Bila kita mahu komedi dan selera yang tinggi menyebabkan ratusan filem bergenre komedi, baik lokal mahupun luar negara, tak mampu menampung selera kita lantas membuat kita berfikir.
"Jika aku mahu komedi, I ought to bring it myself."
Dulu aku suka gelak bila dengar orang bercakap menggunakan nada suara yang pelik. Orang itu sudah habis normal dari segi fizikal , tapi bila sampai masanya dia berbicara, tak dapat tidak aku menahan gelak dari mendengar orang itu terus berkata-kata.
Itu zaman budak-budak. Putih lagi naif. Takkan orang tu nak sesuka hati tampar muka aku sebab aku gelakkan suara dia, mana rasional kedewasaannya?
Set minda aku adalah apabila orang itu mukanya nampak dewasa maka secara automatik suaranya mesti garau, lelaki mahu perempuan. Garau perempuan lain. Jadi bila telinga ini menerima input berbeza dari nilai default maka sistem saraf geli aku mula menggeletik.
Di situ komedi aku tatkala masih budak. Suara tak kena dengan rupa. Pergaulan yang terbatas menyebabkan aku tak lagi aktif berkomunikasi secara verbal dengan actual human being. Kini aku gemar berbual dengan pokok cili yang aku tanam kerana mengikut kajian blablabla.
Datanglah rajin aku nak terangkan semua itu(definisi lain kepada ketidaktahuan fakta).
Dengan teknologi sedia ada yakni Internet, pemain audio seperti Windows Media Player, iTunes, GOMplayer, apa cirit tak lengkap tanpa perisian pengedit audio untuk menjayakan komedi yang aku impikan.
Perisian sedia ada, komplementari dengan driver audio komputer aku yakni Realtek HD Audio Manager bisa melengkapkan hari yang nyata monotoni.
Normalan aku menggunakan perisian Goldwave untuk aktiviti pengeditan tetapi tak salah belajar benda yang baru. Goldwave lebih kompleks berbanding Realtek, aku tak mahu bebankan kepala dengan benda-benda rumit.
Observe,
Terburai perut wa cakap sama lu. Lagu yang bervokal energetik diiringi petikan gitar kencang dihiasi pula dengan dentuman perkussi mapan lagi laju pada asalnya menjadi lagu yang bervokal feminin diiringi petikan gitar kencang dihiasi pula dengan dentuman perkussi mapan lagi laju.
Boleh juga diedit agar menjadi lagu yang bervokal mat stim. Lembik dan lembab. Ikut kesesuaian dan kehendak pendengar.
Hilai tawa berderaian di tengah rimba, dengan sistem audio berkapasiti tinggi serta mikrofon untuk memberi impak yang lebih eksuberan, memaksa penghuninya yang tak boleh beratur di stesen bas membeli tiket balik kampung-kerana mereka binatang-bermigrasi.