Ya, dia telah selamat dilahirkan.
Makhluk kacukan Alien dan Predator berjaya mengikut hukum alam. Setiap yang dikandung pasti akan keluar, tak kiralah masih bernyawa ataupun tidak; takkan dibiar ia mereput lantas dinyahtinjakan jika nyawanya tidak lagi dikandung badan.
Mesti keluar.
Aku terima email dari seorang teman. Dia cukup gemar hantar gambar-gambar pelik dekat aku. Terbaru inilah dia, ayam mutan. Ayam kacuk Alien kacuk Predator. Itu kata dialah. Humornya lagi, hibrid Alien-Pred dikatakan terlalu gersang memandangkan Predator yang menjadi hos kepada parasit Alien Pemeluk Muka(facehuggers) membiak dengan cara normal iaitu konsumet.
Katanya lagi, gen Predator menguasai 80% bentuk baru hibrid Alien-Pred. Yang mengikut susur galur adalah muka yang panjang, animositi, dan naluri membunuh Predator yang lain; sama seperti zaman dahulu kala ketika Predator revolt dari menjadi pak guard kepada Alien.
Dendam zaman berzaman. Udah-udahlah tu. Senjata bukan main canggih tapi bebal. Nuke sahaja Alien tu, habis cerita. Bom berasaskan cahaya? Are you kidding me? Nak bagi Alien itu rabun silau? Migraine buat setengah jam?
Sambungnya lagi. Disebabkan secara semulajadi setiap kejadian mesti mahu berpasangan, Alien-Pred yang berdomainkan Predator jadi sangap. Dia mahu sahaja henyak Female Predator untuk menambahkan zuriat, tapi malangnya 20% hibrid tersebut dikuasai Alien. Baru nak main kenyit mata, kepala dah berputus badan.
Pergelutan internal antara Alien dan Predator berkesudahan dengan hibrid tersebut pergi cari hidupan lain untuk diasmara-danakan. Manusia ditolak mentah kerana Predator terhutang budi dengan seorang wanita (jika keliru, rujuk sinopsis di IMDb).
Mungkin penat mencari dan citarasa yang tinggi, di saat hibrid tersebut mahu berpatah arang, muncul seekor ayam out of the blue. Ayam itu ada dekat sebelah. Tergiur barangkali atau mungkin dorongan liar dari suplemen afrodisiak diselimuti kegersangan menjadikan hibrid tersebut tak keruan.
'Ayam pun ayamlah.'
'Goreng pun sodap.'
'Hello. Membiak dulu, makan belakang cerita.'
Petikan dialog yang telah dialih-bahasakan bilamana dua jiwa dalam satu tubuh mula berbicara.
Maka bertelurlah ayam tersebut.
Cukup tempoh bertelurlah ia. Eram punya eram, retak. Keluar, hirup atmosfera baru. Lapar. Cari makan (Ibunya telah cabut lari awal-awal semasa telur mula meretak kerana dia tahu anaknya bakal menduduki carta Top 5 Makhluk Paling Buruk Seluruh Semesta. Pertama Predator, kedua Alien, ketiga hibrid Alien-Pred, keempat hibrid Chic Al-Pred, kelima... Tunggulah hibrid Chic Al-Pred datang seru nak mengawan).
Bermulalah episod baru kekejaman luar dugaan.