Fasa pertama, ujian bertulis, lepas dengan warna beterbangan.
Fasa kedua, ujian amali, paku ia(nailed it).
Fasa ketiga, sesi temuduga, tak tau sebab belum kena panggil lagi.
Manalah aku tau, baru siang tadi aku pergi Dewan Dinamik bercakap dalam bilik kebal dengan bertemankan deruman penghawa dingin, sebatang pen, dua set soalan dan sebatang mikrofon.
Dalam cengkerang solitari itu aku dan 127 kandidet yang lain diuji dengan dua bentuk ujian. Satu, ujian suara. Teks diberikan. Baca sajalah. Bukan main baca macam nak hafal buku sejarah tingkatan empat. Baca yang memerlukan fineese; nada suara, penghayatan, jelas dan terang menjadi ukuran dan skim permakahan adalah berdasarkan benda-benda yang aku taip tadi.
Seksyen yang kedua pula penyampaian. Ada empat pilihan cara penyampaian yakni pengulas acara sukan, pengulas siaran langsung, juruhebah dan laporan wartawan lokasi. Tiada satu pun yang aku berkenan. Dan semasa ujian berlangsung, aku ingatkan kesemua jenis cara penyampaian perlu dibuat maka aku mulakan dengan penyampaian pengulas acara sukan.
Cukup bertenaga.
Tanpa aku tahu satu fakta pun tentang sukan.
Penemuduga di balik cermin lutsinar, setentang dengan aku terpegun. Dengan cermin mata aku yang baru. Mestilah bukan, apa pasal dia nak tengok cermin mata aku pula?
Selesai sesi rakaman aku dipanggil si penemuduga. Berumur dan berisi.
'How old are you?'
'Twenty two, sir.'
'Get outta here! C'mon, how old are you?'
'Twenty two for fuck's sake!'
'OK, cool down junior. I'm just playin'. I saw a great potential in you, have you ever been in broadcasting?'
'Na'ah. Cakap dalam telefon adalah.'
'I see, I see. OK, go on, scram.'
'Thank you sir, ma'am.'
Dengan senyuman aku membuka langkah dan pulang meninggalkan kandidet lain yang tak habis-habis memekak dengan klik masing-masing.