Dionysus, Aphrodite, Atermis, Olimpiang.
Agak kenalah penyamaran identiti yang digunakan pada entri yang sebelum ini.
Beberapa bulan lepas aku dan beberapa orang rakan berkudapan pra-senja di sebuah kedai makan. Dalam enak kami menjamu selera sambil berbual tertawa riang, secara mengejut muncul seorang wanita entah dari celah mana dia keluar berdiri setentang dengan kami.
Menghadap bangunan yang bertentangan dengan bangunan yang membumbungi kedai makan tempat kami makan.
Tolong mantapkan skil visual anda jika tak mahu terawang tanpa sebarang idea. Penting kerana faktor lokasi sangat memainkan peranan untuk kamu memahami jalan cerita.
Eh. Iye ke?
Entah. Pandai-pandai kamulah.
Pinggang dicekak, rambut meliuk lentuk ditiup angin petang yang agak berangin petang itu, mata dikecilkan sambil kepala dipusingkan; mencari, menghendap, mengunci sasaran.
Wanita itu adalah Aphrodite. Nama samaran.
Lelaki pemabuk itu pula disamarkan dengan Dionysus, memang cocok sekali nama penutup aibnya dengan entiti Dionysus itu sendiri. Pemabuk, 24 jam tak betul, kaki perempuan. Bukan kaki macam perempuan, maksud aku suka mendampingi perempuan.
Aku rasa tak perlu aku panjang lebarkan lagi. Entri sebelum ini dan tajuk di atas sudah cukup untuk menggambarkan apa yang berlaku.
Gretto pula adalah hibrid "Greek" dan "Ghetto".
Olimpiang pula asalnya aku mahu letak nama Olimpin sempena nama jajahan bertuah tempat aku berteduh. Namun disebabkan bunyinya tiada vibe dan tidak hip, aku distorsi beberapa huruf, maka jadilah Olimpiang.
OK. Ditaip pada fasa sorongan bantal, pulang dari pusat hiburan famili Ah Pang. Dua watak utama tersebut berada di sana. Bermadu kasih, bermesra lemas, apa-apa sajalah yang berkaitan dengan orang yang dibakat api asmara. Datangnya seru mahu tulis pasal mereka la itu juga.
Pengajaran. Entah. Tiada barangkali, tapi bagi aku ianya cereka masa
Masa itu juga salah satu penawar. Retak belah cakar sepak berbulan yang lepas bertukar cak-cak ba-cak, geli-geletek, ciuman tanda sayang di dahi, blablabla.
Jadi berfikir aku seorang. Apakah masa boleh mengubati segalanya? Menamatkan segala gusar? Meredakan kerut di dahi? Melenturkan ketegangan?
Dan ya. Betul. Masa itu ubat. Kerana kesudahan segala masalah yang ditanggung seseorang itu adalah dengan datangnya Sang Penarik Roh yang kunjung tiba bila sampai masanya.
Nampak tak? Kan ada masa tu, kira bolehlah. Dah dari aku melalut panjang ada baik aku memasuki fasa pasca-sorongan bantal atau nama lainnya, tidur.