Dah lama aku berhajat nak matikan hex blogger.
Banyak benda baru aku nak beri fokus dan komitmen. Banyak benda lama perlu aku pelihara agar liquiditi aset semasa dalam kondisi yang optimum.
Yang penting bagi aku sekarang adalah mula mengumpul dana untuk perancangan masa hadapan. Pelan banyak dirangka, tanpa sokongan kewangan serupalah aku lukis Ninja Turtle empat sekawan atas drawing block instead of the real deal.
Aku ingat seminggu aku sekat aliran jus kreatif maka sunyilah blog ini dari sebarang kunjungan. Ini membawa makna aku tak perlu berkurung dalam kubbi memaksa diri kononnya memenuhi kehendak ramai dengan menaip benda-benda bangang.
Lack of information, fakta, hujah utuh, itu jadi pilihan aku. Bebas dari sebarang kontroversi. Itulah benda bangang yang aku taip, benda yang bebas dari cengkaman major. Dan dari cengkaman major, maksud aku politik, gosip artis, keagamaan, cabaran doktrin, pendidikan dan yang berkenaan.
Semua di sini adalah berkenaan aku dan pandangan bangang aku tentang benda sekeliling. Tiada judgementalis kerana aku bukan aristokrat; hanya marhaen suburbia datang dari kawasan jin bertendang yang cuba berkongsi epik dengan taulan.
Seperti aku taip tadi, hex blogger.
Canggung rasanya dibiar sepi tanpa sebarang kemaskini. Aku juga ada kehidupan, sama seperti kamu wahai para anonimus yang dihormati. Jejak kamu ke sini dari segenap kontinen benar direkod tapi itulah dia. Sekadar alamat IP, page view, negeri, negara.
Kamu secara khususnya, kamu secara individual adalah anon.
Aku nak tutup blog ni. Cukuplah setahun jagung aku mewarnai dunia penulisan elektronik.
Di dashboard blogger sebentar tadi, aku termenung panjang; samada mahu padam ataupun pos entri baru.
Pertama kali aku rasa nafas cukup sesak dek tekanan tersebut. Hei, sumpahan bukan? Perlulah dramatik, baru orang percaya.
Penyelesaian mudah.
Tan tan tut keladi gel gel sapa terkentut mak dia Katherine Heigl, lari dari ortodoksi. Versi asal cukup rasis.
Dan sumpahan itu diteruskan.