Selasa, September 23, 2008

Cerinti subdivisyen.

Benarlah kata orang, kita sanggup melanggar apa sahaja peraturan, larangan, tegahan, undang-undang, what have you untuk benda yang kita betul-betul sayang.

Benda itu pula kalau sempurna sedap mata memandang tidak boleh jatuh bawah kategori benda kesayangan atau paling disayangi.

Benda itu kalau boleh lapuk dek hujan, lekang dek panas. Lusuh, buruk, kepam, carik, rabik, hamis, barulah benar-benar membawa kesan mendalam jika, manalah tahu dan minta-minta jangan jadi, hilang.

Jam 8.30 pagi, aku menatap sayu sepasang jeans lusuh berusia 6 tahun. Ciri-ciri di atas tadi semuanya ada pada jeans tersebut-kecuali hamis-kerana baru basuh. Setelah 6 tahun berbakti menutup benda yang patut ditutup, melindungi aku dari luka-luka parah akibat kemalangan, akhirnya ia sampai juga ke tahap tak boleh dipakai lagi.

Bukan sebab koyak, bukan sebab busuk macam tempat pelupusan sampah.

Zip.

Zipnya dah jahanam. Maka dengan mudahnya pakej aku ditonton ramai.

2 bulan yang lepas aku ditegur seorang teman, 'Kurr..kurr..'

'Lu apahal? Buang tebiat? Dah nak mampus sangat?'

'Dude, check it out yourself.' Sambil tangannya buat signal panggil burung merpati makan cebisan roti. Cuma kali ini ianya dialihkan ke bahagian bawah.

'Motherfucker! Apsal aku tak perasan? Patut orang lalu lalang tersengih-sengih macam sial.'

2 bulan yang lepas.

La itu juga aku beli seluar baru, bayar terus sarung.

Pagi ini aku keluarkan ia dari gobok. Rasa macam ada benda yang kurang kebelakangan ini. Rindu kepada sentuhan fabrik keras sedikit lembut on certain region mencucuk-cucuk sanubari.

Aku nak pakai. Tapi masalahnya itulah, terlebih sistem pengudaraan.

Aku dapat idea. Aku mahu cari pin lampin. Bagi yang tak tahu atau yang dah lupa, pin lampin adalah seperti pada rajah sebelah. Ya, lukisan. Cukup untuk kamu bayangkan bagaimana rupanya.

Dengan menggunakan teknik sematan yang betul, aku rasa semuanya akan kembali kepada normal cuma aku ada sikit masalah untuk membuang air tapi aku tak kira.

Aku ke pekan dengan motosikal. Seronok hirup bayu pagi, sejuk pun sejuk. Sampai di sebuah kedai menjual bunga dan alatan menjahit, baru buka, barang pun tak habis susun. Aku bertanyakan auntie yang juga pemilik kedai tersebut jika dalam stoknya tersimpan pin lampin.

'Ini kedai bunga eh sama itu barang jahit punya. Itu lu pigi tengok kedai baby la, haiye.'

Agak moody orang tua tu, kurang kasih sayang anak gamaknya. Aku tak mahu masuk kedai menjual peralatan bayi kerana takut disalah erti penduduk sekitar. Aku fikir mana lagi kedai yang ada jual pin tersebut.

Stationery shop-lah fo shizzle.

'Ada ini barang tak? Busat punya, paling busat you ada.'

'Tada leh. Ini saja ada.' Sambil amoi itu menunjukkan segugus pin sebesar debu, kecil maksud aku. Belum nak tembus kain jeans dah terpeleot bengkok. Aku kena cari super besar. Kedai seterusnya terletak 10 kaki di hadapan.

Malas mahu sarung helmet, aku bawa motor tanpa sebarang perlindungan kepala. Dan disebabkan kepala otak aku tertumpu kepada usaha mahu restore jeans, aku tak perasan ada sekumpulan polis muda sedang buat sekatan jalanraya. Mahu cari duit raya, barangkali.

Dan-dan seorang berteriak minta aku berhenti.

Damn! Tak bawa dompet pula. Dalam poket ngam-ngam 50 sen. 2 orang daripada mereka capai motor masing-masing dan menuju ke arah aku.

Kaget dengan situasi itu dan memikirkan aku tiada sebarang dokumen sah dan melakukan kesalahan ketara, aku tekan pedal gear, masuk gear rendah dan buat pertama kalinya dalam hidup aku menunggang motor pada kelajuan 120km/j.

Nasib baik tak kena saman. Nasib baik tak jatuh tergelincir. nasib baik tak tersembab buntut kereta orang. Nasib baik tak mati.

Gagal dalam usaha memulihara seluar kesayangan, aku pulang ke rumah dengan kehampaan. Dan dengan penuh sayu dan dengan perlahan aku menyimpan kembali seluar tersebut ke dalam gobok.

Sambil hati berkata, 'Hingga ketemu lagi, sahabat.'