Jumaat, Ogos 15, 2008

Maka benarlah apa orang kata Ketawa Itu Penawar Terbaik.

Aku demam. Selsema cibai menyorong perlahan virus demam dalam tidur. Sudahnya pagi tadi satu badan aku panas. Tanpa batuk, mungkin belum sampai lagi tapi aku yakin dalam beberapa ketika nanti mulalah aku terkeheng-keheng berikutan semua jenis minuman aku telan buat dua hari yang lepas tak sah tidak jika tak ada ais. Semua mesti ada ais. Sampai rokok pun dari Dunhill Light jadi Dunhill Menthol dek panas luar ordinari kebelakangan ini.

Pansi? Sissi? Sotong? Pergi mampus sama kamu punya persepsi.

OK.

Aku demam right? Tak boleh bangun. Yang boleh bergerak tangan. Aku capai tetikus. Pergi semak kaunter daftar masuk. Ada pelawat dari Indonesia. Tak ada yang pelik di situ.

Aku klik pada pautan lawatan tersebut. Kerana kebanyakan pelawat luar dari Malaysia akan singgah ke blog ini dengan kata carian.

Bisik, 'Apalah yang kau cari ni.'

BAM!

Segala persoalan terjawab. Segala tanda tanya jadi tanda eksklamasi. Segala ragu dimamah ulat sagu.

Behold,

Laksana menonton Russell Peters dalam DVD Outsourced. Terguling, terbahak, terlentang, terpusing-pusing atas tikar buluh. Sampai melecetlah hendaknya aku penuh eksagerasi.

3gp bini serong?

What the fuck?

Kalau dah sangap sangat pergilah tinjau jiran sebelah atau pergi terjah kamar beradu orang tua kamu. 3gp isteri menyimpang dari arah yang lurus. Mungkin dia seorang pengkaji agama. Kerana serong di situ tidak semestinya membawa maksud you know, posisi dalam bercengkarama.

Boleh juga serong akidah.

Boleh juga potong sayur timun secara serong kerana salah potong timun jadi rasa pahit.

Tapi normalan aku sebagai lelaki; sudah semestinya definisi serong yang berbaur intimasi menerjah membran otak dahulu.

Eleh, macamlah kamu tu saint. Piiirahhh!

Puas aku gelak. Sampai menitik air mata, siap aku ajak dua pupu yang tinggal agak berdekatan dengan hutan simpan ni untuk turut sama bergembira. Dia sembelit.

Aku terus sihat tegap berdiri angkat dua kampit besar beras sekaligus manakala dua pupu aku mukanya dari pucat menjadi kemerah-merahan serta tersenyum simpul memanjang ekoran kali ke-tiga dia ke tandas dia berkata, 'Itu untuk 3 hari yang lepas. Bak mai ko punya potato chip.'

Dan kami pun berkejaran menghala ke mentari terbit kemudian terbenam, living the youth life.

Terima kasih, freak.