Selaku salah seorang yang datang dari komuniti IT, aku cukup terkilan jika ada perisian yang aku rasa aku boleh kendali tapi atas sebab-sebab tertentu aku tak boleh.
Perisian pemain audio iTunes kini telah sampai ke versi 8.0. Yang paling barulah tu...kot. Pagi-pagi buta dah keluar mesej pop-up minta aku muat turun versi baru. Jadi tanpa sebarang ragu aku tekan butang "Yes".
10 minit berlalu. Siap. Reboot komputer. Pasang balik iTunes.
Aku cuba cari kelainan. Evolusi iTunes boleh dikatakan macam tak nampak sebab features-nya yang diletakkan di kolum sebelah kiri bercampuk aduk dengan playlist apa cirit. Dari segi antara-muka pula tiada beda antara versi 7 dan 8 kecuali ini:
Di sebelah kanan pemain ada satu kolum yang begitu asing.
Aku gugup hendak tekan apa-apa kerana hey, tak nampak ke dia tulis Genius Sidebar? Goyang jugalah pada awalnya. Siap pakai ikon atom lagi, gigil kepala lutut.
Dah jadi resam kita, suka ataupun tidak, tetap akan eksplorasi perisian dan pelajarinya. Serupalah macam dulu-dulu orang menyumpah seranah jika disuruh taip surat pakai komputer. Sanggup bergadai nyawa sebab agungkan mesin taip. Lama-lama masuk kelas Office juga, bos suruh.
Seperti yang aku taip di atas tadi, aku terkilan jika aku tak dapat kendali benda yang aku rasa boleh dikendalikan tetapi atas asbab tertentu jadi tak boleh.
Aku nak sangat tahu apekebendanya Genius Sidebar ni. Aku tak suka belajar dari buku dan dalam kes ini aku tak kuasa nak pergi cari manual dari internet atau Google "What the fuck is iTunes' Genius Sidebar" kerana satu hal mata aku dah cukup rosak dan satu hal lagi, aku malas.
Aku belajar dengan terokai sendiri. Main gatal tangan kisai apa yang patut. Esok lusa pandailah. Dan aku sebegitu eager mahu eksplorasi feature baru ini yang namanya cukup ofensif bagi sesetengah orang, if you catch my drift.
Tidak dapat digunakan di sini. Di Malaysia.
Patut dalam manifesto pilihan raya itu hari patut disertakan sekali Malaysia tidak akan ketinggalan apatah lagi dikecualikan dalam perkembangan teknologi. Jika adalah perkara tersebut dijanjikan, pasti ramai golongan muda pergi pangkah siapa saja yang menjanjikan benda sedemikian rupa. Janji kosong pun tak apa kerana jika tak ditunaikan senanglah nemesis partai yang melaungkan janji tersebut menghentam lantas mengambil alih tampuk kepimpinan.
MCMC ke what's-his-name pergilah selesaikan masalah orang yang nak jadi genius hanya dengan menggunakan perisian pemain audio.