Rabu, Ogos 20, 2008

Gretto: Satu Mitos, Bukan Jenama Aiskrim.

Maka mata bogel ini menyaksikan satu adegan yang tak pernah keluar dalam mana-mana drama swasta tanah air.

Sedang teh O panas itu dihirup sekali dua kerana pjiar lidah merah mebuak perit, bertempiklah Aphrodite. Gegar tanah, bertempiaran mergastua, pung-pang-pung-pang. Teh O itu dicemari. Cebisan habuk impak dari pergeselan ikatan atom dalam konkrit memenuhi cangkir berisi minuman herba atas bukit.

Dionysus seperti biasa tersedu-sedu. Liquor murah jadi santapannya petang itu. Menanyi gembira sambil menghabiskan harta di Bar Dewa-Dewi Aras Dua, setingkat bawah daripada Telaga Kesuburan; tempat Aphrodite bercengkerama dengan Dionysus, asas pertama dan kedua pada awal pertembungan dua kuasa besar tersebut.

Dionysus buat-buat tak dengar pekikan Aphrodite. Makin baranlah Dewi Grandeur tersebut.

Suasana yang kembali damai setelah Aphrodite melepaskan lelah setelah banyak tenaga dicernakan semasa menempik kembali kucar-kacir dek ke-sempoi-an Dionysus.

'JANTAN TAK GUNA!'

Pecah tar jalan akibat momentum yang terhasil daripada hentakan kaki Aphrodite. Habis patah sayap konvertibel yang diletakkan di bahu jalan atas perlakuan bengis Aphrodite menghayunkan tangan menepis dan menolak halangan yang melintang.

Benar marahnya. Dengusan hasad dapat didengari dari berbatu jauhnya.

Sampai jua akhirnya Aphrodite ke Aras Dua. Dionysus masih lagi buat-buat tak nampak sungguhpun Aphrodite sedepa di belakangnya.

'Jantan sial! Harta aku kau kikis sampai licin. Aku taruh kasih sayang berbelah bagi tidak kepada kau, ini kesudahannya? Berkepit engkau dengan Atermis tanpa sebarang salah merudum hati?'

Dionysus separa sedar, 'Aphrodite...*Hick...Permata hati...Apa ek?...*Hick....Aha, hatiku.'

'*Hick. Maaf adinda. Arak bagus. Siapa mampu menolak?'

Aphrodite dengan tersipu, 'Benarkah aku permata hatimu wahai Dewa Mabuk? Siapa yang kau gomol tadi? Tiang telefon? Kepala otak kau berjambul wahai Dionysus.'

Dionysus menyerap segala alkohol meruap serata Olimpiang yang menjadi esen kuasanya.

'Aiseh dinda, kanda terkonsum luar dari dos yang dibenarkan. Ting tong lebih pula. Tunggu, penafasan jika diatur dengan baik, lebihan mabuk itu akan tecerna lantas menjadi baja kepada pokok yang dinda tanam dekat laman mahligai kita.'

'Cepatlah sikit.'

'Begini. Kanda sunyi. Kanda tertekan. Empat putera dan satu puteri kita betul menolak sabar dari deria. Jadi apa salahnya kanda turun sini dan bersosial dengan dewa-dewi serta pra-dew dan pra-dewi yang lain?'

'Cukuplah retorik busuk kau itu jantan tak guna. Aku mahu tinggalkan institusi yang kita bina bersama yang utuh berdiri sekadar tiga tahun cuma.'

'Jadi, apa yang dinda mahukan?'

'Ceraikan aku.'

'Sayang...Kita tak pernah bernikah. Tiga tahun kita bermadu kasih bercinta larangan.'

'Eh, yeke?'

'Iya, dinda halusinasi. Itulah dia fasa kejam kala detoks. Mari sini, secangkir Lagu Thai untuk meredakan keadaan.'

'Yam seng!'

'*Hick!'




Deskripsi anekdot ini akan diceritakan kemudian.