Aku dapat jala tiga ekor, siapa nak beli? Besar-besar, daging dia pun segar bugar. Aku jala kat seberang.
Aku baru belajar bahasa bapa ayam dengan seorang bapa ayam yang kini jual ayam. Ayam betul. Dulu jual ayam lain.
Daripada jala, maksud aku jerat, perangkap, menyalahgunakan kepercayaan diberi.
Tiga ekor tu tiga orang perempuan.
Beli pula siapa nak bela, jaga, langgan, henyak, balun, apa sahaja. Pokoknya mesti mahu hulur. Anak bini siapa nak bagi makan?
Besar-besar; penipu pun ya, betul pun ya. Literal dapatlah apa itu frasa "more cushion for the pushin', oh yeah." Ikut pasaran dan kehendak.
Daging segar-bugar. Belum ada orang usik. Entah kampung mana dia serkup budak tu lepas tu kasi dia persalinan menggoda, mekap ikut bajet dan voila! Ikan baru naik, beb.
Aku jala kat seberang. Auta la lu mat. Kau pun orang tengah, ambil untung atas angin. Mari sini aku nak dengar apa dia cakap. Betul la tu kot. Bunyi macam extra terrestrial je.
Lalu aku tanya, 'Apsal tak panggil guna analogi ayam je terus?'
'Kau nak mampus? Orang sekarang telinga sensitif, pantang dengar ayam, baik, lobang, celah, hah! Kau pun dah terkesima semacam. Itu belum lagi aku guna bidalan yang lain.'
'Sama je kot. Ikan pun banyak orang pakai apa?'
'Yeke? Tak tau pulak aku, maklumlah, zaman aku dah habis.'
'OK lah, aku nak balik. Aku pun nak pimp.'
'Hoi! Kau jangan macam-macam.'
'Aku nak pimp aku punya biliklah. Campak jauh-jauh katil gedabak tu. Biar kosong lengang bilik tu. Gantung dekorasi baru lampu tidur dan apa-apa jelah, janji tak semak. Lebih ruang untuk menempatkan ikan dalam tiga empat tong macam tu.'
'Barua! Terasa sial aku.'