Khamis, September 25, 2008

Ahoy teman!

Batch aku di Sekolah Atas Bukit by approximate value adalah 140 orang. Lelaki dan perempuan. Baik dan nakal. Skema dan terkejal.

Tiada kes atas pagar.

2 kelompok itu sahaja. Kategori seperti "hari ini normal minggu depan persis siamang" tidak wujud. Noktah.

Selepas 5 tahun meninggalkan alam persekolahan, dalam kes-kes tertentu; 4, 3, 2 dan setahun, masing-masing membawa haluan sendiri.

Ada yang jadi insan dipuja lambung masyarakat, tidak kurang juga menjadi mangsa ludahan masyarakat. Tak semua benda yang diatur, dicarta, diharapkan menjadi. Kerana itulah realiti, samada ia ikut telunjuk kamu atau it'll turn its back upon you. Reality is a bitch you know.

Dalam 5 tahun macam-macam boleh jadi. Berkarung-karung cerita mahu dikongsi. Maka dengan itu salah seorang sahabat dari Jepun mencetuskan idea untuk pemuda-pemudi tunas harapan negara(you wish) ini berhimpun dalam satu majlis tak-adalah-formal-mana pada Sabtu ini.

Dalam anggaran kesuluruhan 140 orang tadi tu, hanya 30 orang yang benar-benar berkesempatan dapat menghadirkan diri pada majlis berbuka puasa di sebuah restoran.

Dan dalam 30 orang itu, masih ada lagi yang jadi besar sial tak mahu jadi dewasa dengan menyusahkan pihak penganjur dengan kata-kata seperti di bawah:

'Aku segan la.' --Fuck!

'Takde geng.' --Kau ingat ini persatuan samseng nak geng-geng?--Fuck!

'Mahal la dia punya tempat.' --Jangan perabis duit gaji/biasiswa/pinjaman macam orang tak ada akal. --Fuck!

'Jauh.' --Padan muka kau-- Fuck!

'Mak aku tak kasi keluar malam.' --Kau dah 22 tahun, DUA PULUH DUA for fuck's sake!-- Fuck!

Dan seribu satu macam lagi alasan.

Itu masih tak mengapa. Yang lebih mendidihkan darah apabila tempahan tempat telah dibuat, seorang demi seorang dengan sesuka hati menarik diri dari menyertai program tersebut.

Deduksi demi deduksi menjadikan pihak penganjur jadi tawar hati. Dalam kes kali ini, semua orang adalah penganjur. Tawar hati untuk buat apa-apa aktiviti pengukuh persahabatan di lain hari.

Benda yang aku nak elak sangat, itulah dia. Berpecahnya kami membawa makna masa depan negara dirundung pandemonium. Cih, macamlah orang lain seusia aku semua tak boleh pakai punya umat.

Hilang semangat aku nak marathon House dan Heroes dek perangai budak-budak bertuah tersebut.

Selasa, September 23, 2008

Fiksyen 0116

Di pinggir bukit itu kelihatan seorang pemuda menyaksikan fenomena cendawan atomik meletus melata atas muka bumi.

Di pinggir bukit itu kelihatan seorang lagi pemuda berhempas pulas menyiapkan tugasan diberi pensyarah sunggupun realitinya tempat beliau menimba ilmu kini bertukar menjadi padang tandus.

Di pinggir bukit itu kelihatan seorang pemuda sibuk membetulkan enjin motokarnya. Hasrat mahu pergi sejauh yang mungkin sebelum kubu terakhir bertukar menjadi kubur.

Di pinggir bukit itu kelihatan sepasang merpati bertangan berkaki tak bersayap bercanda asmara tanpa sikit pun gusar tubuh mereka menjadi satu dengan tanah.

Bisik merpati bertangan berkaki tak bersayap jantan sebelum persenyawaan berlaku, 'Apa saja daya usaha kita pasti akan berakhir dengan kau lebur manakala aku reinkarnasi dalam bentuk jisim tenaga.'

'Jadi apa yang kau mahukan?'

'Izinkan aku rasai benda yang janggal itu. Dulu pernah aku gomoli, terakhir ketika aku berjaya hafaz alfabetikal. Dulu, ketika tubuh aku dihuni roma. dan oh, aku ingin menerokai lebih dari jangkauan, jika kau mengerti maksudku wahai perempuan. '

'Aha. Jadi?'

'Berkurun sudah wahai perempuan. Roma itu sudah hilang. Digantinya puberti mekar lebih-lebih lagi di bahagian belakang. Ketara wajahku laksana sang serigala, apa kau tak dapat rasa kebuasanku wahai perempuan?'

'Apa ini yang kau mahukan?' Kata si merpati bertangan berkaki tak bersayap betina lalu menambah. 'Apa kau sedar kita di ambang apokalips mini buatan manusia?'

'Ya.'

'Rebahkanlah jejarimu atas tubuhku. Perlahan usap dari pangkal pusat ke atas hinggalah ke ubunku. Berahikan aku dengan sentuhan kasar quasi-jantanmu itu.'

'Dengan gusto perempuanku.'

Bermain-mainlah pasangan merpati bertangan berkaki tak bersayap itu. Alpa mereka dibuai liuk asmara. Militan Pemusnah Pemusnah mula melaksanakan operasi pembersihan sehabis bersih di sekitar bukit tempat pemuda-pemudi berselindung dari menjadi salah satu substan dalam ledakan cendawan atomik.

Merpati bertangan berkaki tak bersayap jantan mula melorotkan pakaiannya, begitu juga sang betina. Diacungkan organ persenyawaan ke udara sebagai tanda kejantanan.

'Kau milik aku, perempuan.' Dengus sang jantan.

*Bang kapow boom(efek letupan)!

Terjaga aku apabila lagu berjudul Perasaan Ini Adalah Mutual oleh Pemusnah Pemusnah berkumandang di corong pembesar suara 2 pasang kembar siam lain bapak lain mak.

Motherfucker. Potong stim betullah.

Cerinti subdivisyen.

Benarlah kata orang, kita sanggup melanggar apa sahaja peraturan, larangan, tegahan, undang-undang, what have you untuk benda yang kita betul-betul sayang.

Benda itu pula kalau sempurna sedap mata memandang tidak boleh jatuh bawah kategori benda kesayangan atau paling disayangi.

Benda itu kalau boleh lapuk dek hujan, lekang dek panas. Lusuh, buruk, kepam, carik, rabik, hamis, barulah benar-benar membawa kesan mendalam jika, manalah tahu dan minta-minta jangan jadi, hilang.

Jam 8.30 pagi, aku menatap sayu sepasang jeans lusuh berusia 6 tahun. Ciri-ciri di atas tadi semuanya ada pada jeans tersebut-kecuali hamis-kerana baru basuh. Setelah 6 tahun berbakti menutup benda yang patut ditutup, melindungi aku dari luka-luka parah akibat kemalangan, akhirnya ia sampai juga ke tahap tak boleh dipakai lagi.

Bukan sebab koyak, bukan sebab busuk macam tempat pelupusan sampah.

Zip.

Zipnya dah jahanam. Maka dengan mudahnya pakej aku ditonton ramai.

2 bulan yang lepas aku ditegur seorang teman, 'Kurr..kurr..'

'Lu apahal? Buang tebiat? Dah nak mampus sangat?'

'Dude, check it out yourself.' Sambil tangannya buat signal panggil burung merpati makan cebisan roti. Cuma kali ini ianya dialihkan ke bahagian bawah.

'Motherfucker! Apsal aku tak perasan? Patut orang lalu lalang tersengih-sengih macam sial.'

2 bulan yang lepas.

La itu juga aku beli seluar baru, bayar terus sarung.

Pagi ini aku keluarkan ia dari gobok. Rasa macam ada benda yang kurang kebelakangan ini. Rindu kepada sentuhan fabrik keras sedikit lembut on certain region mencucuk-cucuk sanubari.

Aku nak pakai. Tapi masalahnya itulah, terlebih sistem pengudaraan.

Aku dapat idea. Aku mahu cari pin lampin. Bagi yang tak tahu atau yang dah lupa, pin lampin adalah seperti pada rajah sebelah. Ya, lukisan. Cukup untuk kamu bayangkan bagaimana rupanya.

Dengan menggunakan teknik sematan yang betul, aku rasa semuanya akan kembali kepada normal cuma aku ada sikit masalah untuk membuang air tapi aku tak kira.

Aku ke pekan dengan motosikal. Seronok hirup bayu pagi, sejuk pun sejuk. Sampai di sebuah kedai menjual bunga dan alatan menjahit, baru buka, barang pun tak habis susun. Aku bertanyakan auntie yang juga pemilik kedai tersebut jika dalam stoknya tersimpan pin lampin.

'Ini kedai bunga eh sama itu barang jahit punya. Itu lu pigi tengok kedai baby la, haiye.'

Agak moody orang tua tu, kurang kasih sayang anak gamaknya. Aku tak mahu masuk kedai menjual peralatan bayi kerana takut disalah erti penduduk sekitar. Aku fikir mana lagi kedai yang ada jual pin tersebut.

Stationery shop-lah fo shizzle.

'Ada ini barang tak? Busat punya, paling busat you ada.'

'Tada leh. Ini saja ada.' Sambil amoi itu menunjukkan segugus pin sebesar debu, kecil maksud aku. Belum nak tembus kain jeans dah terpeleot bengkok. Aku kena cari super besar. Kedai seterusnya terletak 10 kaki di hadapan.

Malas mahu sarung helmet, aku bawa motor tanpa sebarang perlindungan kepala. Dan disebabkan kepala otak aku tertumpu kepada usaha mahu restore jeans, aku tak perasan ada sekumpulan polis muda sedang buat sekatan jalanraya. Mahu cari duit raya, barangkali.

Dan-dan seorang berteriak minta aku berhenti.

Damn! Tak bawa dompet pula. Dalam poket ngam-ngam 50 sen. 2 orang daripada mereka capai motor masing-masing dan menuju ke arah aku.

Kaget dengan situasi itu dan memikirkan aku tiada sebarang dokumen sah dan melakukan kesalahan ketara, aku tekan pedal gear, masuk gear rendah dan buat pertama kalinya dalam hidup aku menunggang motor pada kelajuan 120km/j.

Nasib baik tak kena saman. Nasib baik tak jatuh tergelincir. nasib baik tak tersembab buntut kereta orang. Nasib baik tak mati.

Gagal dalam usaha memulihara seluar kesayangan, aku pulang ke rumah dengan kehampaan. Dan dengan penuh sayu dan dengan perlahan aku menyimpan kembali seluar tersebut ke dalam gobok.

Sambil hati berkata, 'Hingga ketemu lagi, sahabat.'

Ahad, September 21, 2008

Salvaj, kini dengan ekstra fitur: jentera pelalak.

Terharu dengan usaha aku bersaing dengan pemilik sistem audio yang lain, seorang rakan menghadiahkan aku sebuah set hi-fi. It's a Sony.

Dalam Salvaj edisi yang lepas, aku ada sediakan slaid yang memaparkan imej-imej perkakas audio yang aku tukang ikut logik litar.

It didn't go well after a few days. Bunyi pecah, wayar serabut, potong stim bila mahu capai ertikata sebenar kepuasan maksimum dalam menghayati seni muzikal. Pendek cerita, ianya satu kegagalan.

Itu yang aku termampu. Tanpa sesen haram perlu dilaburkan. Aku kecewa tapi dalam kecewa aku berpuas hati kerana apa yang terhidang itu adalah hasil tangan aku sendiri.

Seorang rakan bertanyakan mengenai perihal sistem audio aku. Aku cakap bendalah tu macam sial, dah kenalah dengan kondisinya yang hidup segan mati tak mahu, bersawang dan masalah wiring di sana sini.

Mengenangkan perkara itu beliau dengan rasa terharunya menghadiahkan aku set hi-fi yang tak digunakan sejak berbulan-bulan lamanya.

Aku bertanya kenapa dan dijawabnya, 'There ain't CD bay on it. Fucking archaic, dari aku campak masuk dalam sungai baik aku bagi kau.'

'Thanks sweetness.'

Laksana monyet dambakan bunga, aku tukang dan tukang dan tukang lagi sampailah jadi sebigini rupa:
Ada lima foto yang dikompilkan. Foto yang keempat adalah fitur ekstra yakni mikrofon mini. Amat cocok dengan aktiviti masa senggang golongan muda zaman sekarang; karaoke.

Cakap saja apa jua aktiviti yang mempunyai pertalian dengan audio, semuanya telah sempurna. Tiada lagi headphone besar gadang untuk pengalaman unik surround sound. Tiada lagi yang lebih berdimensi melainkan efek 3 dimensional hasil dari empat corong pembesar suara berprestasi tinggi; dua dari Sony dan dua lagi dari Kenwood.

Pembesar suara Sony digunakan untuk efek bass maha agung manakala Kenwood pula untuk trebel, juga maha agung.

Berikut merupakan pelan lantai bagaimana aku atur kedudukan set audio:
Kotak hitam di setiap pepenjuru adalah pembesar suara. Garisan berkembar hitam-merah itu pula sambungan wayar. Kotak hitam di bahagian kanan-tengah yang ada kotak senget berwarna kelabu itu pula sumber kuasa dan yang berwarna kelabu itu pula komputer.

Yang warna kuning itu pula tilam. Aku tidur atas lantai, terima kasih.

Oh, rakan-rakan yang baru pulang dari serata pelosok dunia, perkhabaran baik untuk kamu semua. Tak payah nak sibuk-sibuk ajak aku buang minyak kereta pergi karaoke, bertandanglah ke rumah aku.

Bayar tetap bayar, ingat ini wakaf ke?

Tubuhmu semerbak dengan haruman kayu manis dan cengkih pelbagai dan oh, tembakau pun ada?

Jam 5 petang. Matahari walaupun sudah tak lagi tegak atas kepala tapi panasnya seolah-olah matahari tersebut berada di sebelah.

Dalam perjalanan ke kawasan parkir, dari jauh kelihatan kereta sudah tidak lagi simetrikal. Kelihatan seperti ada seorang insan seberat 500 paun duduk di belakang bangku pemandu. Fenomena tersebut menjawab persoalan hon yang dibunyikan setiap kali ada kereta dari di belakang hon, dari depan dan memotong hon serta buat signal tangan.

Aku ingatkan ada tupai terselit dekat tayar.

I was half right.

Masalah masih berkaitan dengan tayar cuma tidak ada rodensia mati terkepit/terselit. Permasalahan berpunca daripada sebatang paku sepanjang 5 inci terbenam pada tayar.

'Patutlah stereng berat semacam.' Kemusykilan teman tersebut terjawab.

Teman di sebelah sungguhpun lelaki maka secara amnya dia juga seperkasa lelaki yang lain bersiul bersahaja tanpa ada inisiatif mahu beri bantuan tenaga atau sekurang-kurangnya tolong capaikan perkakas yang diperlukan untuk menukar tayar yang bertaburan di atas jalan bak butiran pasiran di tepi pantai-an.

Yang dia tahu hanyalah cari sudut yang sesuai untuk mengambil gambar, gelak dan terus gelak sambil berkali-kali mengulangi frasa 'siapa suruh tak puasa.' Tangan aku habis hitam, baju aku habis lencun, punggung aku ditatap berahi golongan wanita yang lalu lalang sambil tergelak sipu.

Masih lagi penuh negatif, teman tersebut berkata sambil menatap foto yang ditangkapnya, 'Cuba kau check kau punya boxer, sekilas macam terkincit.'

Aku balas, 'Oh, jika yang demikian, here, smell this!' sambil aku lontarkan boxer yang aku pakai tepat ke muka dan lebih spesifik, organ deria baunya.

Actually, that never happened.

Aku senyap saja. Aku tahu setiap argumen akan dibetah mudah oleh dia kerana...takkan tak faham-faham lagi kot?


Rabu, September 17, 2008

Empat peluru lima kepala, siapa nak jalan dulu?

Sedang aku menyoroti timbunan koleksi filem yang masih tak bertonton, aku jumpa satu filem yang bagi aku cukup kena dengan paranoia aku; kabus atau The Mist.

Kabus adalah satu kejadian alam yang di mana air yang terkondensasi ke udara membentuk wap, baik tebal, boleh tahan tebal, tebal tapi masih boleh nampak objek dalam radius dua meter, tak adalah tebal sangat etc.

Fenomena kabus terjadi biasanya di waktu pagi. Lain daripada itu jangan tanya aku, itu saja yang aku ingat masa belajar dekat sekolah dulu.

Paranaoia aku tak adalah sampai semengarut kejadian yang berlaku dalam filem tersebut di mana pintu gerbang ke alam satu lagi dibuka oleh saintis militari blablabla orang mati kena makan makhluk pelik blablabla ekstremis agama mati kena tembak blablabla bapa penyayang menjadi bapa penyayang yang tembak anak sendiri. Bla.

Aku tak suka kabus sebab aku gemar joging pagi-pagi dan disebabkan kabus yang tebal menghalang pandangan mata maka aku tak dapat nak cover up apa yang patut sebagai contoh tahi mata terselepet ataupun mencangut mencuri nafas, pancit.

Jika memanjang nak cover up, I'll ended up even worse, 10 minit saja dah tersadai dekat bangku yang tersedia. Cover up memakan tenaga yang banyak, aku kurang tenaga kerana aku tak makan banyak. Where do you think human energy came from? Tenaga Nasional Berhad? From the food you consumed of course.

Sekarang aku jadi lebih takut untuk berhadapan dengan kabus setelah menonton The Mist. Aku rasa orang yang memilih atau bertukar sesi untuk berekreasi di petang hari daripada waktu pagi semuanya telah menonton The Mist.

Oh, berkisar tentang tajuk entri ini. Itu adalah bahagian kesudahan cerita tersebut.

Baiklah, genius!

Selaku salah seorang yang datang dari komuniti IT, aku cukup terkilan jika ada perisian yang aku rasa aku boleh kendali tapi atas sebab-sebab tertentu aku tak boleh.

Perisian pemain audio iTunes kini telah sampai ke versi 8.0. Yang paling barulah tu...kot. Pagi-pagi buta dah keluar mesej pop-up minta aku muat turun versi baru. Jadi tanpa sebarang ragu aku tekan butang "Yes".

10 minit berlalu. Siap. Reboot komputer. Pasang balik iTunes.

Aku cuba cari kelainan. Evolusi iTunes boleh dikatakan macam tak nampak sebab features-nya yang diletakkan di kolum sebelah kiri bercampuk aduk dengan playlist apa cirit. Dari segi antara-muka pula tiada beda antara versi 7 dan 8 kecuali ini:

Di sebelah kanan pemain ada satu kolum yang begitu asing.

Aku gugup hendak tekan apa-apa kerana hey, tak nampak ke dia tulis Genius Sidebar? Goyang jugalah pada awalnya. Siap pakai ikon atom lagi, gigil kepala lutut.

Dah jadi resam kita, suka ataupun tidak, tetap akan eksplorasi perisian dan pelajarinya. Serupalah macam dulu-dulu orang menyumpah seranah jika disuruh taip surat pakai komputer. Sanggup bergadai nyawa sebab agungkan mesin taip. Lama-lama masuk kelas Office juga, bos suruh.

Seperti yang aku taip di atas tadi, aku terkilan jika aku tak dapat kendali benda yang aku rasa boleh dikendalikan tetapi atas asbab tertentu jadi tak boleh.

Aku nak sangat tahu apekebendanya Genius Sidebar ni. Aku tak suka belajar dari buku dan dalam kes ini aku tak kuasa nak pergi cari manual dari internet atau Google "What the fuck is iTunes' Genius Sidebar" kerana satu hal mata aku dah cukup rosak dan satu hal lagi, aku malas.

Aku belajar dengan terokai sendiri. Main gatal tangan kisai apa yang patut. Esok lusa pandailah. Dan aku sebegitu eager mahu eksplorasi feature baru ini yang namanya cukup ofensif bagi sesetengah orang, if you catch my drift.

Tidak dapat digunakan di sini. Di Malaysia.

Patut dalam manifesto pilihan raya itu hari patut disertakan sekali Malaysia tidak akan ketinggalan apatah lagi dikecualikan dalam perkembangan teknologi. Jika adalah perkara tersebut dijanjikan, pasti ramai golongan muda pergi pangkah siapa saja yang menjanjikan benda sedemikian rupa. Janji kosong pun tak apa kerana jika tak ditunaikan senanglah nemesis partai yang melaungkan janji tersebut menghentam lantas mengambil alih tampuk kepimpinan.

MCMC ke what's-his-name pergilah selesaikan masalah orang yang nak jadi genius hanya dengan menggunakan perisian pemain audio.

Selasa, September 16, 2008

Uh-oh!

Hari ini ya? Jagalah kau.

Apa Malaysia Baru? Ini lagi penting.

Isnin, September 15, 2008

Detonasi.

Jika takut dipukul ombak jangan berumah di tepi pantai.

Gangguan monyet yang semakin menjadi-jadi kebalakangan ini membuatkan aku ingin memperkenalkan peribahasa yang membawa maksud yang sama seperti himpunan perkataan di atas tetapi menggunaan objek dan subjek yang lain.

Jika takut dihambat mawas jangan berumah di tengah hutan.

Melankolik memerhatikan cili yang ditanam beberapa bulan lepas dipiat, dipulas, dicabut monyet. Pasu terbalik, tanah dikorek, pecaj itu, tertunggang ini, what have you, angkara monyet.

Hobi aku kebelakangan ini adalah berkisar tentang agro. Bermula dengan menanam cili untuk pakai sendiri hinggalah tanaman untuk dekorasi laman. Bunga entah apa aku ambil dari hutan pun ada. Tiada tujuan mahu mengkomersilkan benda yang aku tanam, saja mahu isi masa senggang dan berbudi pada tanah.

Pantang nampak benda yang menyala, habis. Selesai.

Satu petang aku berkonfrontasi dengan adalah dalam 20 ekor macam tu monyet di hutan sebelah rumah aku. Aku cari batu kerikil kecil untuk digunakan sebagai "peluru". Pistol aku adalah lastik kayu. Kamu ingat lesen senjata api boleh main beli macam beli ayam dekat pasar ke?

Lengang. Mencicit berlari mereka bertempiaran dalam hutan. Pulang ke markas barangkali. Aku fikir itulah kali terakhir mereka melancarkan serangan kepada benda-benda yang ditanam baik dalam tanah mahupun dalam pasu, tak ketinggalan tumbuhan tergantung.

Aku betulkan semula tumbuhan/sayuran yang bersepah atas tanah. Mustahil mereka mahu datang lagi, aku sebegitu garang dan kejam dalam proses mempertahankan harta-benda aku. Tidurnya aku malam itu dengan senyuman penuh lega.

Silap.

Petang keesokan harinya mereka kembali-dalam gugusan yang lebih besar. berplatun-platun terlompat, terjerit, ter-apa benda lagi monyet buat.

Ah sudah. Tak makan saman betul monyet ni. Aku berpatah arang. Lantaklah apa yang mereka mahu buat. Aku penat dan lapar.

Senja berlabuh, suasana belakang rumah kembali trankuil. Aku jenguk. Aduh lah, macam dipukul bah. Aku dah naik malas nak betulkan. Betul hari ini, besok tersadai juga.

Malamnya itu aku buat beberapa panggilan.

'Ada tak bos?'
'Susahlah kawan. Itu orang biru sangat kacau punya.'

Seorang.

'Amacam?'
'Ada tu ada, mahal sikitlah.'
'Mahal macam mana?'
'Sebungkus RM70.'
'Takpelah.'

Lagi seorang.

'Ada tak? Aku nak sikit je. Segenggam pun jadilah.'
'OK. Lima hengget. Lapan bijik.'
'Mahal tu beb.'
'Itu aku punya segenggam. Dari aku pakai adik aku yang darjah satu punya genggam.'
'OK. Sat lagi aku sampai. Cekik darah betul.'

Pulang berurusan aku selubung dengan senyuman juga. Senyuman jahat.

Petang tadi. Seperti yang dijangkakan mereka kembali. Berpuak-puak, pelbagai gaya, pelbagai fiil, pelbagai identiti. Aku dah bersedia.

Dalam poket seluar ada sebatang pemetik api. Dalam poket satu lagi gugusan bahan letupan saiz mini.

Sambil melaungkan "Who's your daddy?" berulang kali, aku lontarkan satu demi satu bahan letupan saiz mini hingga mengakibatkan aku sendiri pekak temporari.

Aku kejar mereka menyusup di celah-celah hutan sampailah entah ke mana. Bahan letupan terakhir dibakar dan dilontarkan. Selang lima saat aku tempik "How do you like me now, biatch!".

Habis bahan letupan saiz mini. Bukan banyak mana pun. Lapan biji. Satu biji 400 meter mereka lari. Darab lapan.

Pulang ke rumah langit dah gelap. Bertepuk tampar sajalah aku dalam mencari jalan pulang. Puas hati aku.

Aku dah habis daya nak halang mereka dari terus buat tanaman aku macam harta mak bapak mereka sendiri.

Tolonglah mengerti, binatang.

Sudah tiba masanya untuk meletakkan papan kekunci di sisi dan capailah penggali.

Sedang menikmati secawan kopi di tepi tasik bersama beberapa rakan yang menceburi bidang pertanian, salah seorang daripada mereka memecah sunyi dengan:

'Lepas ni jika ada apa-apa majlis berkaitan pertanian, mereka tidak lagi setipikal cangkul batas dan berlalu pergi selepas orang ramai bertanggapan itu saja yang mereka tahu buat.'

Soal seorang lagi, 'kenapa sahabat?'

'Buta pekakkah kau kebelakangan ini sahabat? Apa surat khabar dibuat tisu tandas? Apa televisyen dibuat akuarium? Apa radio dibuat sangkar tempua?'

'Aku masih keliru. Benar aku tak ikuti apa-apa berkembangan nasional tapi kata-katamu menghiris halus organ dalamanku; menjadikan aku sedikit diambung marah.'

'Cukuplah beretorik. Apa tak tahukah kalian mereka dihantar ke seberang lautan menuntut ilmu penanaman moden, cukup meletakkan petani konvensional seperti kita jauh empat ke lima tiang di belakang?'

Jawapan silih berganti,

'Tak.'

'Tidak.'

'No.'

'Tidak berminat.'

'La.'

'Bini aku makin hari makin sihat makan hasil tanah aku, pemodenan punggung aku!' Seorang bentak lantas menyambung, 'Cangkul, pongkes, but Pua Chu Kang itu juga bisa menjadikan orang rumahku dari "L" ke ekstravaganza "XXL".'

Yang mengemukakan usul minta semua bertenang. Jarang dapat meluangkan masa dewasa ini, tak mahulah diisi malam itu dengan bertikam lidah. Katanya jika mahu berbalah, jadilah ahli parlimen.

'Pucuk pangkalnya mereka tak lagi sekeras android sedang apa-apa aturcara berkaitan pertanian bersidang. Silap-silap haribulan, mereka sendiri tolong dari zero to hero tanpa bantuan sesiapa termasuk tuan tanah.'

'Apa benar katamu itu sahabat? Jika benar mahu sahaja aku capai gagang telefon lantas mendail nombor yang berkenaan. Tanah aku solok, tak ramai yang tak tahu, populariti sangat dialu-alukan.'

Dinihari.

Isnin mula menaiki carta. Masing-masing meminta diri. Masing-masing bercaturan mahu minta Yang Berhormat turun padang. Seorang daripada mereka berfikir apakah sudi Yang Berhormat menyalai tubuh, berpeluh kepam, berlosyenkan selut pelbagai bersama petani konvensioal atau ada pembaharuan yang tidak memerlukan seseorang itu berpeluh sekolam sehari untuk mengerjakan sebidang tanah.

Jika ada, insan tersebut juga mahu patah-duakan papan kekuncinya dan mula berbakti kepada tanah-sedang yang dia tahu hanyalah membaja.

Jumaat, September 12, 2008

Ianya memerlukan teknologi untuk melumpuhkan teknologi itu sendiri.

Catch-22 - satu masalah yang di mana satu-satunya jalan penyelesaian munasabah adalah dengan masalah yang lain.

Itu penerangan bagi terma Catch-22. Aku pula akan mengemukakan satu lagi terma iaitu Seize-22.

Seize-22 merupakan terma yang digunapakai untuk menampakkan betapa rajinnya aku menyoroti lantas mempelajari benda-benda yang terhidang dalam internet.

Fungsi terma Seize-22 apabila kita berdepan dengan satu masalah dan masalah itu adalah tak lain dan tak bukan; kompleksiti inferior atau benda-benda yang mutual dengannya.

Nampak macam serupa dengan Catch-22 bukan?

Separuh betul.

Terma Seize-22 digunapakai khusus dengan masalah berkaitan dengan teknologi sahaja. Yah, you heard me.

Aku punya terma, aku punya sukalah.

Kebanyakan blogger membenarkan ruangan komen dan ada juga siap tambah ruangan sembang e.g., Chatbox dan entah apa-apa lagi dengan tujuan mereka yang tersendiri. Menjadi satu masalah apabila ada komentar yang mengantagoniskan pemilik blog tersebut atau golongan pembaca blog itu sendiri.

Sudah semesti si antagonis ini akan dikecam teruk memandangkan, well, lets face it, nobody likes you.

Dan selaku antagonis/pengkritik/si-hanya-tahu-cakap yang cemerlang, kamu perlulah mengusasai kelemahan diri kamu yang teramat nyata yakni kamu tak tahu apa mahu dibalas setelah dirimu itu dicerca hina dalam bentuk kelompok.

Kita tinggalkan sebentar benda di atas dan beralih kepada fokus Seize-22. Ya, kamu bersandarkan kepada anonimositi untuk menunjukkan siung kamu dengan harapan tiada siapa dan yang paling penting, pemilik blog itu sendiri tidak tahu siapakah gerangan orang yang sebegitu sinikal dalam memberi pendapat/komen.

Well, guess what? You aren't that invisible. Kamu tak kebal. Bagi pemilik blog yang meletakkan aplikasi tracking seperti SiteMeter, FeedJit, StatCounter, apa cirit, sesetengah daripada mereka cukup peka dengan kehadiran kamu yakni anonimus sinikal di halaman mereka.

Setiap inci pergerakan kamu diintip teliti, itupun kalau mereka rajinlah. Ada rasa macam nak terkencing dalam seluar tak? Jika ya, pergi ke tandas dahulu atau sarungkan sahaja lampin pakai buang sebelum meneruskan pembacaan.

Walaupun kamu entah siapa, pemilik blog tetap tahu siapa kamu; melainkan kamu benar-benar celik teknologi.

Sedangkan dulu kecoh sihir dihantar via SMS, kamu belum tahu penangan santau via alamat IP. Jangan buat main, jangan sesuka hati jolok sarang serangga bersengat. Kalau lebah untunglah jadi tauke madu, kalau tebuan?

Inilah masalah kamu, kamu tetap dapat dikesan. Se-ekskuizit mana pun nama samaran atau sekadar "anonymous", kamu tetap dapat dicam sebagai satu entiti.

Mahu jadi hantu yang betul? Komen ikut sedap tekak? Melempiaskan marah tak tentu hala? Kehilangan orang tersayang tapi tak tahu cara nak salurkan emosi yang melanda?

Ya, kamu akan cari teknologi tapi teknologi itu sendiri akan meranapkan kamu.

Aku ada cara dan sebegitu halobanya aku, takkan aku kongsi dengan sesiapa.

Kerana akulah the Seize-22.





p/s: manual panduan "Menjadi Lahabau Kebal Atas Talian" boleh diperolehi dengan alamatkan butiran diri serta harga rundingan(harga buka: RM120) ke emel aku.

Khamis, September 11, 2008

Oh, ini haruman terbaru daripada Marlboro; Tobacco For Men.

Jika sekeliling kamu hanya perempuan dan kesemua mereka berpakat mahu set hari ini sebagai hari datangnya haid, apa yang kamu boleh buat?

Jika sekeliling kamu terdiri daripada lelaki non-Muslim dan mereka yang bersurat dan sikit pun tak mahu menjaga hati kamu yang sedang menahan lapar dan dahaga, apa yang kamu boleh buat?

Adakah opsyen untuk turut serta menjamu selera bersama sekumpulan perempuan yang synchronize waktu datangnya haid dan merokok bersama lelaki yang Jabatan Agama buat tak hairan jika mereka bentang tikar makan tepi jalan raya(ini baru awam!) dibolehkan?

Memanglah tak boleh.

Aku kurang makan maka setakat menahan lapar tidak menjadi masalah yang besar. Kepantangan aku cuma satu, tekak acapkali pahit. Orang lain sibuk jadi naga semput, takkan aku nak tengok saja.

Aku tengok sajalah.

Pada awalnya.

Un-Jawi, seorang teman rapat tanya, 'You mau tengok saja eh? Serupa tak payah follow kita keluar jugak.'

Aku jawab, 'Cakap banyak tak guna, bak sini sebatang.'

Un-Jawi, 'Tak boleh. Saya tamau subahat punya.'

Tadi bukan main menjolok, tak mengapa. Dia lupa sesuatu yang aku ada. Dalam kocek aku ada sebatang pemetik api dan sebuah dompet.

Setengah jam berlalu. Masing-masing mula menyibukkan diri dengan tugasan. Aku sampai lewat.

Un-Jawi tanya, 'Mana you pigi? Sangat lambat punya eh?'

'The mall.'

'Apa bikin?'

'Cari stokin.'

'You punya jawapan sangat promiscuous. Mari sini dekat sama saya.'

'Dah knape? Sakit? Tak naklah aku.'

'Macibai! Lu tada...'

Belum sempat Un-Jawi menghabiskan ayat, sebiji penumbuk diacungkan ke udara sebagai eufemisme fizikal kepada "kalau kau habiskan ayat, gigi kau rongak, tangan aku sakit tapi tak menjadi masalah kerana hati aku puas. Kesimpulannya, shut the fuck up!"

Dah. Pergilah makan atau konsumet, ikut suka kamu.

Sepetang bersama beberapa kleptomania bernafsu tinggi.

Jika kita betul tak berkemampuan dan tahap keinginan melepasi tangga keperluan, apakah kita akan terus mengesat air liur sambil beromong kosong berimpian mahu memiliki benda di luar jangkau?

Ya, kita sepatutnya bermimpi.

Adalah normal jika kita hanya mampu bersembang kosong tentang impian memiliki tanpa sebarang usaha untuk mendekatkan diri dengan secara legit kepada benda yang kita impikan.

Semalam aku ke rumah seorang teman untuk berbuka puasa. Sambil menumpang teduh dan memperabiskan beras, aku juga kerap menghabiskan malam di rumahnya.

Teman ini dan dua orang lagi rakan serumah tidaklah mewah dari segi kewangan tapi jika kaki ini melangkah ke kamar tidur masing-masing, mesti ada benda-benda baru.

Tak kiralah pewangi, baju, pakaian dalam, serum rambut hatta sikat sekalipun. Dari barang elektronik hinggalah ke barang kosmetik kaki, ada sajalah yang baru. Dengan memori fotografik(untuk sesetengah benda), aku memang tau saja jika ada benda baru dalam rumah tersebut.

Aku perhatikan mereka tidaklah berwang mana, tapi pakaian pelbagai mesti mahu berjenama. Pakai baju 10 ringgit tak boleh, senang dapat ruam kata mereka, sarung seluar murah senang kena kudis, ikut kata mereka juga.

Dengan gaji yang tak seberapa mereka mampu mengenakan pakaian dan menggunakan barang dari jenama kontemporari yang bagi aku sedih dan sayang nak keluarkan duit untuk beli itu semua.

'Tell me the secret lah. Multilevel marketing issit?'

'We don't believe in such a bogus thing.'

'Then, apa bendanya? Komisen aktiviti menahan dinding?'

'Jaga mulut sikit, cabai karang.'

Tanya punya tanya, segalanya semakin jelas.

Benar mereka tak berkemampuan tapi mereka ada jalan yang mudah.




'You'll need these things. And as soon as you get your hands on these stuff, you're on top of the world, baby!'

Perkakas seperti pisau lipat, beg plastik yang berkenaan dan tak ketinggalan, courage.

'With those, apa yang kau nak kau boleh dapat. Now to teach you on how to not be caught.'

Oh, cukuplah kot. Ini bukan benda yang elok untuk dikongsi.

Tambah teman tersebut, 'you're a chicken kalau takut dengan the beeping machine.'

Soal aku, 'kalau kantoi jugak?'

Balas, 'owh, we haven't got into that kind of situation, after all, most security and pelayan kedai are guys.'

Sambung, 'you're going to need this and a little of this. Gerenti selamat. Mustajabbb.'

'Dah tu kau nak aku pakai hot pants? Aku jantan la ngok!'

'Whatever it takes.'

Tak mengapa, aku lebih gemar pendekatan tunggu dan menyimpan. Cukup tabungan, belilah apa yang berkenan.

'Tak takut ke kalau kena tangkap satu hari nanti?'

'We can't stop! It's in the vein. Nobody, I repeat, NOBODY can't stop us now.'

'Murtabak ayam tanpa bawang ni korang rembat jugak ke?'

'Tolong sikit. Benda yang boleh sarung ya, benda makan jangan buat main.'

Ada juga sensiviti terhadap benda yang menjadi darah daging.

Macam-macam.

Rabu, September 10, 2008

Pergi mampus sama kau binatang! Eh, serangga! Apa-apa sajalah!


Aku tak nak mati muda. Dan aku tak nak keluar belanja besar. Nak harapkan pihak bertanggungjawab, sampai minggu depan atau dalam kes yang lebih teruk, 10 tahun akan datang pun belum tentu mereka nak buat semburan kabus.

Populasi manusia tempat aku tak banyak. Dalam radius lima kilometer cuma ada enam ke tujuh buah rumah macam tu, buang karanlah jika mereka nak datang penat-penat nak sembur kawasan tempat tinggal aku.

Berita kematian saudara aku yang disebabkan serangan virus chikungunya menjadikan aku sedikit panik. Tipulah jika aku boleh buat tak kesah, sungguhpun jarak antara rumah arwah dan rumah aku lebih dari 80 batu.

Persamaan, rumah arwah juga boleh dikatakan dikelilingi rimba hijau; sama seperti aku.

Aku fikir, "Dah hampir seminggu, mesti seekor dua ada yang terlepas sampai sini dan membiak lantas berkoloni dan menjadi mimpi buruk bagi setiap orang yang sihat mahupun hipokondria."

Persekitaran yang sejuk dan lembab. Terlindung dari cahaya matahari. Takungan air pada lopak, batang buluh yang patah, tin Red Bull yang aku campak dalam semak, mangkuk ayan yang sepupu aku buat main Frisbee, itu semua menjadikan aku lebih galak menggigit kuku.

Orang tua aku OK saja. Bagi mereka ini semua tiada apa. Tak ada apa yang perlu mereka risaukan. Berkali-kali aku minta orang tua aku telefon pihak berwajib untuk membuat semburan kabus atas alasan nyawa kami sekeluarga bergantung kepada kepakaran eksterminator mengeksterminasikan semua agas yang dijangkakan positif membawa virus chikungunya.

Langsung tak dihapikkan mereka. Kata mereka aku berhalusinasi ekoran demam yang berlanjutan selama lima hari. Kata mereka lagi, jika alfavirus itu jadi penyebab aku demam, kelmarin lagi orang dah baca talkin dekat rumah aku.

Senja berlabuh. Masa untuk serangga dan agas menggantikan manusia yang sibuk di siang hari. Aku nyalakan sebatang rokok dalam bilik. Lepas makan kan, sap kok lu. Aku hampir kelemasan kerana tingkap tak dibuka. Aku buka tingkap.

Humangaih!

Menderu masuk segala jenis agas dan nyamuk. Lapar kronik gamaknya.

Pertama kali aku rasa takut dengan serangga. Aku tak rasa janggal pegang lipas. Aku sikit pun tak geli jinjit katak. Aku sikit pun tak hairan jika cicak lari masuk dalam kaki seluar terus menuju ke you know what.

Kali ini lain. Silap hitung, aku berdepan dengan fatal. Aku sedut rokok dalam-dalam dan hembus segala apa yang peparu aku dapat tampung ke seluruh bilik.

Barua! Tak makan saman punya makhluk.

Aku capai Ridsect.

Selesai.

Kan ku letakkan sihir atas mu.

Alfavirus Chikungunya telah meragut banyak nyawa di seluruh pelusuk dunia. Dalam ramai-ramai yang mati, salah seorang daripadanya datang dari kalangan darah daging aku sendiri.

Khamis lepas tamatlah riwayat empunya badan yang menderita selama, kalau tak silap, tiga hari. Aku tak tahu bagaimana peritnya di serang alfavirus tersebut. Ikut kata doktor, penyakit ini mirip dengan demam denggi. Maka dengan itu aku dapat buat gambaran penyakit ini bukan boleh dibuat main kerana denggi boleh membawa maut.

Empunya badan masih lagi muda, di ambang 40-an, kira mudalah tu. Meninggalkan seorang balu dan seorang anak. Aku tak dapat ke rumah empunya badan mahupun ke tapak pengebumian beliau atas urusan yang tak dapat dielakkan.

Disebabkan bulan puasa, dan di tengah-tengah minggu, tak ramailah orang dari kalangan keluarga dapat hadir. Masing-masing bukan tinggal sepenanak nasi dengan empunya badan.

Jenazah dikebumikan hari Jumaat lepas solat Jumaat minggu lepas.

Berita sampai telinga aku pada hari Jumaat lepas jenazah dikebumi, disampaikan oleh orang tua aku. Aku tanya macam-macam dan penekanan lebih diberikan pada info punca kematian.

'Chikungunya.' Kata Abah.

La itu juga badan aku dah tak sedap.

Hari ini dah hari Selasa membawa makna sudah empat hari aku diserang demam. Mild fever, tak teruk mana pun, boleh lagi memandu dengan purata kelajuan 120km/j pada waktu siang. Di situ aku mampu menarik nafas lega kerana pesakit Chikungnya fotofobia.

Tapi bila fikir balik, aku juga fotofobia.

Eh bukannn...

Itu rabun silau.

Buat takut aku sajalah suara kecil dari tembolok aku ni.

Ahad, September 07, 2008

Deklamasi Puisi: Bilakah Rimba Akan Bercakap

Duhai environmentalist yang fokus kepada pemeliharaan dan pemuliharaan hutan, ku suapkan kamu progressive metal yang ditelanjangkan instrumennya.

Basically ianya cakap-cakap, bukan lagu. Pemangkin tidur yang baik.



Why can I not sleep?
Why am I turning?
Why are all the trees burning?
Forest fires, crooked liars,
Why am I so sullen and drained?

In the bush, it's raining,
Lost man on his own,
Has anyone thought to save him? (him)

The monkey is waiting in the tree
Counts to three
Hearing the sound of the fume-fuelled wagon
He leaps on the back...
Attack! Attack! Attack! (Attack! Attack!)
No old heathen, not today.

The rain falls upon the acidic trees of the millennium scorn
The fire has vanished, leaving behind a trail of death for all to see.
The birds & the trees, then you & me
They twitching on the floor.
Twitching on the floor.
They twitching on the forest floor.
The yeti is waiting (The yeti is waiting)
The yeti is waiting for us (The yeti is waiting)
The yeti is waiting to take us into his home,
Care for us just like one of his own.

Wild bones!
Wild bones!
Wait!

The yeti no longer has a home
The trees are gone & nothing has grown.
A table, a chair, an internet nightmare,
When will the forest speak?
When all is dried up and way too weak

Wait for nightfall, it's so beautiful out here.
Up high in a wave of oxygen love I sit,
Up high on this glorified cement postcard I spit.
I spit,
I spit upon thee.

Wait for your red skies,
Wait for the red skies,
Do you know how it feels to be alive?
Do you know how it feels to be alive?
Let me know, let me know how you feel...
When will the forest speak?
When the trees are dried up and way too weak?

Wasting a life on calculations,
Not enough money for operations,
Waste of life, statistics, plastic soldiers
Sound of sticks rubbing together.
All the people gather.
All the people gather.

Wait for the man, he must have a plan,
Show me and make me a smile I can wear.
Me & you we can make up too,
No use for hate if you're wearing my shoes.

Be happy, be sad, be a wild rotten lamb,
Don't bother me now, I'm drenched to the bone.

A sound of a truck and an axe and a fall
Of a tree and a knife and a planet so small
Sick to the bone of your dour heart of stone. (stone stone stone)
Sick to the bone of your dour heart of stone!
Let me know how you feel...

Let me know how you feel
You say it's too hot so you can take off your top
A clank of a slot machine coins
Machine coins bled unclean.

A beaten old lizard staggers over the road,
A hand and a heart, the lake in the park,
The candle won't light and the fire won't spark.

I'm worn and I'm torn but I still carry on.
I'm worn and I'm torn but I still carry on.
The money is angry, the money has taken the...

Watching mayhem leaping from truck to truck,
This is where he rejoins his friends.
They feast, they drink, they talk about
How things used to be...

I still can't sleep.
I still can't sleep.
I still can't sleep.

A million minds and a million voices
A million thoughts, and only one choice.
The need to find peace.

Sabtu, September 06, 2008

Malam Tujuh Liku.

Bermula dengan siang tadi, komputer ranap. Banyak fail tak sempat nak backup terus format. Babi! Lagu aku berpuluh gigabait lesap macam tu saja. Liku pertama, komputer buat fiil.

Liku kedua, cirit-birit berterusan akibat terlalu kental minum minuman yogurt yang dah tamat tempoh. Bulu hidung aku bukan diperbuat dari sapphire. Apa yang ada itulah aku hadap.

Liku ketiga, kredit telefon habis. Rakan dan taulan semua bersemangat mahu berkumpul, jika aku senyap tanpa sebarang berita dikhuatiri aku disyaki membelakangi mereka dengan buat aktiviti luar kurikulum tanpa sikit pun rasa bersalah kerana tak nak ajak mereka.

Liku keempat, cip kad bank tercalar teruk. Mesin ATM tak boleh nak baca cip sebegitu damaged. Aku tahu tentang keadaan cip tersebut sejak tiga hari yang lepas tapi sikit pun aku tak teringat nak pergi tukar kad baru. Dasar Melayu tipikal, pemalas....dan pokai.

Liku kelima, deodoran habis. Tak perlu penerangan lanjut rasanya di sini.

Liku keenam, setelah semua kepincangan dapat diimbangkan semula, cirit-birit kembali. nasib baik perut pinjam kalau tak dah lama aku tukar kepada perut bionik, boleh tahan lapar sebulan in a row.

Obstakel terakhir berjaya distabilkan dengan Pil Chi Kit Teck Aun. Dah kosong isi perut barulah kau nak berhenti firing from the stink exit. Yakin dengan ketrampilan malam ini, dengan gagahnya melangkah ke kereta.

Oh mengapa?

Mengapa panorama dalam tangki minyak persis Gurun Atacama?

Liku ketujuh, the deadliest amongst other, itulah dia minyak habis. Aku tahu aku kena buat sesuatu hari ni tapi itulah dia, tak ingat. Apa boleh buat, duduk sajalah diam-diam dalam rumah. Terhindar dari perkara buruk, al-maklumlah dugaan Ramadhan lebih hebat berbanding bulan-bulan yang lain.

Jumaat, September 05, 2008

Jemu? Tidak lagi.

Bila kita mahu komedi dan selera yang tinggi menyebabkan ratusan filem bergenre komedi, baik lokal mahupun luar negara, tak mampu menampung selera kita lantas membuat kita berfikir.

"Jika aku mahu komedi, I ought to bring it myself."

Dulu aku suka gelak bila dengar orang bercakap menggunakan nada suara yang pelik. Orang itu sudah habis normal dari segi fizikal , tapi bila sampai masanya dia berbicara, tak dapat tidak aku menahan gelak dari mendengar orang itu terus berkata-kata.

Itu zaman budak-budak. Putih lagi naif. Takkan orang tu nak sesuka hati tampar muka aku sebab aku gelakkan suara dia, mana rasional kedewasaannya?

Set minda aku adalah apabila orang itu mukanya nampak dewasa maka secara automatik suaranya mesti garau, lelaki mahu perempuan. Garau perempuan lain. Jadi bila telinga ini menerima input berbeza dari nilai default maka sistem saraf geli aku mula menggeletik.

Di situ komedi aku tatkala masih budak. Suara tak kena dengan rupa. Pergaulan yang terbatas menyebabkan aku tak lagi aktif berkomunikasi secara verbal dengan actual human being. Kini aku gemar berbual dengan pokok cili yang aku tanam kerana mengikut kajian blablabla.

Datanglah rajin aku nak terangkan semua itu(definisi lain kepada ketidaktahuan fakta).

Dengan teknologi sedia ada yakni Internet, pemain audio seperti Windows Media Player, iTunes, GOMplayer, apa cirit tak lengkap tanpa perisian pengedit audio untuk menjayakan komedi yang aku impikan.

Perisian sedia ada, komplementari dengan driver audio komputer aku yakni Realtek HD Audio Manager bisa melengkapkan hari yang nyata monotoni.

Normalan aku menggunakan perisian Goldwave untuk aktiviti pengeditan tetapi tak salah belajar benda yang baru. Goldwave lebih kompleks berbanding Realtek, aku tak mahu bebankan kepala dengan benda-benda rumit.

Observe,

Terburai perut wa cakap sama lu. Lagu yang bervokal energetik diiringi petikan gitar kencang dihiasi pula dengan dentuman perkussi mapan lagi laju pada asalnya menjadi lagu yang bervokal feminin diiringi petikan gitar kencang dihiasi pula dengan dentuman perkussi mapan lagi laju.

Boleh juga diedit agar menjadi lagu yang bervokal mat stim. Lembik dan lembab. Ikut kesesuaian dan kehendak pendengar.

Hilai tawa berderaian di tengah rimba, dengan sistem audio berkapasiti tinggi serta mikrofon untuk memberi impak yang lebih eksuberan, memaksa penghuninya yang tak boleh beratur di stesen bas membeli tiket balik kampung-kerana mereka binatang-bermigrasi.

Nerakaa - Keganasan Biblikal, Republik Kasar Dan Sedia

Dalam banyak-banyak kugiran instrumental berpaksikan progressive rock, satu ini cukup aku minat. Perkenalan pertama ketika aku di usia 17.

Zaman bebal teknologi dulu, aku dan beberapa rakan sanggup pecah masuk kafe siber semata-mata mahu menonton stream video live mereka.

Punyalah taksub lagi jakun, darah mudalah katakan. Semua benda ekstrim. Semua mahu terjah dengan pendekatan rock.

Dua lagu:

1. Keganasan Biblikal.
2. Republik Kasar Dan Sedia.

Satu kugiran: Nerakaa.

Ingin diingatkan di sini, tiada kugiran dari Malaya yang boleh bermain lagu sespastik Nerakaa.

Ingin ditambah, nama kugiran dan tajuk lagu mereka diterjamah literal. Ya, aku tahu aku taip Nerakaa. Bukan gimik typo apa cirit, kamu fikirlah sendiri.

Petualang Alfa : Momentaria Apoplektik

Perasaan pelik itu datang lagi. Sekejap.

Datang ia membawa deruan emosi yang sukar difahami; sesuatu benda yang sains sukar tafsiri. Sedetik.

Seolah berada di ambang kematian. Sekeliling rasa harmoni. Tenang. Segala beban disapu bersih meninggalkan sekujur tubuh yang masih panas, bernafas dan sedikit berpeluh.

Berpeluh bukan kerana penat.

Berpeluh bukan tanda takut.

Berpeluh bukan sebab dijangkiti epidemik.

Cuma setitis dua.

Titisan pertama, mengalir menuruni epidermis muka. Belum sempat ia jatuh ikut hukum graviti, beralih mediumlah ia dek disapu sehelai sapu tangan. Besar makna titisan pertama. Empunya badan gugup. Pertama kali rasa sebegitu kejur. Ibarat dipanah petir, berdiri tegak buat seketika dalam lautan manusia sibuk.

Titisan kedua, empunya badan tidak endahkan. Biarkan ia mengalir. Tahu dia tentang hukum alam satu lagi; tersejat cecair dek faktor suhu.

Di luar sana terik. Bersesuaian dengan waktu. Melangkah dia ke dalam. Redup dan sejuk.

Empunya badan kembali ke dunia asal. Jauh dia menghilang dalam sedar.

Kenapa?

Kenapa perasaan itu datang lagi?

Dulu ia datang tak sedahsyat ini. Datang ia diatur. Benda sudah tahu kesudahan. Perasaan itu tetap datang, cuma ia dapat disukat. 'Oh ini tahapnya.'

Kali ini ia sporadikal. Menyerang empunya badan kala itu juga, tanpa sebarang khabaran.

Epitome. Dia menyaksikan epitome. Tiada lagi lebih ulung melainkan apa yang disaksikan inderia kembarnya.

Dan seperti sedia kala, empunya badan hanya mampu berfantasi. Tiada ikhtiar mahu menguburkan satu benda yang beliau banggakan; ego.

Fiksyen 0821

Menyedari sosok tubuh besar mengekori dari belakang sejak beberapa tempoh kebelakangan, akhirnya aku dirundum depresi. Aku mula makan.

Dalam kadar yang banyak.

Bersarapan dengan dua papan telur separuh masak, lima pinggan nasi lemak ekstrim(semua ada) dan dua jag teh tarik. Semua itu untuk aku seorang hadam.

Makan tengah hari pula, apa yang kamu makan; gandakan sepuluh, begitu juga dengan apa yang kamu minum, bezanya ia beralkohol peratus tinggi. Semua itu untuk aku seorang hadam.

Langit menginjak jingga, masa untuk berkudapan senja. Stik dari semua jenis daging, yang kita boleh makanlah, dimamah rakus diikuti pelega tekak yakni sebotol wain merah dan sekati Air Cap Harimau. Itu semua untuk aku seorang hadam.

Cukup sebulan, badan aku mula mengembang dengan jayanya. Fikir aku, 'Dengan badan sebegini besar dan menggeleber, pasti tiada siapa berani ekori.'

Meleset.

Dalam perjalanan pulang dari emporium, aku perlu beli baju baru kerana...are you that lost? Aku ditahan dua orang jejaka Pan Asian yang berbadan sikit lebih besar daripada aku dan berkemeja Hawaii dengan tiga butang atas sengaja dibuka.

'Halt!'

'Kau nak apa? Duit aku takde. Baru je habis beli baju sebeban.'

Mereka dengan sopannya mengajak aku ke outlet buffet "Pay $20, Eat All You Want."

'Our treat, we know you're broke. We watched you spending the last penny you had via security camera.'

'Err..thanks for being such a huge weird fan...I guess?'

'Just eat will ya?'

Makan lagi. Baru saja merancang nak diet. Serupa apa yang aku belajar dalam kelas Prokrastinasi Satu Kosong Satu, setiap kali Guru masuk kelas pasti dia akan cakap, 'kita buat sesuatu esok.' Dan dia terus keluar.

Baru aku sedari setiap langkah aku sejak setahun yang lepas telah diperhati dan diketahui kesudahannya melalui profersi Nujum Mona, seorang ahli nujum dari kalangan Pemberontak.

Mengikut kata Quixote, salah seorang stalker, Pemberontak adalah organisasi tanpa prejudis dan diskriminasi antara jantina. Mereka mahu menggulingkan kuasa besar negara. Aku dah pening. Aku mohon penjelasan.

Dominique, stalker nombor dua menerangkan negara yang aku tinggal ini mengamalkan konsep patriarki sejak berkurun yang lalu. Patutlah diskaun lebih setiap kali aku keluar berbelanja dan setiap wanita pula bersungut.

'Apsal aku tak tahu? Bukan dalam organisasi kerajaan ada perempuan ke? Dan bilangannya pun seimbang.'

'No you idiot! Kan semua perempuan jadi timbalan. Dan adakah ia kebetulan jika setiap timbalan itu adalah kalau bukan isteri, mistress kepada supreme tersebut? Is it coincidence? IS IT?'

'Hello, patriarki, sila rujuk kamus.'

'Tiada wanita yang benar-benar berkuasa dalam negara ini. Carta organisasi itu pun diperbuat dari material murah iaitu kadbod, bukan kertas keras berkilat.'

'Oh really?'

'Inilah yang carta organisasi sebenar. Siap berbingkai kaca berkayu mahagoni gitu. Klass.'

'Mana dapat?'

'eBay. Habis separuh duit organisasi yang kami kumpul sejak 20 tahun yang lepas digunakan untuk membida bendalah ni.'

Secara tetiba perut aku ibarat disalai. Panas menggelegak. Lubang cirit ibarat berapi-api.

Celik mata.

Oh, toilet break!

Khamis, September 04, 2008

Di plateau itu tercerakinlah segugus duku.

Dan musim pistol kulit duku pun bermula.

Habis berbirat badan aku dan kepam baju kena getah kulit duku. Jika takkan mereka masih lagi mengesat hingus dengan baju sendiri, pasti lebam pipi masing-masing ditempeleng dewasa kejam.

Tak tahu apa itu pistol duku? Nak jadi apa kalau senjata primitif bermusim seperti itu pun tak tahu? Balik pergi mengaji.

Untuk berlaku adil akan aku terangkan sedikit sebanyak tentang pistol duku siap dengan bantuan visual lagi.

Untuk menghasilkan pistol duku berprestasi tinggi bukannya susah, kamu hanya perlukan:

1. Kulit duku yang segar. Nak lebih segar kupaslah sendiri atau petik sendiri dari pokok.

2. Sebatang pen.

3. Lidi.

4. Alat navigasi GPS.

5. Telefon bimbit dan senarai nombor kecemasan.

Langkah-langkah untuk menghasilkan Senjata Destruksi Jisim Terulung Zaman Kanak-kanak Dahulu

1. Terbaraikan pen. Penting di sini semasa pemilihan pen. Cari pen yang boleh dibuka atas dan bawahnya. Clicky-top dan twisted-bottom tiada perniagaan di sini.

2. Cucuk lubang hadapan pen atau belakang, either way is fine, pada kulit duku. Penting di sini adalah untuk kamu pastikan lubang pen yang kamu cucuk tadi tembus. Sebenarnya tak penting pun, saja nak kasi dramatik.

3. Setelah semuanya berada di posisi, acu lubang yang tersumbat kulit duku kepada sasaran dan menggunakan tenaga yang optimum, tekan dari bahagian belakang pen tersebut menggunakan sebatang lidi. Tolonglah bayangkan sendiri kerana bantuan visual tak dapat disediakan ekoran ketiadaan bahan-bahan yang ditaip di atas.

_____

Itulah dia penerangan serba ringkas untuk menyediakan pistol duku. Efektif digunakan semasa memburu(jika kamu letak cecair tranquilizer pada kulit duku tersebut dan jika bernasib baik haiwan yang kamu buru itu herbivor). Untuk aktiviti memburu, alat navigasi GPS nyata make sense.

Untuk lebih kreatif dan dengan niat untuk menjatuhkan kuasa-kuasa besar dan kuku besi, kamu boleh rendam kulit duku tersebut dalam serbuk anthrax terlarut semalaman. Di sini, telefon bimbit nampak krusial bukan? Jangan lupa nombor telefon peguam.

OK. Sekian saja untuk kali ini.

Cuba ya. Aku dah bersemangat nak beli sekilo duku dan sebatang pen yang boleh dismantle atas bawah.

Selasa, September 02, 2008

Pendekatan yang lain.

Sihat bersama Van McCoy bosan?

Disko sudah lapuk?

Fuck you, disco still rules-for me it is.

Mungkin bagi kamu disko cukup lembik dan sudah tak relevan dengan gaya kehidupan serba moden dan sofistikated. Lebih-lebih lagi jiwa muda yang sering ditiup api pemberontakan terhadap formaliti dan benda-benda dogmatik; ini memerlukan satu bentuk tarian tanpa sebarang set, free-will dalam erti kata lain.

Konsep kebebasan tidak tertakluk pada penulisan, bahan bacaan, pegangan politik semata-mata. Tarian juga mahu diberi sedikit ruang. Tango?--bullshit. Twist?--bullshit.

Tak perlu masuk kelas tarian yang di mana kamu bakal dicas dengan yuran pendaftaran dan yuran bulanan yang cekik darah.

Cuba saksikan rutin tarian mereka. Macam-macam pesen. Dan yang paling penting, sebegaimana hodoh rupa tarian mereka, tidak akan ada orang mencebik bibir, buat muka jelik semasa mereka menyuarakan kebebasan mereka. Silap haribulan, orang lain turut sama get in the zone dengan bentuk tarian yang lebih buruk.



No such thing as sexually and pigmentally challenged.

Good huh?

Isnin, September 01, 2008

Sihat bersama Van McCoy.

Inginkan saiz pinggang yang serupa sebelum dan selepas waktu berbuka?

Atau lebih hebat lagi, saiz pinggang yang lebih ramping dari waktu sebelum berbuka?

Tahukah kamu mudarat yang menanti akibat keterburuan dan kelahapan menjamah juadah berbuka dan apakah kamu bersedia untuk disambut dengan hilai tawa pabila menjejakkan kaki ke pejabat/tempat belajar/emporium keesokan hari? You know, memandangkan perut kamu maju kehadapan dan kemajuan itu ketara dimajukan?

Tidak?

Tepat apa yang aku jangkakan.

Oleh yang demikian, marilah kita bersama berdansa dengan iringan disko Do The Hustle oleh Van McCoy.



Jangan gundah jika skil tarian kamu macam sial. Ikut saja apa yang orang dalam video tu buat.

Seperkara lagi. Kamu perlu sediakan pita pengukur, pen dan kertas. Alat penimbang is not necessary. Kalau tak faham dan tak tahu kegunaan tiga barang tersebut, berhenti jadi orang.

Fiksyen 2144

Dari jauh kelihatan Sang Garuda dengan megahnya terbang membelah awan. Tak pasti pula samada ia adalah garuda atau spesis burung gigantik yang lain, tapi kalau dah besar macam mammoth(kecil sikit) takkan burung belatuk pula kot.

Dipendekkan, ia garuda.

Aku di kaki gunung. Gunung mana tak pula aku ketahui kerana tak ada papan tanda. Melepas lelah setelah penat seharian mencari ramuan terkahir sebelum lengkapnya eliksir maulhayat.

Senarai ramuan yang terdiri dari secebis daging dari kawasan lubang hembus paus putih yang bunting dua bulan, secamca halus garam terhidrat yang diperoleh dari airmata julung-julung albino, ladam milik kuda padi yang saiznya sebesar bebiri lima bulan dan enam lagi benda merepek yang lain.

Tak dapatlah aku kronikelkan ekspidisi mencari ramuan yang lain kerana tahu-tahu saja aku dah ada di kaki gunung; tercungap-cungap mencuri nafas.

Benda yang terakhir, telur garuda yang dipercayai 10 kali ganda lebih besar dari saiz telur burung unta mengikut profersi yang dibuat Dukun Ismin.

Di kaki gunung itu aku berhitung samada berbaloikah aku daki gunung tersebut menyusur belukar, pijak ular, dihurung agas, dicarik onak, anus diserang mikrob. Dugaan yang mendatang rasa seperti tiada apa memandangkan aku telah berjaya mengumpul ramuan merepek yang lain; yang tiada satu pun dari ramuan tersebut aku peroleh dengan senang lenang dan senyuman tak lekang dari bibir.

'Alang-alang, dah nak sudah pun. Tiket kelas ekonomi dah tempah. Rugilah kalau balik tangan kosong.' Kata aku pada diri sendiri.

Mengenang dua buah beg balik kampung telah penuh berisi, aku tinggalkan ia di tempat aku melepas lelah. Bukan main tinggal, adalah baca-baca sikit kasi pagar apa yang patut agar tiada orang berani ceroboh lantas bawa lari sembilan persepuluh ramuan eliksir maulhayat.

Dengan tekad, aku mula mendaki. Aduh, semput pula. Take five lagi.

Dua jam berlalu, separuh Gunung Tak Berpapan Tanda berjaya aku daki tanpa sebarang rintangan. Molek benarlah tu. Letihlah nak bergusti dengan harimau. Pisau rambo tak bawa pula tu.

Empat jam berlalu, baru aku sedar Gunung Tak Berpapan Tanda hanyalah Bukit Tak Berpapan Tanda.

'Barua! Aku ingatkan gunung, bukit rupanya!' Marah aku kepada daun kering yang terjatuh atas kepala lantas menyambung, 'lain kali pasanglah signboard, tolol!'

Puncak Bukit Tak Berpapan Tanda ditawan. Mata aku liar mencari sarang Sang Garuda.

'Dekat celah manalah kau merendek ni?'

Cari punya cari, jumpa pun. Mak datuk besar dia punya sarang. Eye On Malaysia tu jika direbahkan dan letak ranting, akar kayu, daun pelbagai kasi dia tinggi dalam 30 kaki macam tu maka jadilah kubu kebal milik Sang Garuda sekeluarga.

Pintu masuk pun tiada. Kena panjat lagilah gamaknya. Sebelum kaki seluar dilipat, mujur aku ternampak gergaji rantai milik pembalak haram yang bertempiaran lari dek terkejut dengan adanya garuda bersarang di atas bukit tempat mereka buat pembalakan haram.

Maka aku gergaji all the way in.

Terkesima melihat objek oval sebesar aku di depan mata, dengan pantas aku simbah sebotol air yang aku tadah dekat air terjun bukit tersebut pada muka aku agar aku tak kejung berdiri macam orang mati bini tengah-tengah sarang tersebut.

Alas, segala impian bakal menjadi kenyataan. Aku setapak lagi mahu jadi immortal, tidak akan ada tanda penuaan dan kekuatan tiada tandingan. Well, aku cuma tertarik pada bahagian tak akan ada tanda penuaan for some obvious reason.

Mengekeh-ngekeh aku seret telur tersebut keluar dari pintu yang aku buat. Belum sempat nak jejak kaki kanan(atas sebab berkat), pulang Sang Garuda.

'Kau nak buat apa dengan anak aku tu?'

'Aiseh, caught red-handed pula. Jangan lapor pada Metro ya, nanti putar belit fakta.'

'Letak la balik telur tu. Kau tu belum jadi bapak mana kau tahu perit pedih kehilangan cahaya mata.'

'Hello, telur okay.'

'Baik. Akan aku beri kau telur itu dengan satu syarat.'

'I'm listening. Jangan makan aku sudah.'

'Tolonglah. Garuda semua vegetarian. Aku nak kau bangkit.'

'Bangkit? What the fuck?'

'Ya, bangkit.'




Aku bangkit akhirnya. Bangkit dari tidur.

Rumah kosong, begitu juga panorama meja makan.

***

Siri Fiksyen ####(sistem waktu 24 jam) adalah kronikel ringkas dan padat(iya sangatlah tu) bersempena Ramadhan yang mulia ini. Aku jarang bermimpi dan bila aku bermimpi macam-macam benda nadir boleh terjadi. Dan nampak gayanya dua sesi lelap mata buat hari ini membuahkan hasil. Aku tak lagi ketandusan idea. Aku nak keluar makan.

Selamat mencuba.


Fiksyen 1459

Sebutir peluru.

Sepucuk revolver.

Lima kelonsong sunyi.

Kelonsong diputar.

Picu ditarik.

Hadiah: Amber Heard.

Menipu permainan Russian Roullete, pistol dalam tangan. Sebutir peluru. Tembak sajalah dekat pihak lawan.

Kan dah terbatal. Ni yang malas nak tidur siang.

Jurnal Perseorangan dikompil menjadi Diari Penulis Kebebasan.

Hening pagi satu Ramadhan dibuka dengan tayangan filem, macam biasa. Sama seperti hari-hari yang lain. Ritual bangun tidur aku mesti kena mengena dengan dua benda; muzik dan filem.

Jika muzik itu berkumandang tandanya bangkit aku cerah di langit. Berlainan dengan filem, aku pasti bangun awal dalam jam 4 atau 5 pagi untuk memastikan masa tak menghantui senggang.

Aku baru habis menonton filem The Freedom Writers lakonan Hillary Swank, Patrick Dempsey dan aktor-aktres lain yang bagi aku tak kiralah siapa, mereka betul menggoncang emosi dengan watak yang mereka pegang.

Isu-isu seperti perkauman, keharmonian antara kaum, pertelagahan antara kaum, gangster, pendidikan, rumah tangga, hubungan kekeluargaan menjadi intipati cerita ini.

Berdasarkan sebuah kisah benar berkenaan seorang guru, Erin Gruwell atau lebih mesra dengan panggilan Ms G, berusaha untu menyatu-padukan muridnya yang terdiri dari empat atau lebih suku kaum di Sekolah Tinggi Klasikal Wilson nun di California sana.

Untuk rujukan kisah yang sebenar sebelum ia difilemkan, klik sini: Freedom Writers

Jika kamu dah tonton baguslah. Jika belum silalah buat apa yang patut. Nuff said.

Isu perkauman kita di sini bagi aku cukup remeh berbanding mereka di luar sana. Di sini, golongan muda dari serata kaum duduk makan semeja bergurau tampar tanpa sebarang gusar kena hambat dengan batang paip. Di sana, golongan muda mereka kena hambat...dengan senjata automatik.

Di sini, orang-orang yang berumur secara amnya mengamalkan sifat perkauman tanpa belah bahagi. Mungkin subtle tapi kalau dah memanjang itu saja yang diamalkan maka sedangkan terang lagi bersuluh.

Kamu rasis, kamu supremasis, kamu sekian-sekian kaum atau warna kulit-power, kamu pro-nazi, kamu ekstrimis sesuatu bangsa, kamu boleh pergi bungkus kain baju dan pindah ke satu pulau ni.

O sebentar, pulau itu belum ada. Tunggu lava sejuk hingga membentuk satu kawasan penempatan baru dulu baru boleh. Di sana, kamu perjuangkanlah hak foni baloni. Hunuslah apa senjata tajam sekalipun, tak ada siapa kisah. Kaum superior? Tak wujud kerana di sana nanti sesama kamu sendiri tetap akan ada tikam belakang makan kawan.

Percayalah. Aku dah kena. Di pulau ini. Aku tinggal dekat pulau, untuk pengetahuan kamu. Nama tempat saja ada pulau, bukan literal sebentang tanah dikelilingi air masin.

#12 sikit lebih kurang macam kamu.

Dah lama aku berhajat nak matikan hex blogger.

Banyak benda baru aku nak beri fokus dan komitmen. Banyak benda lama perlu aku pelihara agar liquiditi aset semasa dalam kondisi yang optimum.

Yang penting bagi aku sekarang adalah mula mengumpul dana untuk perancangan masa hadapan. Pelan banyak dirangka, tanpa sokongan kewangan serupalah aku lukis Ninja Turtle empat sekawan atas drawing block instead of the real deal.

Aku ingat seminggu aku sekat aliran jus kreatif maka sunyilah blog ini dari sebarang kunjungan. Ini membawa makna aku tak perlu berkurung dalam kubbi memaksa diri kononnya memenuhi kehendak ramai dengan menaip benda-benda bangang.

Lack of information, fakta, hujah utuh, itu jadi pilihan aku. Bebas dari sebarang kontroversi. Itulah benda bangang yang aku taip, benda yang bebas dari cengkaman major. Dan dari cengkaman major, maksud aku politik, gosip artis, keagamaan, cabaran doktrin, pendidikan dan yang berkenaan.

Semua di sini adalah berkenaan aku dan pandangan bangang aku tentang benda sekeliling. Tiada judgementalis kerana aku bukan aristokrat; hanya marhaen suburbia datang dari kawasan jin bertendang yang cuba berkongsi epik dengan taulan.

Seperti aku taip tadi, hex blogger.

Canggung rasanya dibiar sepi tanpa sebarang kemaskini. Aku juga ada kehidupan, sama seperti kamu wahai para anonimus yang dihormati. Jejak kamu ke sini dari segenap kontinen benar direkod tapi itulah dia. Sekadar alamat IP, page view, negeri, negara.

Kamu secara khususnya, kamu secara individual adalah anon.

Aku nak tutup blog ni. Cukuplah setahun jagung aku mewarnai dunia penulisan elektronik.

Di dashboard blogger sebentar tadi, aku termenung panjang; samada mahu padam ataupun pos entri baru.

Pertama kali aku rasa nafas cukup sesak dek tekanan tersebut. Hei, sumpahan bukan? Perlulah dramatik, baru orang percaya.

Penyelesaian mudah.

Tan tan tut keladi gel gel sapa terkentut mak dia Katherine Heigl, lari dari ortodoksi. Versi asal cukup rasis.

Dan sumpahan itu diteruskan.