Habis berbirat badan aku dan kepam baju kena getah kulit duku. Jika takkan mereka masih lagi mengesat hingus dengan baju sendiri, pasti lebam pipi masing-masing ditempeleng dewasa kejam.
Tak tahu apa itu pistol duku? Nak jadi apa kalau senjata primitif bermusim seperti itu pun tak tahu? Balik pergi mengaji.
Untuk berlaku adil akan aku terangkan sedikit sebanyak tentang pistol duku siap dengan bantuan visual lagi.
Untuk menghasilkan pistol duku berprestasi tinggi bukannya susah, kamu hanya perlukan:
1. Kulit duku yang segar. Nak lebih segar kupaslah sendiri atau petik sendiri dari pokok.
2. Sebatang pen.
3. Lidi.
4. Alat navigasi GPS.
5. Telefon bimbit dan senarai nombor kecemasan.
Langkah-langkah untuk menghasilkan Senjata Destruksi Jisim Terulung Zaman Kanak-kanak Dahulu
1. Terbaraikan pen. Penting di sini semasa pemilihan pen. Cari pen yang boleh dibuka atas dan bawahnya. Clicky-top dan twisted-bottom tiada perniagaan di sini.
2. Cucuk lubang hadapan pen atau belakang, either way is fine, pada kulit duku. Penting di sini adalah untuk kamu pastikan lubang pen yang kamu cucuk tadi tembus. Sebenarnya tak penting pun, saja nak kasi dramatik.
3. Setelah semuanya berada di posisi, acu lubang yang tersumbat kulit duku kepada sasaran dan menggunakan tenaga yang optimum, tekan dari bahagian belakang pen tersebut menggunakan sebatang lidi. Tolonglah bayangkan sendiri kerana bantuan visual tak dapat disediakan ekoran ketiadaan bahan-bahan yang ditaip di atas.
_____
Itulah dia penerangan serba ringkas untuk menyediakan pistol duku. Efektif digunakan semasa memburu(jika kamu letak cecair tranquilizer pada kulit duku tersebut dan jika bernasib baik haiwan yang kamu buru itu herbivor). Untuk aktiviti memburu, alat navigasi GPS nyata make sense.
Untuk lebih kreatif dan dengan niat untuk menjatuhkan kuasa-kuasa besar dan kuku besi, kamu boleh rendam kulit duku tersebut dalam serbuk anthrax terlarut semalaman. Di sini, telefon bimbit nampak krusial bukan? Jangan lupa nombor telefon peguam.
OK. Sekian saja untuk kali ini.
Cuba ya. Aku dah bersemangat nak beli sekilo duku dan sebatang pen yang boleh dismantle atas bawah.