahu nak buat apa lagi dengan wang yang berbundut-bundut yang tersimpan dalam bank, tabung ayam, bawah tilam, tepi gobok hatta dalam coli sehendaknya.

Selasa, Jun 24, 2008

Kudapan Senja : Ku Tekan-tekan Tak Dapat

Menyesal sungguh mengorbankan duit rokok buat 2 hari yang mendatang dengan beli permainan DVD. Semenarik tajuknya, Command & Conquer 3 : Kane's Wrath versi stand alone, menjanjikan sesuatu yang langsung tak berbaloi dengan wang yang dikeluarkan.

Untuk proses instalasi, aku perlu ikut banyak langkah sampailah saat mesej ini keluar:


Sebelum tetingkap mesej di atas terpampang, aku terlebih dahulu kena menyalin fail instalasi yang sebesar 1.4Gb yang telah dikompres ke desktop. Partition C aku dah nak penuh, nak tak nak kena sumbat jugalah kerana aku ikut apa yang telah ditulis dalam readme.

Proses menyalin sahaja memakan masa 30minit. Kemudian fail .rar tersebut perlu diekstrakkan pula, lagi satu hal. Tak boleh nak ekstrak terus dari DVD. Pung pang pung pang, 20 minit siap. Jarang aku tengok fail instalasi selain dari .exe, kali ini aku perlu run fail MS-DOS batch yang kebiasaannya aku gunakan untuk membina kod malicious. Tolak curiga ke tepi, aku klik 2 kali pada ikon MS-DOS batch dan berikutnya proses instalasi untuk program Visual C++ yang aku sendiri tak faham untuk kegunaan apa dan bagaimana mahu apply program tersebut dengan permainan yang bakal aku main.

Sangka aku pada awalnya. Dan sangkaan itu meleset, meleret, melecet. Mesej yang keluar pada rajah di atas tadi jika berlaku kepada kamu setelah lebih 2 jam menanti dengan penuh harapan, apa yang kamu rasa? Aku tak mahu ambil tahu. Itu kamu punya pasal.

Naik bengkak-bengkak buku lima aku menumbuk lantai dek kecewa dengan pembohongan tuan punya kedai dan juga pekerja-pekerja kepada kedai permainan komputer tersebut. Aku dah tanya awal-awal jika perlu aku install Tiberium Wars versi asal lantas dijawab dengan tanpa rasa ragu, 'You baca ini bawah, STAND ALONE. Tak payah pakai itu lama punya version.'

Lepas ni taknak aku beli permainan dekat kedai, mahal satu hal, tak tentu boleh pakai ke tidak lagi satu hal, kemudian nak tukar dengan permainan lain tak boleh pula. Macam ini pun boleh kedai itu survive untuk tahun ke-enam mereka beroperasi.

Klise : Menyelam sambil minum air sambil sebelah tangan mengibas bahagian bawah badan untuk mengelakkan makhluk air mikro mendekati skrotum.

Buat mereka yang masih terkapai-kapai dalam mempelajari dan memahami peribahasa.


Aku sedang bancuh air, menjawab panggilan telefon dan buang angin. Oh, sungguh harmoni. Terima kasih rakan-rakan kerana tanpa kamu hidup aku masih lagi ceria cuma kali ini kamu menambah perisa lada hitam dan warna turquoise dalam kehidupan aku seharian.

Sekali lagi, berbanyak-banyak terima kasih.

Bagaimana untuk mendapatkan pasangan muda di usia lanjut.

Maaf. Tiada Snek Awal Pagi kerana sejak 3 hari yang lepas aku asyik melanggar peraturan diet.

Aku selalu terfikir tentang bagaimana lelaki menamatkan zaman bujang atau dudanya di usia 40-an dengan gadis-gadis muda ataupun lebih terperinci, baru habis sekolah. Nak lebih terperinci, sehari selepas habis sekolah atau sejam selepas mengambil slip peperiksaan SPM.

Jadi aku melakarkan beberapa kaedah yang boleh menjadi kemungkinan kepada fenomena di atas. Dan setelah beberapa survey dibuat, ramai yang bersetuju dengan satu kaedah.

Kaedah ini aku gelar sebagai Metod Kahwin Rancang. Deskripsi di sebalik klise tersebut adalah seperti berikut: Kahwin rancang berkaitan dengan masa, fundamental matematik serta faktor geografi. Ada pengiraan prinsipal perlu dibuat untuk menentukan masa yang sesuai untuk mula merancang. Begitu juga dengan faktor geografi, bukannya kena kira longitud latitud apa cirit, kamu hanya perlu berada di tempat tertentu sahaja.

Soal masa di atas dipanjang-lebarkan di perenggan ini. Ramai yang meletakkan usia 40 tahun sebagai paradigma kepada perubahan drastik dalam kehidupan. Seperti seseorang yang 39 tahun kehidupannya dipenuhi onak dan duri, sampai sahaja usia 40, mereka terus pakai kopiah, lebih kurang dan begitu juga sebaliknya.

Usia 40 tahun dan berpasangan dengan orang berusia 17 tahun. Beza umur di situ adalah 23 tahun. Jadi pihak lelaki harus berusia 23 tahun untuk mendapat kelayakan 'menempah' pasangannya. Faktor matematik dan geografi bertemu di sini.

Rajin-rajinlah ke hospital, lebih terperinci wad bersalin bila mana usia kamu mula menginjak 23 tahun. Bagi yang terlepas, jangan khuatir, usia 50 tahun bahkan 60 tahun masih lagi cool untuk dipasangkan dengan gadis berusia 17 tahun.

Maka di sini ingin aku sarankan bahawa selalulah ke hospital bukan hanya untuk mendapatkan bekalan ubat-ubatan dan juga tipu MC, keraplah bertemu dengan calon mertua agar usia tua kamu dipenuhi warna-warna cerah; bukan pudar seiiring dengan usia kamu.

Dah. Aku nak makan.


Ahad, Jun 22, 2008

Snek Awal Pagi : Bukan Aku Tak Sudi

Aku pinjam kata-kata dia,

'Mata ni macam dah kena gam. Susaahh sangattt nak bukak.'

Sudah beberapa hari tidur tak menentu, bangun pula di hening pagi. Serius, bukan aku tak ada komitmen dalam menjayakan aktiviti yang aku sendiri cetuskan. Tolong faham situasi, aku penat.

Terlalu penat.

Jejaknya kaki ke kubikel berbau jantan ini selepas bersiram membuatkan kelopak mata terkedip-kedip kencang tatkala bebola mata ketemu sinar kalimantang.

Pedih.

Tak sanggup aku nak seksa diri. Masochist apa cirit yang menyeksa dirinya dengan mendedahkan mata kepada cahaya? Tak orang putih langsung.

Pipit hendak jadi enggang.

Jadi apa tunggu lagi? Bungkus badan dengan selimut, melayar bahtera hingga ke sisi pantai seberang lautan. Maksud aku tidur sampai pagi la, mustahil kiasan semudah itu kamu tak faham?

Tenaga telah tersimpan sepenuhnya. Buktinya, aku baru lepas menempik rimba mini sebelah rumah aku dan ribuan mergastua mencicit lari, berterbangan, berengsot-engsotan keluar dari habitat sementara mereka. Seekor burung hantu mati sakit jantung manakala seekor babi dan monyet dilanda hipertensi dan seterusnya diserang strok.

Sudah terbukti tenaga aku telah pulih sepenuhnya.

Seterusnya aku nak membengkokkan bar besi seberat 50kg.


Sabtu, Jun 21, 2008

Snek Awal Pagi : Edisi Terlebih Awal Kerana Aku Nak Pergi Pasar, Ada Masalah?

Begitu semangat aku pagi ini.

Sidang konferens antara para intelektual dari segala lapangan berbincang tentang faktor pemanasan global.

'Pemanasan global maka tak boleh piknik lusa.'

'Kau nak aku hitam macam mana lagi?'

'Taknak la siang-siang, nanti badan I bau kepam.'

OK. Kita piknik petang sikit bila mana redup mula menutupi langit. Aku pun taknak piknik tengah-tengah hari buta. Letak ketam hidup tengah panas, campak sikit lada hitam, minyak apa yang patut serta merta ia bertukar menjadi ketam black pepper. Begitulah gambaran bagaimana panasnya siang hari di tepi pantai. Tak payah letak garam, cebur-cebur air laut sudah memadai.

Aku ditugaskan sebagai penganjur, chef, pemandu pelancong, tukang angkut beg tangan, tukang beli lauk dan oh ya, tukang pengumpul korum.

'Tak payah la ramai-ramai. Sentimental segan nak singgah jika 2 bas yang datang.'

Baik. Aku nak ramai-ramai datang sebab kos perbelanjaan dapat dikurangkan semaksimum yang mungkin. Untuk aku seorang sajalah. Lain-lain bayar penuh. Banyak cantik kamu semua punya muka.

Dah. Aku taknak kemas kini dalam masa yang terdekat. Dan kamu kena ingat kata-kata aku tiada satu pun yang boleh dipakai. Jadi, abaikan.

Dah, aku nak tidur. Esok nak pergi pasar beli ayam 4 ekor nak suap mulut Gasar Malaya. Dasar Gasar, ikan tak nak. Memilih.

Jumaat, Jun 20, 2008

Kudapan Senja : Taip ON Sekian-sekian Dan Hantar Ke Sekian-sekian Nombor

Bagaimana untuk menjadi lain dari yang lain? Banyak cara. Cara apa yang kamu pilih? Terus terang, aku tak nak tahu.

Aku berada dalam satu kelompok sosial yang sofistikated yang di mana aku menyampah untuk berada di sekeliling mereka. Sofistikated ada dua; satu yang biasa kita fikirkan adalah golongan bercita rasa tinggi manakala satu lagi mereka yang kompleks. Bukan kompleks membeli belah, mereka ini rumit. Payah nak ikut.

Yang sialnya, aku terjebak dengan mereka yang mempunyai kedua-dua ciri di atas. Lebih menyialkan keadaan, aku adalah outcast di samping mereka. Bercita rasa tinggi, punggung aku! Kalau tak boleh nak makan dekat kedai tepi jalan takut terkena kurap, baik berhenti jadi orang. Aku lebih gemar berimej selekeh kerana itu yang aku termampu, dan disebabkan itulah aku terpinggir.

Tapi aku masih lagi diperlukan mereka atas urusan kerja. Tau takut.

Jadi, aku telah berjaya menjadi lain dari yang lain dalam golongan tersebut. Seperkara lagi yang aku buat adalah aku sering memporak-perandakan majlis makan malam, hi-tea ataupn makan tengah hari mereka dengan nada dering.

Sendiri bikin. Bukan nada dering yang dibeli dari iklan TV atau slot iklan dalam akhbar, majalah, komik hatta risalah ceti haram. Aku tak faham kenapa orang sanggup berhabis banyak wang dengan membeli benda-benda foni baloni dalam iklan kerana sedar atau tidak, mereka boleh dapatkannya dengan percuma dan dalam amaun yang banyak bergantung kepada saiz storan telefon multimedia mereka.

ON PANAS, ON CINTA, ON LAGU, ON JIWANG, ON CIRIT, itu semua skim mengikis dompet. Aku ada jumpa seorang manusia yang begitu obses dengan muat turun yang disediakan oleh skim mengikis dompet. Aku dengar nada dering yang dia bayar sebanyak RM3 untuk satu unit. Satu sahaja perkataan aku sebut dekat dia, 'bodoh'.

Dengan kualiti bunyi yang macam sial, apa lagi yang kamu harapkan? 'Gile babi best siut lagu ni.' atau 'Mana nak cari? Aku pun nak lapan la macam ni.'? Itu yang kamu harapkan? Aku orang yang mudah. 'Bodoh' itu sudah memadai.

Nada dering yang dibeli tak semestinya bersesuaian dengan sistem audio telefon bimbit kamu. Apalah salahnya jika kamu tahu beberapa perkara illegal untuk memuat turun perisian mengedit audio seperti GoldWave, Fruit Loop, SoundForge, Steinberg Wavelab dan yang lain-lain. Eh, aku silap. Memuat turun secara legal tapi biasalah mod trial, lepas 2 minggu dah tak boleh pakai. Jadi bahagian illegalnya datang selepas habis tempoh trial.

Yakni memuat turun kunci serial ataupun crack program tersebut. Puas hati. Buat lagi perisian bukan-bukan lepas tu letak harga mahal-mahal. Dari beli baik crack. OK, aku berdepan dengan bahaya. *Bersiul untuk tak bagi nampak sangat keketaraan.

Pendek kata, kamu boleh dapat nada dering yang lebih berkualiti, bunyi sebiji-sebiji macam yang keluar dekat radio jika kamu ada inisiatif untuk mengeksplorasi cabang teknologi.

Tapi aku yakin para pelawat halaman ini semuanya celik-celik teknologi belaka, atau benarkah?

Khamis, Jun 19, 2008

Snek Awal Pagi : Berapa Lama Lagi Harus Aku Terperuk

Jangan makan epal terutama epal hijau pada malam hari.

Rasa nak tercabut kolon pun ada. Jangan terbuasir sudah.

Ya, aku sangat menjengkel dan menjijikkan.

Rabu, Jun 18, 2008

Petualang Alfa : Kerna Aku Sebegitu Sarkastik Dan Kreatif

Aku akan kerap menukar tajuk blog. Jadi bagi mereka yang membuat pautan ke blog ini, sila letak nama yang orang tua aku bagi dekat Jabatan Pendaftaran suatu masa dahulu ketika urusan membuat surat beranak. Atau kamu juga boleh letak impresi kamu, terpulang.

Terima kasih.

Salah pilih pasangan meluah rasa.

Pengubahsuaian perkataan asal merupakan aktiviti kurikulum yang paling mendapat tempat di hati seluruh penduduk Malaya.

Aku suka ubah perkataan tanpa perlu membuatkan ia berbunyi gedik. Aku ubah perkataan Inggeris dan terjemahkan kepada cara sebutan orang sini, sesuatu yang mulia aku rasa. Tengoklah dalam beberapa purnama lagi akan terbitlah sebuah kamus berdeskripsi dan berpenafian seperti ini:

'
Semua perkataan dialih-bahasa secara sesuka hati. Ejaan Inggeris di-Melayukan mengikut kehendak editor kamus ini. Saya tukang angguk buat kerja. Sila hujankan komen dan benci kepada editor, bukan saya. Teng kiyu'

Maksud aku dari distorsi di atas adalah perkataan yang asalnya berbunyi formal dan selepas jari-jemari penulis tersebut gatal untuk menggedik lebih dari skala yang biasa, perkataan yang dihasilkan membuatkan pembaca rasa macam nak pergi depan-depan penulis dan melempangnya tanpa rasa serba salah.

Contoh:

1. Yes di-enhance kepada Yesszaa.
2. Nak di-enhance kepada Nuk.
3. Kita orang/kitorang/kami di-enhance kepada kitorunk.
4. Aku menjadi 'ak' atau 'aq'.
5. Apa-apa sahaja perkataan yang diakhiri dengan konsonan tapi ditambah dengan huruf 's' atau 'z'.

Banyak lagi contoh pendistorsian perkataan, aku ambil pendekatan yang paling nyata dan kerap digunakan dalam setiap hari. Ya, aku sangat bersopan ketika membalas setiap mesej kamu. Tapi teka apa? Aku dah tak boleh nak hadam kegedikan sedemikian rupa. Abbreviasi, kata ringkas aku tak ada masalah tapi tolonglah jangan tekanszz aku dengan nila yang kamu cuba titiskan pada belanga, metafora kepada kepala dan fikiran, berisi susu aku.

Kamu tak mahu secara mengejut aku balas mesej kamu dengan 'You sound like an idiot.' atau 'Kau gedik macam sial.' bukan? Jadi, berhenti. Kamu boleh ganti enthusiasm bicara kamu dengan penggunaan emoticon.

Snek Awal Pagi : Juadah Nadir

Di depan taman tempat aku selalu membakar lemak lepas makan, kukuh berdiri sebuah kedai makan.

Pagi ini, ia gegak gempita lagi dengan permintaan serba canggih.

'Bagi saya makanan yang mengandungi Vitamin B, kalsium, gentian, karbohidrat, protein, sodium, vitamin A, niasin, vitamin B dan besi. Sedikit lemak tak menjadi masalah rasanya.'

'Apokobondo eh tu?'

'Saya nak nak makanan yang hanya mengandungi nutrien yang disebut tadi. Jadi, apa yang makcik sarankan?'

'Tak ghoti la ekau cakap apo.'

'Tak apalah kalau macam tu. Bagi murtabak ayam, telur separuh masak 2 biji dan segelas air suam.'

'Main-main la ekau ni jang oi.'

Sudah sampai masa untuk peniaga kedai makan merombak menu makanan yang sedia ada. Semakin ramai health freak dewasa ini. Dan aku cuba menyelit di celah-celah fenomena tersebut untuk mengecapi apa itu nikmat ketamadunan.

Ingat, kita bukan mesin pelupus sampah.

Selasa, Jun 17, 2008

Petualang Alfa : Swap Prioriti

Sudah 2 minggu kenaikan harga bahan bakar dan aku dapat nampak satu paten. Paten ini baru sahaja dikenalpasti. Tak tahulah jika kamu perasan dengan perubahan ini, tapi aku tetap mahu berkongsi pemerhatian yang aku buat.

Sebelum harga bahan bakar naik, barisan kanan jalan raya dimonopoli kenderaan bersaiz kecil dan sederhana dan tak ketinggalan pacuan 4 roda. Tujuan mereka di barisan kanan adalah untuk mereka memandu laju agar cepat tiba atau tiba tepat pada destinasi tujuan mereka.

Di barisan kiri pula, tipikalnya kenderaan berat yang dibahagian belakangnya ada pelekat/dicat dengan halaju 70 untuk jalan biasa dan 80 untuk lebuh raya. Atau 80/90. Itu sahaja. Tak lebih, kurang digalakkan.

Itu sebelum kenaikan harga bahan bakar yakni kira-kira 2 minggu lepas. Berlainan pula selepas kenaikan dikenakan. Dapat kita saksikan bas ekspres berlumba, menyelit di celah kesibukan trafik dengan lori pikap. Mereka lebih laju dari kebanyakan kereta yang enjin berkapasiti lebih dari 2.0 liter. Kenderaan kecil dan sederhana memilih untuk memandu perlahan kerana kesedaran yang dihebahkan sesetengah pihak mula memberi kesan kepada mereka termasuk aku.

Dahulunya aku memandu dengan purata 100km/j dan sekarang yang paling laju pun 70km/j itupun jika aku betul-betul kena kejar masa, lain-lain kelajuan purata adalah 50km/j. Kenderaan berat pula ambil pendekatan 'reverse psychology', cukup untuk mendidihkan darah setiap pemandu kenderaan saiz kecil dan sederhana.

Jalan lurus tak ada bukit atau turun bukit bukan main mereka merempit. Sampai lampu trafik, perlahan dan berhenti dan nak masuk gear 1 balik lembabnya mengalahkan itik pulang ke petang. Begitu juga dengan mereka hendak mendaki bukit, semput-semput sampai ada yang terpadam enjin. Begitu keras kepala mereka. Bukannya mereka tak tahu prestasi kenderaan berat macam mana, mereka lebih fasih dari aku kerana mereka yang pandu.

Jangan disebabkan barisan kiri kegemaran mereka kini dikuasai oleh kenderaan kecil dan sederhana, berlakunya kemalangan besar kelak. Dah nama pun laju; awak besar bukan main, ingat brek mereka tu macam brek kenderaan kecil/sederhana?

Eh, kamu tak perasan ke? Jaga-jaga ya selepas ini bila nak memotong, tak pasal-pasal jadi apam kena langgar dengan lori simen dari belakang.

Petualang Alfa : Halitosis

Siapa atau apa yang akan kamu salahkan jika orang mula menjauhkan diri dari kamu? Pada awal perbualan masing-masing tampak bersahaja dan sedikit kerut di kening tanda kurang selesa tapi adakah kamu perasan tanda-tanda kecil itu?

Mestilah tidak kerana kamu sedang hanyut dengan ideologi, perspektif atau pendapat kamu yang kononnya bernas tanpa pedulikan apa yang orang lain kata. Bahasa tubuh sangat penting dalam perbualan; samada kamu punya ataupun pihak yang kamu sedang bercakap.

Dari jauh aku perhatikan sekumpulan rakan yang menggayakan bahasa tubuh yang secara terang menunjukkan mereka berminat dengan seorang manusia ini punya percakapan tapi mereka juga bereaksi kurang senang dengan orang itu.

Kenapa ya?

Dari raut wajah aku pasti mereka tekun mendengar tapi dari raut wajah mereka juga mencerminkan betapa bencinya mereka dengan orang tersebut.

Aku curiga. Aku hampiri kumpulan tersebut.

'Motherfucker!'

'Excuse me sir? You were saying?'

'I have two options, either pick one or you might as well disappear.'

'Ah?'

'Take these mints or have a smoke.'

'I'm still not getting you.'

'Mulut kau bau macam sial. Tak nampak ke masing-masing macam nak taruk kau cukup-cukup?'

'Loh, yeke? Haha. Tak perasan saya la bang.'

'Don't call me abang, I don't even know you.'

Maka berlalu aku pergi laksana seorang hero komik DC selepas aku pusing membelakangi semua dan meludah ke sisi.

Isnin, Jun 16, 2008

Kudapan Senja : Kalaulah Aku Boleh Bercakap

Orang tua-tua selalu cakap, senja adalah masa di mana makhluk-makhluk ghaib bersiar-siar. Perantaraan terang dan gelap; bunyi pun dah agak seram, itu belum lagi kita secara literal berada dalam suasana tersebut.

Bagi orang dewasa susah bagi mata telanjang mereka untuk melihat kelibat makhluk ghaib, atas sebab apa aku tak sempat nak bertanya dan malas nak mengkaji selak buku apa cirit.

Lain pula kepada bayi. Lebih-lebih lagi yang masih baru dilahirkan, mereka ini dikatakan golongan istimewa yang dapat melihat kewujudan makhluk yang tak dapat dilihat oleh mata kasar/telanjang.

Double A W memang jarang menangis dan buat ragam jika orang lain dodoi atau bergurau-gurau dengannya. Aku tahu dalam hati dia berkata, 'Dont make a fool out of yourself, don't make that stupid face, don't even think that weird tone of voice is going to make me smile. Grow up, idiot!'

Rasa-rasa akulah kerana aku sendiri dah jemu tengok orang yang cerdik pandai terus jadi bodoh lembab bila berdepan dengan bayi. Mereka ingat mereka comel padahal muka masing-masing dah berkedut, beruban dan ada yang dah rompong di bahagian tengah kepala. Sungguhpun mereka menjengkelkan, Double A W tetap tak menangis.

Pelik. Aku jarang meluangkan masa bermain dengan dia kerana aku sendiri sibuk ataupun buat-buat sibuk dengan urusan yang sedia ada ataupun urusan yang dicetus pada minit-minit terakhir. Aku punya alasan tersendiri kenapa aku malas nak manjakan dia.

Kali terakhir aku cium dahi dia sebelum keluar rumah mencari sesuap nasi, sekotak rokok dan juga sekati bir pada minggu lepas diakhiri dengan teriakan dan tangisan. Aku cium dahi, bukannya aku curahkan air panas dekat celahan ubun kepala dia.

Ada sesuatu yang tak kena, aku dapat rasakan. Aku bukan fobia, bagi aku itu benda biasa kerana aku masih lagi asing bagi dia tapi itu belum cukup untuk mendukung teori 'orang asing'. Bagaimana pula bapa-bapa dan ibu-ibu saudara yang ada dari antara mereka aku sendiri tak kenal boleh main timang-timang tanpa Double A W mengomel?

Musykil.

Baru tadi aku beranikan diri pergi usik tangan dia yang bergerak-gerak macam robot kawalan jauh yang di kawal oleh orang yang baru belajar mengemudi alat kawalan. Nampak kelakar, jadi aku beranggapan jika aku dapat pegang tangan dia nescaya diamlah budak tu dan tidur seperti bidadari jantan.

Nyata aku silap sama sekali. Aku baru nak dekat dia dah jegilkan biji mata yang bulat dan tengok aku dengan sepenuh perhatian. Kebiasaannya jika orang berbuat sedemikian rupa, samada dia diserang strok ataupun terpandang cleavage mahupun terpandang benda yang tak sepatutnya dapat dipandang.

Klausa dengan kata kunci "dapat", apa yang kamu faham dengan potongan ayat terakhir?

Dan aku pasti dua sebab yang pertama adalah ultra mustahil boleh berlaku pada seorang bayi berusia 3 minggu, maka hanya ada satu saja kemungkinan. Dan kemungkinan tersebut nampak gayanya disokong oleh banyak faktor yang aku sendiri sedia maklum.

Aku rasalah masa dia melalak tempoh hari dia hendak menyampaikan mesej, 'Disperse! Your subordinates are scary and disgusting and smelly too. Get the f word outta here, comprende?'

Ada sesiapa boleh terjemah apa yang bayi cakapkan? Email aku kerana aku tak mahu kesimpulan yang aku buat menjadi penyebab dewasa nanti aku disajikan dengan crotch punch dan tanggapan buruk seorang anak buah. Oh sebentar, manalah bayi nak ingat. Kalau tak dah lama aku sepak pakcik aku di celah kelengkang kerana dia pun sikit lebih kurang macam aku juga.

Jadi, skru kamu!

Ahad, Jun 15, 2008

Kudapan Senja : Sekuat Orang Paling Kuat Dalam Dunia (eksagerasi)

Aku baru pulang dari kebun orang tua aku. Pergi ambil kelapa yang gugur, dah lebih 2 bulan aku tak menjenguk kebun tersebut sebab aku malas dan risau jiran sebelah tanah kebun tersebut fetish dengan sosok tubuh seorang perawan seperti aku.

Dan nampak gayanya, situasi tersebut masih belum berubah. Masih lagi tersidai di jendela mengharapkan aku turunkan zip seluar dan menayangkan aku punya, jangan berfikir kotor, boxer baru yang bercorak anjing banyak-banyak.

Punggah punya punggah, adalah dalam 30 biji kelapa gugur yang dapat dikumpul. Aku cari guni paling besar yang boleh memuatkan kesemua kelapa tersebut tanpa perlu aku mendaki cerun bukit sepuluh kali. Jumpa. Amboi, ini boleh sumbat 10 orang pendatang asing tanpa izin jika melihat kepada saiz karung tersebung. Masa yang ditunggu-tunggu telah tiba. Jiran sebelah tanah kebun mula menampakkan tanda-tanda menghampiri ereksi hanya dengan aku menyelinsing lengan baju dan seluar. Itu belum sampai masa aku mengerah sepenuh tenaga untuk memikul lebih 30 biji kelapa, silap-silap haribulan mahu dikejarkan ke hospital akibat diserang strok dek terlalu kencangnya rembesan adrenalin.

Oh, untuk rekod, jiran tersebut berusia lingkungan 20-an dan tak baik cakap orang buruk tapi dia betul-betul memutuskan selera makan aku. Adjektif yang lebih sopan untuk menggambarkan jiran tersebut adalah baik sikit dari Ratu Lombong, Sarah Raisudin. There, that's too nice of me.

Mari ambil purata berat sebiji kelapa tua, kita anggarkan dalam 1.5 kilo. Darabkan dengan aku 30 biji, setelah dibundarkan, untuk memudahkan pengiraan. Jawapannya tentulah 45 kilo. Ya, Colossus, 45 kilo sebelah tangan.

Sebelah tangan.

Pergi sumbat dumbbell kau dalam lubang tandas dan pam serta merta.

Untuk orang bersaiz aku yang tak dipupuk dengan nutrien seimbang apatah lagi makan makanan tambahan pelik-pelik itu adalah satu benda yang boleh meletakkan orang-orang seperti Colossus jauh di persada dunia bina badan.

Aku kuat dan seksi. Mari bercumbu dalam gelap sambil bisik ke telinga betapa gagahnya aku.

Kudapan Senja : Empat

Adalah berbaloi kerja menggilap selama empat jam yang dibuat secara berperingkat pada hari ini jika aku dapat lekapkan telapak tangan yang lebar dan juga panjang milik aku ke atas muka orang yang moralnya sama tahap dengan babi yang di mana pada sesetengah masa babi tersebut mempunyai moral dan kesedaran sivik lebih tinggi berbanding barua yang pergi calarkan sisi kanan kereta Abah yang aku guna pakai tanpa pengetahuan beliau memandangkan kenaikan harga minyak membuatkan aku perlu berjimat dan hanya guna kereta aku untuk tujuan penting dan work-related sahaja.

Tamat.

Pergi hidupkan enjin kereta dan jangan datang lagi.

Aku benci perbualan perhimpunan kekeluargaan. Lebih-lebih lagi bila topik utama perbualan mereka tatkala bersembang di ruang tamu bertukar.

Situasi pagi tadi.

Sedang aku masih mengelap mata dan mengesat air liur basi, tanpa aku perasan kakak dan abang ipar Abah telah tiba dan mendodoi Triple A.

Malam semalam aku dah pasang hajat nak cuci kereta, cuci sendiri bukan hantar kedai kerana mutu cucian kedai macam sial; baik yang pakai tangan mahupun pakai mesin. Dua-dua macam haram.

Bangkit aku awal dari tidur dengan hajat mahu melihat kuntum senyuman Abah yang kebelakangan ini asyik masam dan berkerut dahi lanjutan dari penyakit yang menyerang beliau. Aku mahu dia gembira sedikit, kualiti baik seorang anak. Kamu juga harus selalu cuci kenderaan mereka untuk lihat orang tua kamu gembira selain dari mengirim wang belanja setiap hujung bulan atau setengah tahun sekali.

Satu hal lagi, jika aku tak cuci kereta dalam masa yang terdekat maka berkaratlah seluruh badannya memandangkan warna asal perak telah menjadi coklat(lumpur) dan bertompok putih(najis burung). Tanda-tanda awal dah ada masa aku tersapu debu yang agak tebal di bahagian bawah pembuka pintu.

Dengan penuh semangat aku melangkah deras ke pintu depan dengan hanya berboxer dan tanpa baju. Hari yang panas, kamu juga harus amalkan pemakaian yang kurang pada cuaca sebegini untuk menunjukkan pemanasan global juga boleh diselesaikan tanpa belanja besar. Tutup apa yang patut dan orak langkah gembira.

Sedang melintasi ruang tamu, Abah berdehem kuat mengejutkan aku dari mamai.

'Eh Poktih, bila sampai?'

Dan disusuli dengan, sila gambarkan kawasan perkuburan yang lengang dari aktiviti memuja nombor, kesunyian. Baik. Mesej telah disampaikan. Majority has spoken. Aku patah balik dan pakai baju dan ulang balik the drill.

'Eh Poktih, bila sampai?'

Bla bla bla bla, bosan.

'Ok, matahari dah tinggi.'

Aku tak terus pergi ke garaj. Aku duduk di balkoni hadapan, mengintip setiap kata audiens di dalam.

Abah : Dia bagi nama budak tu Triple A. Angah dia tukar jadi Double A D.
Poktih : Enough about the baby. Lets focus on your son. How does he holding up lately?
Abah : Entahlah bang. Macam tu jelah.
Poktih : Lets set this straight. Apakata kita tunangkan dia dengan my choice just to give him a real reason to get on with his life.
Abah : Itu I have to reconsider. Sounds like a great plan.

Aku kat luar dah merancang nak pancitkan tayar kereta Poktih. Apa yang dia tahu dengan kehidupan aku? Apa yang orang tua aku tahu dengan apa yang aku hadapi seharian? Secara teknikal mereka tahu kerana mereka juga mengikuti perkembangan sihat aku di dunia siber tapi di sini aku cuba membuktikan satu poin.

Aku bercakap tentang Poktih. Tidak cukup dengan hal dia mahu ikat pertalian antara aku dengan entah siapa, dia cuba bercakap tentang kehidupan aku. Siapa yang tak nampak serabut selepas bangun tidur? Sekali lagi, penilaian superfisial adalah tak digalakkan langsung dalam hal kekeluargaan.

Aku terjah masuk.

'Aik? Tadi kata nak cuci kereta?'

'I can wait for that. Amboi, am I that kind of a loser?'

'Sabar nak. We try to help.'

'Yah, why don't you try something else? Make that monthly fee for the golf course you've taken worth spending?'

Dan disusuli dengan, sila gambarkan kawasan perkuburan yang lengang dari aktiviti memuja nombor, kesunyian.

Telah cukup lama aku berdiam diri. Aku pun ada taring walaupun ianya taklah segarang taring singa atau memanjang laksana taring Sang Raja Bersiong. Aku perlu amalkan diet yang mengandungi darah untuk menghadapi situasi yang sama di kemudian hari. Barulah dramatik.

'Go do your job atau pergi isi minyak kereta aku sampai penuh ganti yang kau pakai semalam. Dinner konon.'

Ini adalah masa yang sesuai untuk bungkus kain baju dan tidur bawah jambatan berdekatan dengan capaian hotspot.


Jumaat, Jun 13, 2008

Kudapan Senja : Kemut

Kemut dalam entri ini bukannya bermaksud seperti dalam kamus. Kemut kini telah disalah anggap sebagai nama timang-timangan kepada kedekut. Rujuk sendiri Kamus Dewan untuk maksud sebenar istilah kemut yang di mana tak ada kena mengena langsung dengan kedekut.

Seorang bakal kapten kapal, mari panggil dia Mixon. Jerod Mixon? Pergi google sendiri dan kamu akan faham apa similariti antara mereka berdua. Ciri fizikal ada sedikit berlainan kerana Mixon Celup (MC) besar manakala Mixon sebenar terlalu besar.

OK. Cukup dengan mukadimah tentang watak sampingan untuk siri Kudapan Senja pada senja ini. Aku seperti biasa akan pegang watak utama. Jangan kecil hati ya Mixon Celup.

Seperti yang diuar-uarkan MC beberapa hari yang lepas, aku dimaklumkan oleh beliau tentang majlis keramain penuntut satu akademi marin. Aku ditugaskan MC untuk mencari venue. Mana-mana bilik bola yang menawarkan harga berpatutan asalkan ada tempat untuk mereka meraikan malam bergraduasi.

Tempatnya sudah ada tinggal lagi urusan tempahan masih belum dibuat. Dan aku juga ditugaskan untuk buat survey kekosongan tarikh dan harga yang di mana aku masih belum pergi laksanakan yang di mana jarak antara tempat tinggal aku dengan hotel tersebut hanyalah sepenanak nasi. Dekat nak mampus, saja malas. Kirim air liur mana boleh, paling bangsat bayar bil internet aku untuk 2 bulan yang mendatang.

Berkecil hati dengan kesambil-lewaan aku, MC akhirnya berkeputusan untuk pergi sendiri yang di mana beliau ada sedikit masalah dengan cara untuk pergi ke hotel tersebut. Dia naik bas. Kereta mewah pemberian orang tuanya elok tersimpan di rumahnya yang beratus batu jaraknya dari tempat MC menuntut ilmu kemarinan.

'So, how am I going to make it there?'

'There's a bus that using the route but then dia hantar kat pintu gerbang jelah.'

'So?'

'You have to walk about 2 miles to get to the administration.'

'Fuck! Dah la ramalan cuaca cakap besok panas. How darker can I could be?'

'You tell me.'

Dasar anak bertuah. Tapi aku memang berhajat nak bertemu dengan MC kerana hampir 3 tahun aku tak bersua muka dengannya. Kali terakhir masa malam sebelum dia masuk akademi marin tersebut yang di mana aku sendiri tak perasan kelibatnya memandangkan pakaian beliau serba gelap dan... dah google belum Jerod Mixon?

Jadi aku beri cadangan supaya dia menaiki bas terus ke tempat aku.

'Hell no!'

'Apahal?'

'I want to hook up with some nasty ass girls first.'

'Kau tu dah lah..malas nak cakap.'

'Fine. How bout pick me up dekat Terminal?'

'Fuck no!'

'Kemut! Lubang cirit kemut! This is how you're going to treat an old friend?'

'Kau dah tak siuman? Aku nak kena menghala ke selatan and then patah balik pergi utara and then go back down to south and then hook up with some girls? Is that what you have in mind, idiot?'

'I have no idea what the journey is going to look like. So I'm guessing you have such a terrific plan right there. I'll go with it.'

'Good.'

MC tak sedar siapa yang cheapskate daripada awal. Sumber ekonomi aku bergantung sepenuhnya dengan memerah keringat sampai tak ada apa lagi untuk diperah dan sedikit bantuan daripada aktiviti illegal yang aku usahakan kecil-kecilan. Dari sudut undang-undang ia memang illegal, tapi apa kamu tahu tentang mencari sedikit keselesaan dalam hidup? Sikit, seuncang, secubit. Naikkan lagi harga semua benda, next time I'll rob a bank, for fuck's sake! I'm just playin'.

Aku terpaksa berjimat cermat. Bukan kedekut atau kemut atau apa sahaja istilah generasi ini dan sebelum gunakan sebagai euphemism.


Snek Awal Pagi : Alternatif

Kehabisan deodoran?

Kamu guna apa? Roll-on? Stick? Gel? Semburan? Apa cirit?

Tatkala pertengahan bulan; tembolok berikat, kerongkong disekat.

Pasar raya hatta kedai runcit terletak berbatu-batu dari habitat?

Geledah kabinet atau stor rumah kamu.

Nah, solusi terkini kepada masalah odor badan:


Terdapat dalam pelbagai jenama, rekabentuk, warna, kuantiti dan wangian.


Dan yang paling penting, kamu pasti bebas dari serangan denggi, malaria atau apa sahaja penyakit yang berkaitan dengan jangkitan virus/kuman/bakteria dari perumah memandangkan 10 inci mereka in bound, 2 saat kemudian terketar-ketarlah sekujur tubuh mini yang di pinggiran hidup/mati. Berat kepada mati kerana deodoran alaf baru ini telah diuji dalam makmal keberkesannya menentang pestisid.

Cubalah. Dapatkan satu di kabinet pinggan mangkuk rumah anda.

Dan oh, boleh juga digunakan semasa makan malam romantik bersama yang tersayang.

Rabu, Jun 11, 2008

Snek Awal Pagi : Binatang Punya Agas! Silap. Serangga Punya Agas!

Kamu tahu apa itu agas?

Ya, retorik kepada burung. Satu lagi?

Kasihan. Jika ada kelapangan pergi cari para guru yang mengajar kamu semasa zaman persekolahan dulu dan tamparlah mereka berulang kali kerana tak pernah terlintas dalam kepala mereka nak bagi kamu bijak sikit. Agas pun tak tahu parahlah.

Agas berkongsi banyak persamaan dengan nyamuk. Dari keluarga nyamuk juga. Oh, suka diingatkan di sini aku tulis entri ini tanpa rujuk apa-apa fakta. Aku baru bangun tidur, rajin pula nak semak itu-ini. Kalau salah, pergi maki dinding, jalan jauh sikit kemudian pergi salak bukit.

Agas itu nyamuk. Nyamuk yang biasa kita tengok, tampar, pijak, sembur dengan racun, bagi makan ikan kaloi, berwarna belang hitam dan putih. Nyamuk banyak jenis, pergi Google sendiri. Atas tangan satu lagi, agas berwarna coklat kekuningan. Bukan coklat pekat, cair dan sedikit kekuningan. Masih kabur?

Salin kod ini dan tampal pada aplikasi Illustrator atau apa-apa sajalah yang berkaitan.

#F5F5DC

Itulah warna agas. Atau sedikit pekat, ikut situasi. Ikut kelembapan suhu dan faktor pencahayaan tempat ia membiak.

Sebelah bilik aku hutan. Sedikit sivil dari rimba, tapi cukup kalau aku cakap jika ia merupakan mini zoo. Zirafah dengan panda saja yang belum nampak kelibat. Singa pun sama. Buaya julung-julung pun begitu juga. Nanti dah cukup semua binatang menjadikan hutan sebelah rumah aku sebagai habitat, aku bukalah gerai tiket. Mesti aku pasarkan habis-habisan.

Hutan juga jadi habitat dan pusat pembiakan kepada agas. Agas ini, mengikut pandangan seorang profesor, adalah pembersih. Kenapa? Berbeza dengan nyamuk, agas hanya bertelur dan membiak di kawasan yang lembab, redup dan bebas dari bau-bauan. Berbeza dengan nyamuk yang mana tercampak, berkolonial mereka di situ. Lubang najis pun dia sebat.

OK. Dipendekkan cerita kerana aku kesuntukan masa, aku terjaga kerana serangan agas. Tak merbahaya gigitan mereka kerana mereka ini, seperti yang aku taip di atas, pembersih. Dah naik merah-merah aku garu tangan, perut dan betis.

Check list benda perlu beli ditambah lagi entri yakni penyembur racun serangga untuk pembasmian serta merta dan sekotak Dunhill Light sebagai kelambu.


Selasa, Jun 10, 2008

Petualang Alfa : Miskonsepsi

Tak cukup tidur. Dapat 2 jam lelap mata setelah seharian bekerja adalah sangat tidak berbaloi. Keseimbangan tak ada. 8 jam dikompres jadi 2, aku manusia; perlu dimanjakan. Er...maksud aku, perlu ikut normaliti. Ikut resam. Ikut tipikaliti.

Konsekuensi kepada kekurangan tidur. Apa dia? Nak senaraikan banyak tapi aku ambil yang betul-betul beri kesan kepada jalan cerita hari ini.

Mata merah macam mat fit; kecil, terkedip-kedip. Mulut sering ternganga, ibarat satu ritual tidur tanpa perlu tidur. Jalan terhuyung-hayang, bawa kenderaan ke kiri ke kanan, silap-silap makan bahu jalan, tidur hospital lebih sebulan.

Dari jauh aku nampak ada kereta dari arah bertentangan bagi lampu tinggi. Baik, aku pasang tali keledar. Jadi munafik kejap. Aku tengok cermin sisi, mata aku merah laksana biji saga. Cermin mata aku belum boleh menutup redup sedih, jadi aku ambil keputusan untuk pakai sunglasses, tampak lebih urban lagi menutupi kecelaan.

Rabun aku walaupun tak kronik, menggagau juga bila aku memandu. Aku pasti semua orang tahu drill lampu tinggi; jika tidak pemeriksaan dari pihak berkuasa, pasti ada malang yang tak berbau nun di hadapan sana. Bencana alam misalnya, pokok rebah merentasi jalan, air parit melimpah membanjiri jalan atau kerbau mati tengah jalan.

Dalam kes ini, pemeriksaan jalan raya yang dikendalikan seragam putih hitam. Aku perlu bersedia, aku memang tiada mood mahu bersosial dengan autoriti dan takkan pernah. Tali pinggang keledar tersemat kemas, kaca mata hitam berjaya menyorokkan mata nan merah, mulut yang bau petai kebetulan baru lepas makan sambal petai dineutralkan baunya dengan mints. Aku bersedia. Tangan kanan aku juga sudah bersedia untuk melambai ikhlas jika tiada apa-apa komplikasi sedang mereka memerhatikan aku sebentar nanti.

Masa yang ditunggu telah tiba. Begitu terperinci pemeriksaan mereka, sebiji kenderaan mengambil masa 5 minit untuk diperiksa. Sampai giliran aku.

'Bagi IC dan lesen.'

'Nah.'

'Tolong tanggal cermin mata.'

'OK.'

'Encik diminta keluar dari kenderaan.'

Sial. Aku dah agak dah. Memang kena punya.

'Stim apa dik?'

'Saya bersih. Setakat ni lah. Rasa-rasanya.'

'Hembus kat sini. Kemudian pergi mana-mana semak dan isi sampai setengah pun jadilah.'

Orang mula memandang. Orang mula berkesimpulan. Orang mula beri tohmahan. Orang mula miskonsepsi. Malas mahu bertekak, aku turutkan juga kehendak autoriti tersebut. Melangkah malas ke celah semak, turun zip, isi, tutup zip.

'Nah.'

Selang beberapa ketika.

'Berapa banyak tawas kau telan?'

'Abang cerita apa ni?'

'Saya perhatikan kamu, macam helang.'

Nasib baik tak terhambur gelak. Aduh lah... Ayat tak macam besar sial. 'Saya perhatikan kamu' sudah habis lucu, dia tambah lagi 'macam helang'. Aku tahan. Aku hidupkan enjin, berdesit. Jauh kelibat, aku lepaskan gelodak lucu kolosal.

Macam bagus. Itulah, banyak sangat televisyen.

Petualang Alfa : Penilaian Superfisial

Manusia banyak buat kesilapan dalam hidup. Semua, tiada pengecualian. Persetankan Hak Keistimewaan. Baik pemimpin tertinggi sesebuah negara, mahupun mereka yang tergolong dalam kasta bawahan, pembohonglah kalau dalam hidupnya tak pernah sekali pun buat silap.

OK. Mari potong tahi ini.

Perjalanan pulang tengah hari tadi yang disulami dengan penguapan, hiper sensitif terhadap cahaya dan sedikit lalok dipercayai berpunca dari kekurangan waktu tidur menjadikan aku lapar. Tidak boleh menolak kenyataan bahawa tiada sebarang pepejal yang mendiami tembolok sejak dari petang semalam, aku perlu makan.

Aku Melayu. Aku pilih makanan ruji. Nasilah kawan. Apa kamu ingat nenek moyang kamu dulu kunyah Big Mac dan kentang goreng beserta segelas air kosong ke bila tibanya waktu makan? Air kosong tu adalah kebenarannya, tapi tang Big Mac dan kentang goreng, kamu digalakkan semak semula buku Sejarah sukatan menengah.

Tiada Melayu zaman dahulu makan makanan barat untuk juadah tengah hari. Perlu ulang sampai berbuih baru nak ingat? Kita sejak dahulu, sejak dari tanah tumpah darah ini masih lagi begelar Tanah Melayu kemudian dikurangkan tona perkauman kepada Malaya hinggalah tertubuhnya Malaysia, baik apa saja warna kulit, bahasa pertuturan, status sosial, Tuhan yang disembah, majoriti penduduk tanah bertuah ini akan mengambil nasi dalam diet harian mereka.

Oh, dalam kes-kes tertentu, ada juga yang tak makan nasi. Letak sebutir terus muntah pun ada. Dah aku saksikan sendiri depan mata. Ada tapi segelintir, tak cukup untuk membuat revolusi makanan ruji. Golongan terpinggir. Orang tak nak layan. Gedik.

*Mesej teks masuk secara mengejut. Sepupu aku hantar 'Hei, mengumpat ek? My ears are burning.

Baik. Berbalik pada intipati sebenar. Aku lapar. Aku singgah di gerai tepi jalan. Terpacak 2 buah payung yang biasa kita tengok dekat pasar tani/malam. Gerai tersebut terletak di seberang jalan. Kalau nak diikutkan, boleh saja aku memandu lagi 1 kilometer untuk akses kepada makan tengah hari yang selesa di bawah kipas pelbagai tetapi disebabkan mereka aku buat-buat lupa ada kedai makan yang selesa dan bersih tak jauh dari tempat aku berhentikan kereta.

Gerai tepi jalan di sini untuk tujuan tapau. Tapau la, takkan tak tau? Bungkus, bawa balik, ambil pergi, take away sir?

Tapau? Aku dah lapar. Aku nak makan la itu juga. Aku tewas, satu kebenaran pahit yang harus ditelan tak kira betapa tak selesanya perut untuk menghadam realiti sedemikian.

Aku lelaki normal. Sihat dari segala segi. Telah terbukti keperkasaan, kejituan, kepersisan, apa lagi. Orientasi seksual juga normal membawa makna aku lurus dan aku terpesona dengan mereka yang tak ada apa yang aku ada, vice versa. Sedikit ofensif di sini, ciri-ciri fizikal yang tak ada secara semulajadi. Lahir-lahir sahaja dah lain. Yang melalui proses menyakitkan seperti pembedahan membuang, suntikan hormon apa cirit, tak berkelayakan dan tidak akan ada pergolakan rama-rama dalam tembolok.

3 orang. Masing-masing masih muda, aku tak adalah tua mana pun. Padam rekod: Ada orang panggil aku budak. Muda di sini, mekar serba-serbi. Montok, cerah, kalau tak cerah pun hitam manis yang menghampiri kekuning-langsatan. Sedikit menghakis minat aku terhadap Cinta Oriental.

Dari atas sampai ke bawah tak ada yang kurang. Ada la kurang sikit-sikit. Kalau sempurna tak adalah mereka duduk bawah payung tepi jalan macam tu. Paling kurang pun dah berjaya menempa nama dalam industri fesyen selaku orang yang berjalan macam pinggang patah tu lah. Catwalk, entah. Ataupun bakat mereka masih belum dicungkil, bukan urusan aku kerana urusan aku adalah membeli makanan selepas terpedaya dengan taktik pelaris gerai.

Mana ada orang nak tiup-tiup zaman sekarang. Nak habis cepat, masak lauk dalam 5, 6 kawah lepas tu letak perempuan muda yang pakai ketat-metat sampai terbonjol semua isi badan sebagai tukang bungkus lauk, tukang kira harga dan tukang lambai dekat gerai.

Dijamin licin dan membuahkan hasil yang lumayan. Lebih efektif dari kebanyakan pemasaran multi-peringkat. Tak percaya? Cubalah.

Baik. Aku melintas semula ke seberang jalan selepas urusan pembelian dibuat. Ada kekesalan di sudut wajah namun apakan daya, masa tak boleh diundur. Belum relevan buat masa sekarang tapi satu masa nanti jika teknologi mesin masa berjaya dibangunkan, aku siang-siang dah daftar sebagai subjek ujikaji. Kereta bersimpang siur, al maklmumlah jalan menuju ke bandar. Hampir menjadi roti canai aku siang tadi, mujur aku pantas dan lincah dalam mengelak keterburuan pemandu kereta dan motorsikal. Memang banyak benda aku sesalkan tapi apa boleh buat, benda dah jadi.

Tak boleh jadi. Aku dah lapar amat. Nak taknak aku kena jamah juga makanan yang aku tapau tadi, tapi bagaimana? Air basuh tangan tak ada. Air minum tak ada. Yang paling penting, esen dalam pemakanan seimbang, nasi tak ada. Aku buat-buat ingat, oh di hadapan sana ada kedai makan. Maka aku dengan riangnya menyusuri jalan dan singgah di kedai tersebut. Aku sorok lauk yang aku beli di belakang.

'Bagi nasi kosong dengan air sirap ye, gelas besar. Panas ni. Kadar dehidrasi tinggi.'

'Kosong je? Pegi cedok sendiri, pemalas beserta tangkai jering benar kau ni.'

Lantak kaulah. Mujur orang ramai, aku pilih meja paling terpencil dan duduk membelakangi semua orang. Perlahan aku curahkan semua lauk yang aku beli atas nasi. Aku jamah. Tak sampai 5 minit aku dah ada dalam kereta, dalam perjalanan pulang.

Aku mahu retribusi.



Sabtu, Jun 07, 2008

Kudapan Senja : Aku Juga Ada Kunci, Begitu Juga Aku-Aku Yang Lain

Susulan pos tengah hari tadi, maklum balas yang diterima baik dari email mahupun mesej teks betul-betul menyemakkan hidup aku untuk hari ini.

Lelaki PJ, dah lama aku tak mengumpat pasal dia, keluar dari biru dan telefon aku dalam setengah jam yang lepas.

Dia meminta pandangan berkenaan papan induk dan pemproses yang bakal dibeli. Aku sekadar apa yang aku tau sajalah. AMD, Centrino, mana satu mahu pilih? Pandai-pandai kau lah Labu. Dalam perbualan tersebut juga Lelaki PJ tak ketinggalan menanyakan perihal kunci Kotak Pendora.

'Is it me?'

'Ah? Alamak!'

Campur orang yang aku maksudkan pada pos tersebut, terdapat 7 orang yang memegang kunci sakti.

Maaf kepada lagi 6 termasuk lelaki PJ, aku tak ingat bila masa aku buat salinan kunci itu dalam amaun yang agak banyak. Itulah orang Melayu, cepat benar terasa.

Letih aku.



Snek Awal Pagi : Kucing Yang Pandai Menaip.

Siapa tahu, kucing tersebut juga boleh bertutur dalam 4 jenis bahasa atau lebih.

Dan untuk menambah keunikan kucing tersebut, ia juga turut mendengar dan menghayati keindahan satu lagi cabang seni.

Penting untuk aku ingatkan diri sendiri adalah jangan sesekali online jika minda bawah sedar secara keseluruhan atau semi-total kuasai setiap tindak tanduk. Sungguh menampakkan bestial dan kedunguan tak bertepi.

Selepas beberapa jam, minda bawah sedar beransur pulang ke Kotak Pendora. Buat seketika, barangkali.

Ada orang lain pegang kunci pendua kepada Kotak Pendora tersebut dan orang tersebut is not nice, at all.

Kepada kucing yang pandai menaip dan fasih dalam beberapa bahasa, kamu akan sentiasa terperangkap dalam kitar abnormaliti. Tapi seingat akulah, kamu memilih untuk turut serta dalam kitar tersebut tanpa perlu sinkronos dengan komuniti abnormal tersebut.

Loh, belum habis tersimpan minda bawah sedar rupanya. Masa untuk hibernasi!

Jumaat, Jun 06, 2008

Hai. Saya Anonimus, seorang hipokondria.

Semua penyakit aku ada. Tapi bila doktor cek, mereka kata kesihatan aku adalah pada paras tip-top.

Ini yang memusykilkan aku; doktor yang aku jumpa itu tak bertauliah atau kepala otak aku terperangkap dalam permainan minda.

Yang mana satu?

Aku berat memilih doktor yang tak bertauliah. Buka klinik sesuka hati tanpa ada lesen perubatan. Nak cepat senang. Periksa pesakit hendak tak hendak, semuanya superfisial.

Tapi galak aku berfikir tatkala minda aku dalam keadaan yang tenang yakni minda aku sendiri yang berkesimpulan doktor yang aku pergi jumpa tak boleh pakai punya orang.

Masakan tidak, aku tengok orang menggigil kesejukan akibat demam sedangkan jarak antara aku dengan orang itu 15 meter, satu jarak yang mustahil untuk berlakunya jangkitan kuman akibat perolakan udara, balik saja rumah badan aku pula menggigil.

Aku cek suhu badan dengan menyumbatkan termometer murah yang aku beli di kedai 2 Ringgit di celah ketiak, suhu yang dicatatkan adalah 40 darjah Celcius. Aku demam, denggi barangkali. Denggi berdarah adalah satu probabiliti tapi aku lebih selesa dengan denggi sahaja. Denggi berdarah boleh bawa maut. Berfikiran positif sikit la kawan.

Aku ke klinik, seperti biasa doktor mengesahkan aku positif.

Positif menipu.

Biar betul doktor ni, ada ke penyakit menipu? Aku tak berpuas hati. Aku pulang ke rumah secepat yang mungkin untuk mengambil termometer dan memecut ke kliniknya kembali.

Sampai di klinik, aku nampak orang batuk-batuk kuat. Secara otomatik, tekak aku jadi gatal. Seperti biasa jarak aku dan pesakit tersebut adalah luar dari radius perebakan bakteria. Pesakit tersebut batuk biasa-biasa sahaja, aku pula batuk sampai nak tercabut anak tekak.

Aku simpan termometer dalam poket dan bekejar ke klinik lain.

'Doc, saya ada batuk kering.'

'Maaf encik, saya jururawat je.'

'Damn! Saya berhalusinasi, adakah terminal?'

'Saya kurang pasti and again, I'm a nurse. IC?'

Tiba giliran aku, memandangkan klinik tersebut lengang tanpa pesakit, aku dengan gopohnya menendang pintu sebelum sempat jururawat memanggil nama aku.

Dengan nada cemas, 'I'm going to die, this day, by this moment, any second from now!'

'Encik bawak-bawak mengucap ye.'

'Dah, dekat sepuluh kali saya mengucap. Manalah taukan.'

'Duduk dulu ya Encik..'

'Anonimus.'

'Ya, duduk dulu Encik Anonimus. Saya nak periksa apa yang patut.'

5 minit kemudian aku dikejarkan ke Hospital Besar.

Syukur, selama ini semua doktor yang aku jumpa ingat aku main-main. Naik ambulans lagi tapi tak pasang siren. Pelik tapi aku masih lagi gembira kerana masih ada lagi doktor yang prihatin dengan aku.

Setibanya di Hospital Besar, aku disorong atas kerusi roda melintasi kaunter pendaftaran unit kecemasan.

'Hello encik, sini wad kecemasan. Encik nak pergi mana?'

'Oh. Jangan risau Encik..'

'Anonimus.'

'Aha. Jangan risau Encik Anonimus. Kaunter pendaftaran untuk penyakit encik depan tu je. Bukan sini.'

Aku beranggapan bahawa kes aku tak layak untuk dilabel kecemasan. Aku beranggapan kaunter di hadapan sana adalah untuk kes hiper-cemas. Satu level di atas kecemasan. 5 saat lambat rawat terus kiok.

'Selamat datang Encik..'

'Tak reti baca ke? Saya punya IC ada atas meja tu.'

'Oh. Maaf. Nama encik agak unik. Saya saja nak buat double check. Manalah taukan.'

'Tak mengapa. Dah biasa.'

Aku tercari-cari papan tanda untuk kaunter pendaftaran tersebut. Sebarang penanda aras untuk penyakit-penyakit 'special' yang perlu didaftarkan di sini. Tak ada pun.

Selesai urusan pendaftaran, aku menunggu giliran untuk diperiksa doktor, buat kali ketiga untuk hari itu.

Tiba giliran, aku masuk dalam bilik rawatan. Memperkenalkan diri, masih lagi cemas dan penuh kekagetan. Hello, terminal OK, have some respect.

'Saya faham keadaan encik. Jadi saya rasa encik perlu ditahan wad dalam dua tiga hari untuk pemeriksaan lanjut.

Em...Itu barulah sesuatu.

Di wad, aku dikelilingi oleh banyak pesakit yang rata-ratanya tak berperilaku normal. Aku berfikiran positif bahwa mereka ini tertekan dengan penyakit terminal yang mereka hidapi dan untuk meleraikan ketegangan, mereka buat benda-benda ridikulus.

Kini setelah 3 tahun aku ditahan dalam wad, baru aku sedari bahawa aku sebenarnya sihat. Tak ada sebarang penyakit, baik sakit-sakit biasa mahupun yang kontagius. Yang sakit adalah otak aku.

Hari ketiga selepas aku ditahan wad, doktor datang jumpa aku dan menerangkan bahawa aku adalah seorang hipokondria. Ada terma sains bagi hipokondria tapi aku tak ingat apa yang doktor tu cakap. Mudah disimpulkan bahawa otak aku sakit. Pantang tengok orang lain sakit, aku pun nak sakit itu juga.

Aku dah sembuh. Akhirnya, datang juga Si Hipokondria untuk duduk bersamamu di lobi.

Khamis, Jun 05, 2008

Klise : Jatuh ditimpa tangga.

Baru keluar hospital dah masuk balik.

Batu kecil keluar dari sistem perkumuhan Abah kelmarin. Tak perlu pembedahan, keluar secara semulajadi, ikut hukum alam.

Baguslah tu. Kalau kena bedah, serabut juga nak bayar kos pembedahan. Kali pertama pergi, batu karang sebesar biji sawi mungkin lebih kecil menelan belanja 4K untuk sesi pembedahan sahaja. Belum lagi cakap-cakap kosong dengan doktor. Seminit dia cas 60 ringgit. Kepala otak dia berjambul.

Sebelum mengalami sakit-sakit di pundi kencing sebelah kanan, Abah terlebih dahulu mengalamai sakit-sakit di telapak kaki kanan. 2 minggu Abah pergi berurut tapi macam tu jugalah kaedahnya.

'I can drive.' Selang setengah minit. 'Now I can't.'

Aku bukan contoh anak yang baik, tapi pada sesetengah masa aku tahu tekan punat 'pause'.

Ke hulu ke hilir aku bawa Abah berubat dengan pengamal perubatan tradisional. Tanpa sebarang rungut, 1 hal kerana aku memang tak bercakap dengan dia dan seperkara lagi aku risau dengan kesihatan dia. Baru dapat cucu, mendatang bakal dapat menantu baru.

'Jangan macam-macam.' Bisik aku.

Hampir 10 pintu rumah tukang urut aku ketuk sampai mereka dah malas nak buka pintu. 'Balik-balik muko ekau. Poie la spital ha.'

Ya tak ya juga. Dah jadi lumrah kami sekeluarga, sengal-sengal badan mesti pergi urut. Sakit belakang pergi urut, tidak beraksi dengan baik di ranjang pergi urut. The Drill.

Abah akhirnya bertindak solo, dia tahu aku sibuk jadi dia pergi ke hospital setelah tiada lagi tukang urut yang mahu menekan segala jenis urat di tapak kaki beliau.

Pulang dari hospital, Abah tersenyum lebar.

Ibu tanya, 'Buang tebiat ke apa?'

Abah jawab, 'Ini barulah the real Hussein family.' Merujuk kepada arwah bapa kepada Abah.

Sembuh dari batu karang, kini disahkan positif gout.

Rabu, Jun 04, 2008

Bintang kedua paling sedap di seluruh semesta.

Aku tak ingat sangat punch line iklan Honey Star.

Kenapa punch line? Kerana bait ayat tersebut hingga kini tak pernah mengecewakan aku dengan memberikan geletek perut dan pusat maya. Cukup cakap. Iklan tersebut kelakar. Tak setuju, lantak sama kamu.

Malam Ahad lepas sebelum bergerak ke ibu kota, aku dan 2 orang rakan singgah sebentar di sebuah kedai makan berhampiran tasik. Selalunya bila sebut pasal malam dan tasik, akan berlegarlah imej-imej berkenaan seriniti, trankuiliti dan apa saja yang beritma dengan -ti. Maaf kerana ianya tak sebegitu rupa.

Siang harinya ada orang yang tak bertanggungjawab, mungkin sengaja mungkin tak sengaja menuba tasik tersebut. Ya, di mana aku berasal terdiri daripada orang-orang pelik and so do you! Membawa makna selain daripada aktiviti menjamu selera, kami juga sibuk dengan aktiviti muntah di tepi kali.

Kami bertiga. 1 azam 1 tekad. Hah! Macam sial bunyi bendalah tu. Barang siapa yang datang dengan idea moto(?) tersebut, Ibu kamu pasti bangga. Kami bertiga menunggu seorang lagi rakan yang mahu saing ke ibu kota. Saja untuk lebih keselesaan. 2 biji kereta, 1 kereta sumbat 2 orang.

Kawan aku yang belum sampai lagi ni, aku letak nama dia Colossus. Apa? Tak suka X-Men? Sama lah kita, hikhik. Gedik.

Lambat pula Colossus malam itu. Kami bertiga dah naik biru-biru muka kerana terpaksa menahan nafas. Kalau asyik muntah rugilah keluar duit beli makanan. Ya, di mana aku berasal juga terdiri daripada orang-orang yang berjimat cermat dan begitu juga kamu. Dan kamu juga harus bangga dengan kebenaran itu. Jika bukan sekarang, lambat laun pasti kamu akan, 'Wow. Gerek seh lepak dengan orang cermat.'

Bawa bersabar ya. Yang indah tak datang dengan kelajuan pengewapan.

Hinggalah seorang daripada kami hampir dikejarkan ke hospital akibat kekurangan oksigen dalam tubuh dan pada saat jari jemari aku sedang menekan kombinasi nombor kecemasan dan pada saat itulah Colossus warna kuning langsat muncul.

Sebiji macam super hero. Colossus yang betul warna kelabu, Colossus versi Asia pula warna kuning langsat.

Kenapa aku pilih Colossus? Cuba fikirkan dahulu. Ambil seminit untuk fikirkan. Di bawah akan aku wakilkan seminit dengan 60 dot. Jangan menipu ya.

. . . . . . . . . .

. . . . . . . . . .

. . . . . . . . . .

. . . . . . . . . .

. . . . . . . . . .

. . . . . . . . . .

Cuba bilang balik. Cukup tak 60 dot? Jika tak, my bad. Aku dah sedaya upaya cuba mengotakan janji tapi hey, aku hanya insan biasa. Kesilapan adalah permainan aku, begitu juga kamu.

Similariti antara kedua-dua Colossus adalah bentuk tubuh mereka. Mereka berkongsi lengan, dada, kepak, betis dan peha. Pek 6 belum lagi menunjukkan sebarang 'in common'. Kata Colossus celup, 'Gimme another 4 to 5 months, and then we talk.'

Colossus Celup (CC) merupakan seorang pelatih persendirian(personal trainer). Jika kamu selalu ke gim, ada segolongan manusia yang badannya berketul-ketul dan kebiasaannya jika tidak di lapangan membentuk kontur tubuh, mereka akan bercumbu mesra dengan wanita yang datang untuk dilatih mereka.

CC begitu obses dengan kerjaya beliau sebagai ahli bina badan dan juga pelatih persendirian. 'Duit lebat, perempuan keliling pinggang. Kau apa ada?'

Di awal perbualan kami bertiga terpaksa mengalah. Kawan aku yang lagi 2 memang moral down, tapi aku tidak. Aku menunggu satu perkataan yang akan strip down segala apa yang dia ada. Aku sabar dan dengar dengan teliti sedang lagi 2 orang kawan aku hanyut dengan fantasi berbadan pejal seperti Colossus.

Payah betul dia nak cakap. Nak tak nak aku terpaksa korek.

'Apa supplement kau ambil?'

Colossus buka beg sandangnya. Terhimpunlah segala macam ubat buang lemak, protein, kalsium apa cirit entah di atas meja makan dan disaksikan seluruh warga kedai makan tersebut. Baik, publisiti dia meningkat dari radius 1 meter kepada 2 batu.

'Ini je ke?'

'Ada lagi. Yang tak boleh nak tunjuk punya. Aku ambil bintang. 10 paun, 2 weeks baby!'

'Bintang? Dulu aku makan Honey Star tak jadi pun macam kau?'

CC perlahankan nada riaknya, 'Nama lain for steroid.'

Yeah! Aku dah jumpa titik vulnerabiliti dia. Steroid adalah perkataan ulung yang aku tunggu-tunggu dari awal perbualan.

Kami mula beransur ke kereta.

Aku memilih untuk sekereta dengan Colossus. Dari saat dia masuk gear 1 sampailah ke destinasi, aku berjaya zero out dia punya moral dengan ayat di bawah. Terdiri dari 2 perkataan, ringkas tapi menusuk kalbu.

'Konek kecik!' Aku ulang adalah dalam 4 juta kali.

Selasa, Jun 03, 2008

Akan aku tendang sampai keluar kau punya puberti.

Kenapa faktor umur tak lagi menjadi ukuran dalam pergaulan?

Entah kenapa hari ini aku rasa berangin 1 badan. Banyak sangat makan nangka kut. Aku cuba cari sebab sampingan kerana tak mahu sebab utama aku jadikan prioriti.

Jadi dengan adanya nangka, secara perlahan aku menidakkan penglibatan ketara mereka dalam menjadikan aku serba bengis hari ni. Aku tak boleh nak baran-baran. Ada bayi dalam rumah. Tak habis melalak sajalah kerjanya nanti sebab tengok ada benda ikut aku di sekeliling tubuh.

Nangka. Buat apa aku nak marah dengan dia. Walaupun ia satu hidupan, aku tak dapat nak berinteraksi secara langsung dengannya. Tak jumpa telinga dan mulut nangka. Komunikasi antara manusia dengan tumbuhan memerlukan banyak bantuan dari segi ilmu botanikal. Dan teka apa? Aku tak tahu satu hapah pun tentang ilmu botani. Yang aku tau tiap-tiap pagi aku akan bagi pokok orked Ibu campuran sodium, klorida, kalsium dan beberapa mineral lain yang bergantung kepada apa yang aku hadam pada sebelah malamnya.

Tak boleh. Aku kena salurkan juga marah aku ke tempat yang lain. Puas sudah aku siram dengan air, api dari sekecil-kecil nyalaan mancis kini sudah galak bak kebakaran hutan di Indonesia suatu masa dahulu yang mengundang jerebu ke negara sekitarnya.

Bermulanya episod kepal buku lima hari ini dengan aku ke pekan untuk membeli sekotak rokok. Macam tak biasa pula, rutin harian. Sedang aku berinteraksi dengan beberapa kenalan, kedengaran sekumpulan kanak-kanak yang baru pulang dari tuisyen buat bising di sudut kedai tempat aku beli rokok.

Datang pula intuisi nak tahu apa yang membuatkan mereka sebegitu entusias. Jadi, aku meminta diri dan berjalan menuju ke sudut kedai.

Aku menepuk dahi. Aku kerutkan kening. Aku naikkan bibir atas. Aku geselkan gigi. Aku tarik nafas sedalam yang boleh.

Aku tempik.

Sedikit pun mereka tak rasa bersalah memomok-momokkan seorang bisu dan cacat anggota yang duduk mengharap belas ihsan orang. Salah seorang daripada mereka, mujur aku tempik tepat pada masanya, cepat-cepat naikkan zip seluar.

Apa yang mereka belajar di sekolah? Aku rasa cikgu mereka dah bekalkan mereka dengan sehabis baik ilmu. Di rumah pula mustahil ibu bapa mereka menjadi besar sial yang ludah muka orang cacat, sepak kepala orang buta.

Lepas aku tempik, mereka tak pergi begitu sahaja. Mereka masih lagi berdiri dan pandang aku dengan renungan paiseh.

'Kau sibuk-sibuk apehal brader?'

'Huh?'

Kanak-kanak. Lingkungan 10 ke 12 tahun. Cakap sebegitu kepada orang yang normal dan berperilaku sedemikian rupa kepada mereka yang kurang upaya.

Mujur orang ramai mula berkumpul. Mereka lari bersepah. Ingin saja aku selinsing seluar atas betis dan kejar dan kemudiannya benam kepala mereka bersama longgokan najis di loji rumah awam yang berdekatan.

Kaki aku sakit lagi. Aku pun pulang.

Baru aku tahu kenapa telefon berkamera serta kamera saiz poket sangat penting dewasa ini. Material muka hadapan beb! Air liur sajalah jadi saksi.

Isnin, Jun 02, 2008

Lima terlalu lambat. Satu mungkin dua sedang bersedia.

Sejarah kesihatan keluarga.

Apa yang kamu tahu tentang latar belakang penyakit keturunan kamu?

Perlu atau tidak kamu ambil berat atau sekurang-kurangnya tahu benda-benda yang menjadi penyebab kepada kurangnya keceriaan bila tibanya Aidilfitri, Hari Gawai, Deepavali, Tahun Baru Cina, Hari Natal atau apa-apa sajalah perayaan keagamaan yang kamu sambut.

Jika tak, pergi siasat latar belakang keluarga kamu.

Kerana pentingnya di sini kamu bersedia dengan setiap benda yang mendatang.

Keluarga Abah terdiri daripada 7 adik-beradik. 3 daripadanya telah pergi menghadap Tuhan. 2 daripada mereka meninggal akibat batu karang dan lagi 1 akibat serangan jantung. Arwah Nenek sebelah Abah juga meninggal akibat serangan batu karang.

Keluarga Ibu, Arwah Atok pergi akibat serangan jantung.

3 batu karang dan 2 jantung. Itu yang ketara.

Sepupu aku menghidap gout dan dia baru sahaj berusia 26 tahun. Tak pelik kerana bapanya juga menghidap penyakit yang sama. Hipertensi. Abah juga ada, begitu juga seorang kakak dan 2 abangnya.

Aku baru sahaja sampai rumah selepas ambil Abah dari hospital. Dia juga positif batu karang, aku sikit pun terkejut kerana benda tersebut adalah legasi. Dah tak boleh nak pecah kitaran tersebut. Aku terima seadanya jika 1 hari nanti seorang doktor yang mempunyai potongan badan laksana Dewi Venus mendiagnos aku dengan 'the obvious'.

Ditanya kepada Abah bagaimana pula jika aku menghidap penyakit yang sama.

Dia jawab dengan tenang dan sedikit sinikal.

'Padan muka kau.'

Terima kasih. Itu sangat menolong.

Ahad, Jun 01, 2008

Dipendekkan, jangan pandang.

Untuk Mommy's Den dan semua rumah di dunia ini menjadi ceria dan nampak hidup, beberapa benda dan perkara perlu dibuat, dikemaskini, diperbaharui, dilengkapkan untuk mencapai tujuan tersebut.

Aidilfitri tidak menampakkan sebarang tanda-tanda ceria atau nampak hidup buat sekian kalinya tahun lepas. Betul-betul Mommy's Den menjadi gegak gempita, benar-benar hidup pada majlis perkahwinan Kak Cik yakni pada 2...3 tahun lepas. Tak ingat.

1 hari yang penuh dengan drama, sketsa, satira. 1 hari. Esoknya terus mandom. Kelabu.

Sejak kedatangan ahli baru dalam keluarga aku pada minggu lepas, setiap hari Mommy's Den menerima kunjungan dari sesiapa sahaja yang kononnya teruja dengan berita kedua orang tua aku naik jawatan.

Kamu ke sini sebab mahu ulam-ulaman segar dari sawah Nenek. Tradisi zaman berzaman. Orang datang rumah, tuan rumah saji kudapan dan bekalkan sebarang cenderahati untuk tetamu. Keluarga aku memilih ulam-ulaman.

Dan disebabkan ulam-ulaman yang ditanam nenek adalah nadir dan terbukti efektif dalam membasmi dan mengubati beberapa jenis penyakit kronik, harganya sangat ridikulus dalam pasaran. Cheapskate. Fikirkan sendiri kenapa aku panggil mereka sedemikian rupa.

Hari ini sahaja Mommy's Den menerima kunjungan dari 7 buah keluarga dan sekarang pada jam 10 malam, ada lagi 2 keluarga sedang bertepuk tampar, bergurau senda dengan orang tua aku.

Aku terlelap pada jam 9 tadi. Belum lagi mandi sejak pulang dari kenduri kahwin seorang rakan pada jam 4 petang tadi. Entahlah. Hari Ahad seolah-olah Hari Malas Sedunia. Aku pasti hampir kesemua penduduk Bumi terlentang depan TV, kunyah jajan, garu perut dan tapak kaki pada hari Ahad.

Jam 10. Aku terjaga. Bukan terjaga. Aku hanya tidur-tidur ayam. Badan melekit, al-maklumlah tak mandi dari siang. Bukan pengotor, bukan pemalas. Aku tak ada masa. Masa aku diperuntukkan dan diutilisasi sepenuhnya untuk permainan 25 to life, WarCraft, Fatal Fake dan tak ketinggalan, Playboy: Virtua Mansion.

Aku orang yang sibuk. Belajar terima kenyataan. Dan belajar cara mahu menutup kekurangan dengan alasan yang munasabah dan moden. Haha. Moden punggung aku! (modern my ass!)

Seperti biasa translasi literal Bahasa Inggeris kepada Bahasa Melayu bukan idea yang baik.

Aku terjaga. Badan melekit. Aku tengok sedikit wayang berahi sebelum bangkit untuk membetulkan sistem perjalanan darah dan seterusnya buka pintu bilik.

Aku tak tahu ada orang datang. Aku hanya ber-boxer dan impak daripada sesi memperbetulkan sistem perjalanan darah, I got a boner. I'm a Malay and I'm sort of a nigga too, if you understand what I'm sayin'.

Ianya sangat ketara. 5 pasang mata. 2 pasang buat tak hairan atau mungkin cemburu. 3 pasang lagi menatap gusto. Dan dari 3 pasang itu, sepasang buat aku kurang selesa dan 2 pasang lagi memberi sensasi luar biasa.

Aku terpaksa berkias kerana ini bukan blog erotik, ini blog akademik.

'Er..Hai?'

'Pergi pakai baju!' Teriak Ibu. '...And something to cover your...'

Aku cantas. 'Got it.'

Terima kasih Triple A. Abbriviasi kepada nama anak buah aku. Bukannya American Automobile Association. Terima kasih kerana kau berjaya menjadikan aku sesuatu.