Seronok sebenarnya menonton slot TV yang berkisar tentang home/room makeover seperti Casa Impian, Extreme Makeover, Verizon's Stealthy dan lain-lain.
Tergerak rasa hati aku mahu merobah segalanya. Bilik aku kecil. Besar sikit dari stor. Sikit je, tak banyak. Luas kaki persegi tak ingat dan malas nak ambil tahu. Bermula dari rasa humiliasi yang menghujan turun dari kata-kata pedas ibu-ibu saudara yang singgah dua minggu sudah.
Cukup terasa aku bila orang dah menyebut, 'aku nampak sepasang ular sawa batik baik punya melingkar atas katil kau tadi.' Itu satu penghinaan. Itu tali pinggang, bodoh. Dan juga himpunan wayar-wayar hitam merah dan kabel coaxial.
Semuanya aku campak atas katil cum almari/gobok.
Tak teratur. Ada benar apa Poktih cakap dulu. Serabut, kacau bilau, bila nak kahwin? Kepala otak dia nak kahwin.
Aku jadi semakin bersemangat untuk membuka lembaran baru setelah dimaki orang tua aku ekoran tindakan membuta-tuli aku kencing dalam botol terbongkar. Ekellehh, kencing dalam botol pun nak bising.
Apa nak jadi, jadilah. Aku dismantle katil saiz permaisuri yang seumur hidup aku tak pernah aku gunakan untuk tujuan tidur. Aku sental, alih, angkut, keromot, humban, ambil balik segala khazanah bumi hijau dan kelabu keperakan.
Dan hasilnya...
Macam sial.
Konsep: Bujang dan Sofistikated serta Teknoseksual.
Kamu bayangkanlah sendiri.
Sudah?
Terbalikkan imej tersebut.
Itulah dia. Yang sebetul-betulnya.