Isnin, September 01, 2008

Fiksyen 2144

Dari jauh kelihatan Sang Garuda dengan megahnya terbang membelah awan. Tak pasti pula samada ia adalah garuda atau spesis burung gigantik yang lain, tapi kalau dah besar macam mammoth(kecil sikit) takkan burung belatuk pula kot.

Dipendekkan, ia garuda.

Aku di kaki gunung. Gunung mana tak pula aku ketahui kerana tak ada papan tanda. Melepas lelah setelah penat seharian mencari ramuan terkahir sebelum lengkapnya eliksir maulhayat.

Senarai ramuan yang terdiri dari secebis daging dari kawasan lubang hembus paus putih yang bunting dua bulan, secamca halus garam terhidrat yang diperoleh dari airmata julung-julung albino, ladam milik kuda padi yang saiznya sebesar bebiri lima bulan dan enam lagi benda merepek yang lain.

Tak dapatlah aku kronikelkan ekspidisi mencari ramuan yang lain kerana tahu-tahu saja aku dah ada di kaki gunung; tercungap-cungap mencuri nafas.

Benda yang terakhir, telur garuda yang dipercayai 10 kali ganda lebih besar dari saiz telur burung unta mengikut profersi yang dibuat Dukun Ismin.

Di kaki gunung itu aku berhitung samada berbaloikah aku daki gunung tersebut menyusur belukar, pijak ular, dihurung agas, dicarik onak, anus diserang mikrob. Dugaan yang mendatang rasa seperti tiada apa memandangkan aku telah berjaya mengumpul ramuan merepek yang lain; yang tiada satu pun dari ramuan tersebut aku peroleh dengan senang lenang dan senyuman tak lekang dari bibir.

'Alang-alang, dah nak sudah pun. Tiket kelas ekonomi dah tempah. Rugilah kalau balik tangan kosong.' Kata aku pada diri sendiri.

Mengenang dua buah beg balik kampung telah penuh berisi, aku tinggalkan ia di tempat aku melepas lelah. Bukan main tinggal, adalah baca-baca sikit kasi pagar apa yang patut agar tiada orang berani ceroboh lantas bawa lari sembilan persepuluh ramuan eliksir maulhayat.

Dengan tekad, aku mula mendaki. Aduh, semput pula. Take five lagi.

Dua jam berlalu, separuh Gunung Tak Berpapan Tanda berjaya aku daki tanpa sebarang rintangan. Molek benarlah tu. Letihlah nak bergusti dengan harimau. Pisau rambo tak bawa pula tu.

Empat jam berlalu, baru aku sedar Gunung Tak Berpapan Tanda hanyalah Bukit Tak Berpapan Tanda.

'Barua! Aku ingatkan gunung, bukit rupanya!' Marah aku kepada daun kering yang terjatuh atas kepala lantas menyambung, 'lain kali pasanglah signboard, tolol!'

Puncak Bukit Tak Berpapan Tanda ditawan. Mata aku liar mencari sarang Sang Garuda.

'Dekat celah manalah kau merendek ni?'

Cari punya cari, jumpa pun. Mak datuk besar dia punya sarang. Eye On Malaysia tu jika direbahkan dan letak ranting, akar kayu, daun pelbagai kasi dia tinggi dalam 30 kaki macam tu maka jadilah kubu kebal milik Sang Garuda sekeluarga.

Pintu masuk pun tiada. Kena panjat lagilah gamaknya. Sebelum kaki seluar dilipat, mujur aku ternampak gergaji rantai milik pembalak haram yang bertempiaran lari dek terkejut dengan adanya garuda bersarang di atas bukit tempat mereka buat pembalakan haram.

Maka aku gergaji all the way in.

Terkesima melihat objek oval sebesar aku di depan mata, dengan pantas aku simbah sebotol air yang aku tadah dekat air terjun bukit tersebut pada muka aku agar aku tak kejung berdiri macam orang mati bini tengah-tengah sarang tersebut.

Alas, segala impian bakal menjadi kenyataan. Aku setapak lagi mahu jadi immortal, tidak akan ada tanda penuaan dan kekuatan tiada tandingan. Well, aku cuma tertarik pada bahagian tak akan ada tanda penuaan for some obvious reason.

Mengekeh-ngekeh aku seret telur tersebut keluar dari pintu yang aku buat. Belum sempat nak jejak kaki kanan(atas sebab berkat), pulang Sang Garuda.

'Kau nak buat apa dengan anak aku tu?'

'Aiseh, caught red-handed pula. Jangan lapor pada Metro ya, nanti putar belit fakta.'

'Letak la balik telur tu. Kau tu belum jadi bapak mana kau tahu perit pedih kehilangan cahaya mata.'

'Hello, telur okay.'

'Baik. Akan aku beri kau telur itu dengan satu syarat.'

'I'm listening. Jangan makan aku sudah.'

'Tolonglah. Garuda semua vegetarian. Aku nak kau bangkit.'

'Bangkit? What the fuck?'

'Ya, bangkit.'




Aku bangkit akhirnya. Bangkit dari tidur.

Rumah kosong, begitu juga panorama meja makan.

***

Siri Fiksyen ####(sistem waktu 24 jam) adalah kronikel ringkas dan padat(iya sangatlah tu) bersempena Ramadhan yang mulia ini. Aku jarang bermimpi dan bila aku bermimpi macam-macam benda nadir boleh terjadi. Dan nampak gayanya dua sesi lelap mata buat hari ini membuahkan hasil. Aku tak lagi ketandusan idea. Aku nak keluar makan.

Selamat mencuba.