Catch-22 - satu masalah yang di mana satu-satunya jalan penyelesaian munasabah adalah dengan masalah yang lain.
Itu penerangan bagi terma Catch-22. Aku pula akan mengemukakan satu lagi terma iaitu Seize-22.
Seize-22 merupakan terma yang digunapakai untuk menampakkan betapa rajinnya aku menyoroti lantas mempelajari benda-benda yang terhidang dalam internet.
Fungsi terma Seize-22 apabila kita berdepan dengan satu masalah dan masalah itu adalah tak lain dan tak bukan; kompleksiti inferior atau benda-benda yang mutual dengannya.
Nampak macam serupa dengan Catch-22 bukan?
Separuh betul.
Terma Seize-22 digunapakai khusus dengan masalah berkaitan dengan teknologi sahaja. Yah, you heard me.
Aku punya terma, aku punya sukalah.
Kebanyakan blogger membenarkan ruangan komen dan ada juga siap tambah ruangan sembang e.g., Chatbox dan entah apa-apa lagi dengan tujuan mereka yang tersendiri. Menjadi satu masalah apabila ada komentar yang mengantagoniskan pemilik blog tersebut atau golongan pembaca blog itu sendiri.
Sudah semesti si antagonis ini akan dikecam teruk memandangkan, well, lets face it, nobody likes you.
Dan selaku antagonis/pengkritik/si-hanya-tahu-cakap yang cemerlang, kamu perlulah mengusasai kelemahan diri kamu yang teramat nyata yakni kamu tak tahu apa mahu dibalas setelah dirimu itu dicerca hina dalam bentuk kelompok.
Kita tinggalkan sebentar benda di atas dan beralih kepada fokus Seize-22. Ya, kamu bersandarkan kepada anonimositi untuk menunjukkan siung kamu dengan harapan tiada siapa dan yang paling penting, pemilik blog itu sendiri tidak tahu siapakah gerangan orang yang sebegitu sinikal dalam memberi pendapat/komen.
Well, guess what? You aren't that invisible. Kamu tak kebal. Bagi pemilik blog yang meletakkan aplikasi tracking seperti SiteMeter, FeedJit, StatCounter, apa cirit, sesetengah daripada mereka cukup peka dengan kehadiran kamu yakni anonimus sinikal di halaman mereka.
Setiap inci pergerakan kamu diintip teliti, itupun kalau mereka rajinlah. Ada rasa macam nak terkencing dalam seluar tak? Jika ya, pergi ke tandas dahulu atau sarungkan sahaja lampin pakai buang sebelum meneruskan pembacaan.
Walaupun kamu entah siapa, pemilik blog tetap tahu siapa kamu; melainkan kamu benar-benar celik teknologi.
Sedangkan dulu kecoh sihir dihantar via SMS, kamu belum tahu penangan santau via alamat IP. Jangan buat main, jangan sesuka hati jolok sarang serangga bersengat. Kalau lebah untunglah jadi tauke madu, kalau tebuan?
Inilah masalah kamu, kamu tetap dapat dikesan. Se-ekskuizit mana pun nama samaran atau sekadar "anonymous", kamu tetap dapat dicam sebagai satu entiti.
Mahu jadi hantu yang betul? Komen ikut sedap tekak? Melempiaskan marah tak tentu hala? Kehilangan orang tersayang tapi tak tahu cara nak salurkan emosi yang melanda?
Ya, kamu akan cari teknologi tapi teknologi itu sendiri akan meranapkan kamu.
Aku ada cara dan sebegitu halobanya aku, takkan aku kongsi dengan sesiapa.
Kerana akulah the Seize-22.
p/s: manual panduan "Menjadi Lahabau Kebal Atas Talian" boleh diperolehi dengan alamatkan butiran diri serta harga rundingan(harga buka: RM120) ke emel aku.