Berkisar tentang surat yang tiba semalam.
Sampul dibuka lambang tertera,
Curiga hati nak tahu apa;
Dah boleh agak apa isinya,
Cuma malas mahu dengar isi hati berkata.
Sepurnama lepas canang dipukul,
Lantang bunyinya gegak gempita keluar segala isi rimba;
Menyebut nama pendekar yang bakal muncul,
Peralihan kuasa itu medan pencaknya.
Calang orangnya tidak calang orangnya bukan,
Punya empayar perniagaan sendiri;
Wang berguni tolong jangan jadikan sandaran,
Kerana seterumu itu licik berstrategi.
Minggu hadapan kita bersua,
Kamu sajalah, aku tak mengapa;
Bosan aku muak tiada taranya,
Mengenang konon perjuangan bangsa.
Sudahlah sudah bertikam lidah,
Kau yang mulakan, aku cuma menyinambungkan;
Sebelum melarat parah apatah berdarah,
Baik aku duduk diam memerhati kesudahan.
Penghujung sudah nampak,
Coup mu itu bahan gurauan;
Kerna seterumu itu bapak,
Kamu pula hanya anak ikan guan.
Dengan ini diisytiharkan 24 Ogos nanti aku akan berbaringan menonton filem yang dimuat-turun berbaki 12 masih belum ditonton.