Bermula dengan siang tadi, komputer ranap. Banyak fail tak sempat nak backup terus format. Babi! Lagu aku berpuluh gigabait lesap macam tu saja. Liku pertama, komputer buat fiil.
Liku kedua, cirit-birit berterusan akibat terlalu kental minum minuman yogurt yang dah tamat tempoh. Bulu hidung aku bukan diperbuat dari sapphire. Apa yang ada itulah aku hadap.
Liku ketiga, kredit telefon habis. Rakan dan taulan semua bersemangat mahu berkumpul, jika aku senyap tanpa sebarang berita dikhuatiri aku disyaki membelakangi mereka dengan buat aktiviti luar kurikulum tanpa sikit pun rasa bersalah kerana tak nak ajak mereka.
Liku keempat, cip kad bank tercalar teruk. Mesin ATM tak boleh nak baca cip sebegitu damaged. Aku tahu tentang keadaan cip tersebut sejak tiga hari yang lepas tapi sikit pun aku tak teringat nak pergi tukar kad baru. Dasar Melayu tipikal, pemalas....dan pokai.
Liku kelima, deodoran habis. Tak perlu penerangan lanjut rasanya di sini.
Liku keenam, setelah semua kepincangan dapat diimbangkan semula, cirit-birit kembali. nasib baik perut pinjam kalau tak dah lama aku tukar kepada perut bionik, boleh tahan lapar sebulan in a row.
Obstakel terakhir berjaya distabilkan dengan Pil Chi Kit Teck Aun. Dah kosong isi perut barulah kau nak berhenti firing from the stink exit. Yakin dengan ketrampilan malam ini, dengan gagahnya melangkah ke kereta.
Oh mengapa?
Mengapa panorama dalam tangki minyak persis Gurun Atacama?
Liku ketujuh, the deadliest amongst other, itulah dia minyak habis. Aku tahu aku kena buat sesuatu hari ni tapi itulah dia, tak ingat. Apa boleh buat, duduk sajalah diam-diam dalam rumah. Terhindar dari perkara buruk, al-maklumlah dugaan Ramadhan lebih hebat berbanding bulan-bulan yang lain.