Ahad, Ogos 17, 2008

Snek Awal Pagi : Mulut Tu Ada Insurans?

Malang tak berbau kerana jika ia ada bau ramailah pengusaha industri haruman berebut-rebut menjenamakan produk baru mereka; yang berasaskan malang.

Terasa rindu mahu menjamah nasi lemak ayam Taman Rekreasi. Disamping panorama seriniti yang terdiri dari tumbuhan hijau, unggas beterbangan dalam kelompok hatta berpasangan dan orkestra indah kodok dan cengkerik dan derapan kaki semut merah, tidak ketinggalan gadis-gadis kota yang pulang ke desa dan jururawat muda berkeliaran serata taman tersebut.

Aku ke sana sebab nak makan, bukan bayar hutang mata. I did not put em' there. Lagipun aku sampai awal. Kabus masih berkepul. Penduduk rata masih bersimpul.

As I was sitting there all alone, datang seorang budak yang berisi. Lelaki. Gempal. Memerhatikan aku dari jauh sambil memegang kuntuman belon.

'Abang ni orang gila ek?'

'Huh wha?'

'Apsal rambut abang macam tu?'

'Oh. Biarlah. Bukan abang kena saman pun rambut macam ni.'

'Tapi abang macam orang gila.'

Tertarik dengan kenaifan budak tersebut, Sadam namanya yang juga pseudonym, aku ajak dia duduk semeja. Dari segi fizikal aku estimet 10 tahun. Besar budak tu, kusss semangat. Lengan dia saja dah besar peha aku. Oh wait, peha aku besar. Lengan dia saja dah besar apa ek.. besarlah, tak jumpa perbandingan yang sesuai.

Dari awal aku bercakap dengan dia sampailah terhidang nasi lemak ayam, sampailah licin pinggan tersebut, aku dihujani dengan ayat-ayat Sadam yang jika dilayankan kepalanya, kamu pasti akan mencari pisau untuk merodok leher kamu sendiri.

Tekanan demi tekanan yang menimpa menjadikan aku hilang sabar. Tapi bodohlah aku mahu go physical on him, budak lagi. Aku atur semula pernafasan. Hirup secangkir kopi O panas. Ahh..lega. Aku tepuk perlahan belakang dia.

'Nah ayam. Duduk sana diam-diam.'

Dia capai ketulan dada ayam yang masih panas baru keluar kuali. Dia rabikkan kulit. Dia mamah.

'Apsal amek kulit je? Isi taknak? Abang makan kang tau lah.'

'Ish..janganlah gelojoh. Satu-satulah. Nanti tercekik macam mana?'

'Hospital seberang jalan.'

'Taknaklah makan isi, nanti gemuk.'

'He'eh. Pulak dah.'

Aku tak tahu apa perlu aku buat, aku kurang selesa seorang budak intimidasi aku dengan hujah yang rapuh tapi aku tak sanggup nak balas kerana he's just a kid. A slob one. Dengan hingus tak tau berlap, dengan baju penuh tompok minyak dan sambal, dengan main bersin dalam gelas kopi aku. Mujur aku ada bawa wang lebih. Order satu lagi.

Tak boleh jadi. Potong, semuanya potong. Aku nak berdamai-damaian dengan alam semulajadi sambil tampak gagah di mata masyarakat. Semua stim dah kena potong. Aku nak berlayar ke fantasi menunggang kuda padi dia letupkan belon imaginari aku dengan air liur beracunnya.

Nak taknak, aku perlu berlaku kejam.

Aku capai sebatang rokok. Acah-acah mahu nyalakan.

'Baik adik pergi tempat lain, nanti adik mati sedut asap ni.'

'Taklah, kalau adik mati pun, adik mati lepas abang. Abang mati dulu sebab abang dah hisap lima batang dari masa abang sampai tadi.'

'Urghhh..'

Dan aku mula memaki mencarut dalam hati sebab aku marah dia cakap "babi" di awal-awal perbualan.

Aku mesti mahu angkat kaki. Nak layan dia sampai Subuh esok pun belum tentu sudah.

'Abang nak pergi mana?'

'Hospital. ngurat nurse.'

'Kat sini ada tiga orang, taknak mengurat diorang ke?'

'Amboi. Nak abang siapkan sistem audi0 10,000 watt dan sebatang mikrofon? Perlahan la sikit cakap. Malulah abang macam ni.'

'Apebende tu?'

Dalam hati, 'ihyui*9=9##$%%!'

Aku ke kaunter untuk urusan pembayaran.

'Berapa umur budak tu kak?'

'Ampat taunnn naaa...'

'Lohh..ku ingatkan sepuluh. Cerdik semacam je.'

'Entah, emaknya kenan Albert Einstein dulu gamaknya.'

Aku pergi ke motor. Raba-raba kunci di semua poket yang ada pada pakaian aku. Total enam poket. Satu poket pun tak ada kunci.

'Barua!'

Cukai jalan, kunci rumah, kunci pagar, kunci grill termasuk kunci motor tu sekali lesap entah ke mana. Daulat seorang infant. Dia bersih. Aku dengan busuk hati mengutuk dia dalam hati. Lempar kata-kata kesat disudahi dengan nama dia, dalam hati.

Mujur aku street smart. Hotwiring is not a big deal. Terima kasih kepada YouTube, Metacafe kerana menyediakan video-video skil fundamental untuk tinggal dalam komuniti ghetto.

Sadam, jika kita berpeluang jumpa lagi, akan aku kucup dahi kau. Lepas tu tunggu kau besar lagi 20 tahun, aku sepak kau laju-laju. Jika tiada apa aral.