Pertalian yang terputus kini tersambung semula. 10 bulan. Tempoh kejam yang mengaburi definisi aku antara ekskuisit, grandeur, sedap mata memandang dengan yang sebaliknya.
Buka sahaja telefon setelah berminggu-minggu hilang tanpa khabar berita, satu mesej daripada syarikat pembekal telekomunikasi berbunyi:
You have 13 misssed calls
+601########(7)
since 12:27
15.08.08
+601########(6)
since 12:07
15.08.08
[Activated by
Hotlink]
Sungguh asing nombor tersebut. Jadi hal kerana kad sim ini kosong tanpa sebarang daftar hubungan. Yang ada cuma empat, yang disediakan secara default oleh Hotlink. Talian perkhidmatan apa cirit entah.
Aku buat panggilan pada nombor yang tertera atas sekali.
Tiada respon.
Aku hantar mesej. 'Sapo nih?'
Mesej masuk.
'Sekian-sekian umat.'
Oh. OK. Nama dia bukan sekian-sekian umat. Pseudonym la.
Mesej masuk lagi. 'Nanti sekian-sekian umat lain call u'
Selang beberapa ketika, nada dering paling busuk untuk telefon bimbit Motorola model C113 berkumandang. Tiada apa yang istimewa tentang telefon ini melainkan ia percuma dan kekeliruan entri data semasa memasukkan karakter 'n' dalam teks mesej. Contoh, "aku dah makan" menjadi "aku dah nakam".
Terbalik susunan karakternya.
Bersungut pun tak guna, benda percuma.
Berbual dan kemudian berbual. Sampai habis satu botol mineral 1.5 liter. Satu hal aku one-shot dan satu lagi sebab panas bukan main. Tubuh aku terhidrasi pada kadar yang tinggi.
'Now?'
'Lemme take a bath first. Bepeluh macam sial ni.'
'Eww..gross.'
'Lantak kaulah. Aku nak mandi ke apa.'
Toot.
45 minit kemudian. Dua daripada empat wanita yang pernah terlibat dalam aktiviti rampasan kuasa/coup skala kecil tercegat depan mata aku.
Kelu. Jadi gagap aku.
Dalam nada ketar, 'You guys are prettier now.'
'Uhh stopp. Demam ek?'
'Yup. Tapi masih kuat, see see.' Sambil mengangkat dumbbell seberat 10 kilo yang entah macam mana boleh ada di bangku co-pilot.
Mara menuju ke sang mega merah. Dipenuhi hilai tawa sambil reminisce over the good old days. Gelakkan hal dulu satu perkara, satu lagi gelakkan aku yang gagap tak sudah.