Menyedari sosok tubuh besar mengekori dari belakang sejak beberapa tempoh kebelakangan, akhirnya aku dirundum depresi. Aku mula makan.
Dalam kadar yang banyak.
Bersarapan dengan dua papan telur separuh masak, lima pinggan nasi lemak ekstrim(semua ada) dan dua jag teh tarik. Semua itu untuk aku seorang hadam.
Makan tengah hari pula, apa yang kamu makan; gandakan sepuluh, begitu juga dengan apa yang kamu minum, bezanya ia beralkohol peratus tinggi. Semua itu untuk aku seorang hadam.
Langit menginjak jingga, masa untuk berkudapan senja. Stik dari semua jenis daging, yang kita boleh makanlah, dimamah rakus diikuti pelega tekak yakni sebotol wain merah dan sekati Air Cap Harimau. Itu semua untuk aku seorang hadam.
Cukup sebulan, badan aku mula mengembang dengan jayanya. Fikir aku, 'Dengan badan sebegini besar dan menggeleber, pasti tiada siapa berani ekori.'
Meleset.
Dalam perjalanan pulang dari emporium, aku perlu beli baju baru kerana...are you that lost? Aku ditahan dua orang jejaka Pan Asian yang berbadan sikit lebih besar daripada aku dan berkemeja Hawaii dengan tiga butang atas sengaja dibuka.
'Halt!'
'Kau nak apa? Duit aku takde. Baru je habis beli baju sebeban.'
Mereka dengan sopannya mengajak aku ke outlet buffet "Pay $20, Eat All You Want."
'Our treat, we know you're broke. We watched you spending the last penny you had via security camera.'
'Err..thanks for being such a huge weird fan...I guess?'
'Just eat will ya?'
Makan lagi. Baru saja merancang nak diet. Serupa apa yang aku belajar dalam kelas Prokrastinasi Satu Kosong Satu, setiap kali Guru masuk kelas pasti dia akan cakap, 'kita buat sesuatu esok.' Dan dia terus keluar.
Baru aku sedari setiap langkah aku sejak setahun yang lepas telah diperhati dan diketahui kesudahannya melalui profersi Nujum Mona, seorang ahli nujum dari kalangan Pemberontak.
Mengikut kata Quixote, salah seorang stalker, Pemberontak adalah organisasi tanpa prejudis dan diskriminasi antara jantina. Mereka mahu menggulingkan kuasa besar negara. Aku dah pening. Aku mohon penjelasan.
Dominique, stalker nombor dua menerangkan negara yang aku tinggal ini mengamalkan konsep patriarki sejak berkurun yang lalu. Patutlah diskaun lebih setiap kali aku keluar berbelanja dan setiap wanita pula bersungut.
'Apsal aku tak tahu? Bukan dalam organisasi kerajaan ada perempuan ke? Dan bilangannya pun seimbang.'
'No you idiot! Kan semua perempuan jadi timbalan. Dan adakah ia kebetulan jika setiap timbalan itu adalah kalau bukan isteri, mistress kepada supreme tersebut? Is it coincidence? IS IT?'
'Hello, patriarki, sila rujuk kamus.'
'Tiada wanita yang benar-benar berkuasa dalam negara ini. Carta organisasi itu pun diperbuat dari material murah iaitu kadbod, bukan kertas keras berkilat.'
'Oh really?'
'Inilah yang carta organisasi sebenar. Siap berbingkai kaca berkayu mahagoni gitu. Klass.'
'Mana dapat?'
'eBay. Habis separuh duit organisasi yang kami kumpul sejak 20 tahun yang lepas digunakan untuk membida bendalah ni.'
Secara tetiba perut aku ibarat disalai. Panas menggelegak. Lubang cirit ibarat berapi-api.
Celik mata.
Oh, toilet break!