Kebelakangan ini kadar muat-turun klien torrent aku macam sial. Kadar muat-turun global, membawa makna semua fail yang dimuat-turun sekali rap punya kadar muat-turun, hah macam mana tu. Terbelit jari aku nak menerangkan.
Senang jika aku simpulkan hasil tambah semua kadar muat-turun. Kalau tak faham juga, tak dapek den nak nolong doh.
Dengan berpuratakan 30kbps, aku sering dilanda depresi. Bila nak siap, pelanggan aku telah mula bersungut. Mulut dulu ada dua sekarang ada empat nak aku suap. Bertuah punya kucing.
Dalam dunia torrent aku dipanggil lintah, orang yang tahu muat-turun sampai siap dan terus buang fail torrent, tak mahu di muat-naik. Kedekut tahi hidung masin. U/D ratio aku sangat menyedihkan. Tracker semua ban aku punya alamat IP. Mujur ia tak konstan, hari ini lain esok dah lain.
Aku perlu buat sesuatu untuk mengoptimumkan prestasi klien torrent. Oh, aku menggunakan Vuze. Tak adalah gila babi mana pun cuma antara-muka dia saja yang macam bagus. dah aku godam macam-macam sampai keluar Skrin Biru Kematian atau BSOD/Blue Screen of Death. Pergi Google ya jika terkebil-kebil terpinga tak faham maksud.
Proses alter betul mencabar kepala otak yang berkarat macam aku.
Hasil yang aku peroleh:
Menitik air mata jantan aku. Tipu.
Terharu jugalah. Mahunya tidak, aku mengrisikokan banyak benda terutama sekali beban yang perlu ditanggung papan induk. Warranty dah tamat, kopak la aku kalau jahanam lagi.
Dalam aku kembang kempis meraikan kejayaan aku memperoleh kadar muat-turun sebegitu tinggi(serius, itu saja yang paling tinggi, nak tinggi lagi pergi panjat tangga. Tiada kena mengena), aku buka tetingkap Vuze. Di atas itu hanyalah Transfer Bar.
Pujian terhadap tracker bertukar carutan dan caci makian.
Satu tu sajalah yang meletup-letup.
Satu tu sajalah yang buat sedap mata memandang.
Satu tu sajalah buat perut mak peers sejuk masa mengandung dulu.