Dalam Salvaj edisi yang lepas, aku ada sediakan slaid yang memaparkan imej-imej perkakas audio yang aku tukang ikut logik litar.
It didn't go well after a few days. Bunyi pecah, wayar serabut, potong stim bila mahu capai ertikata sebenar kepuasan maksimum dalam menghayati seni muzikal. Pendek cerita, ianya satu kegagalan.
Itu yang aku termampu. Tanpa sesen haram perlu dilaburkan. Aku kecewa tapi dalam kecewa aku berpuas hati kerana apa yang terhidang itu adalah hasil tangan aku sendiri.
Seorang rakan bertanyakan mengenai perihal sistem audio aku. Aku cakap bendalah tu macam sial, dah kenalah dengan kondisinya yang hidup segan mati tak mahu, bersawang dan masalah wiring di sana sini.
Mengenangkan perkara itu beliau dengan rasa terharunya menghadiahkan aku set hi-fi yang tak digunakan sejak berbulan-bulan lamanya.
Aku bertanya kenapa dan dijawabnya, 'There ain't CD bay on it. Fucking archaic, dari aku campak masuk dalam sungai baik aku bagi kau.'
'Thanks sweetness.'
Laksana monyet dambakan bunga, aku tukang dan tukang dan tukang lagi sampailah jadi sebigini rupa:
Cakap saja apa jua aktiviti yang mempunyai pertalian dengan audio, semuanya telah sempurna. Tiada lagi headphone besar gadang untuk pengalaman unik surround sound. Tiada lagi yang lebih berdimensi melainkan efek 3 dimensional hasil dari empat corong pembesar suara berprestasi tinggi; dua dari Sony dan dua lagi dari Kenwood.
Pembesar suara Sony digunakan untuk efek bass maha agung manakala Kenwood pula untuk trebel, juga maha agung.
Berikut merupakan pelan lantai bagaimana aku atur kedudukan set audio:
Yang warna kuning itu pula tilam. Aku tidur atas lantai, terima kasih.
Oh, rakan-rakan yang baru pulang dari serata pelosok dunia, perkhabaran baik untuk kamu semua. Tak payah nak sibuk-sibuk ajak aku buang minyak kereta pergi karaoke, bertandanglah ke rumah aku.
Bayar tetap bayar, ingat ini wakaf ke?