Jumaat, Oktober 31, 2008

Tengah.

Di tempat aku membesar, ramai dari kalangan penduduknya buta huruf, buta komputer, buta angka. Senang kata, tak mendapat pendidikan yang sempurna. 

Di kawasan suburbia, pegang sahaja sijil SPM membawa makna kamu sudah dikira bijak bestari. Kamu akan disanjung tinggi jika kamu kredit Bahasa Melayu sedangkan subjek yang lain bergred cukup makan atau gagal.

Asal ada sijil cukup.

Peliknya, mereka ini-yang benak matematik-mampu menyelesaikan beberapa operasi arithmetik sedangkan simbol tambah atau "+" pun mereka tak tahu.

Peliknya, mereka ini-yang hanya tahu cakap Melayu-mampu menyelitkan beberapa istilah Inggeris dalam perbualan kedai kopi sedangkan mereka ini tiada dedahan kepada sebarang bentuk mekanisme ilmiah ataupun yang ringan  yang ditulis dalam Bahasa Inggeris.

Peliknya, mereka ini boleh bersoal tentang kesihatan, kimia, agama, ekonomi, politik, sastera, geografi, sejarah, what have you.

Dari mana datangnya pengetahuan mereka tentang itu semua?

Aku tak tahu tentang tempat kamu, dalam konteks ini, jika kamu juga membesar di kawasan rural. Tapi di sini, semua ilmu baik ilmu sekular mahupun rohaniah bermula dari satu tempat.

Tempat di mana tiada siapa pun boleh terlintas dalam kepala tentang teori pedagogi subdivisyen. 

I made that up, the theory. Bunyinya galaktikal, begitu juga tentang penerangan dan kajian ilmiah untuk menyokong ideanya.

Well, aku tak ada peruntukan untuk membuktikan kebenaran teori tersebut so this theory might as well consider as bullshit.

Untuk kesinambungan kepada entri ini, akan menyusul 1 lagi entri berkenaan teori dan kaedah pengajaran untuk mereka yang memenuhi beberapa kriteria di bawah:

1. Tinggal lebih dari 5 tahun di tempat jin bertendang.
2. Menerima pendidikan awal juga di tempat jin bertendang.
3. Hanya memenuhi kuota kehadiran ke sekolah tapi tak di dalam kelas.
4. Pegang sijil SPM, itu maksimum. Sijil minimum adalah sijil tadika.
5. Nak lagi ke?