Rabu, September 10, 2008

Pergi mampus sama kau binatang! Eh, serangga! Apa-apa sajalah!


Aku tak nak mati muda. Dan aku tak nak keluar belanja besar. Nak harapkan pihak bertanggungjawab, sampai minggu depan atau dalam kes yang lebih teruk, 10 tahun akan datang pun belum tentu mereka nak buat semburan kabus.

Populasi manusia tempat aku tak banyak. Dalam radius lima kilometer cuma ada enam ke tujuh buah rumah macam tu, buang karanlah jika mereka nak datang penat-penat nak sembur kawasan tempat tinggal aku.

Berita kematian saudara aku yang disebabkan serangan virus chikungunya menjadikan aku sedikit panik. Tipulah jika aku boleh buat tak kesah, sungguhpun jarak antara rumah arwah dan rumah aku lebih dari 80 batu.

Persamaan, rumah arwah juga boleh dikatakan dikelilingi rimba hijau; sama seperti aku.

Aku fikir, "Dah hampir seminggu, mesti seekor dua ada yang terlepas sampai sini dan membiak lantas berkoloni dan menjadi mimpi buruk bagi setiap orang yang sihat mahupun hipokondria."

Persekitaran yang sejuk dan lembab. Terlindung dari cahaya matahari. Takungan air pada lopak, batang buluh yang patah, tin Red Bull yang aku campak dalam semak, mangkuk ayan yang sepupu aku buat main Frisbee, itu semua menjadikan aku lebih galak menggigit kuku.

Orang tua aku OK saja. Bagi mereka ini semua tiada apa. Tak ada apa yang perlu mereka risaukan. Berkali-kali aku minta orang tua aku telefon pihak berwajib untuk membuat semburan kabus atas alasan nyawa kami sekeluarga bergantung kepada kepakaran eksterminator mengeksterminasikan semua agas yang dijangkakan positif membawa virus chikungunya.

Langsung tak dihapikkan mereka. Kata mereka aku berhalusinasi ekoran demam yang berlanjutan selama lima hari. Kata mereka lagi, jika alfavirus itu jadi penyebab aku demam, kelmarin lagi orang dah baca talkin dekat rumah aku.

Senja berlabuh. Masa untuk serangga dan agas menggantikan manusia yang sibuk di siang hari. Aku nyalakan sebatang rokok dalam bilik. Lepas makan kan, sap kok lu. Aku hampir kelemasan kerana tingkap tak dibuka. Aku buka tingkap.

Humangaih!

Menderu masuk segala jenis agas dan nyamuk. Lapar kronik gamaknya.

Pertama kali aku rasa takut dengan serangga. Aku tak rasa janggal pegang lipas. Aku sikit pun tak geli jinjit katak. Aku sikit pun tak hairan jika cicak lari masuk dalam kaki seluar terus menuju ke you know what.

Kali ini lain. Silap hitung, aku berdepan dengan fatal. Aku sedut rokok dalam-dalam dan hembus segala apa yang peparu aku dapat tampung ke seluruh bilik.

Barua! Tak makan saman punya makhluk.

Aku capai Ridsect.

Selesai.