Gemar aku menonton siri mengutuk mak orang yakni MTV's Yo Momma yang dihoskan oleh Wilmer Valderrama.
Bermulanya minat aku mempelajari jenaka Yo Momma apabila kali kedua menonton filem Nutty Professor yang dibintangi oleh Eddie Murphy. Kali pertama masa kecil dahulu di mana sepatah haram benda yang dia sebut aku tak faham dan kali kedua pada awal tahun ini.
Dalam salah satu adegan dalam filem tersebut; Buddy Love, personaliti kedua Profesor Sherman Klump sedang berfoya-foya dengan seorang wanita di sebuah kelab. Seorang komedian/satiris zero out Klump's dignity dan ini menjadikan Klump berang dan berlalu meninggalkan kelab tersebut.
Klump, jika kamu sudah terlupa macam mana rupanya adalah sebegini,
Sebelah kiri itu Klump manakala refleksi dalam cermin itu pula Buddy Love. Klump berfizikal besar dan berisi, pemalu, genius, besar dan genius.
Kembali kepada sedutan adegan dalam filem tersebut. Klump kembali semula ke kelab tersebut di lain hari. Ingin tampil berbeza, dia minum serum apa entah dan badannya mengecut. Selain perubahan fizikal yang mendadak, personaliti Klump juga berubah dan jadilah si bangsat Buddy Love.
Kali ini, komedian yang sama masih lagi melakukan persembahan. Seperti biasa, dia akan mencari obvious flaw seseorang dan menyerang rohani orang itu dengan kutukan pedas.
Buddy Love yang telah take over Klump mengajuk komedian tersebut. Bertikam lidah dan disitulah bahagian yang paling kelakar sepanjang cerita tersebut, baik filem yang pertama mahupun sekuelnya.
Mereka berdebat Yo Momma.
Aku pula terguling gelantang gelak tak habis siap rewind dan main semula dekat 20 kali adegan tersebut.
Memori aku tak berapa baik dan mungkin ada kesilapan semasa menaip sub-sinopsis di atas.
Bermula dari situlah aku mula Google dan Google some more kata kunci "Yo Momma". YouTube pun habis aku teroka, well, tak habis kerana banyak lagi benda lain aku nak buat dari duduk tercatuk depan monitor sepanjang hari skrol atas bawah. Pendek cerita aku telah tonton banyak versi debat Mak Kau.
Dari paparan slaid, pakai Movie Maker dan diselangi muzik latar boom bada boom untuk menaikkan nafsu gelak hinggalah ke 3gp yang kemudiannya di-convert formatnya lalu diposkan pemilik kepada tapak web berasaskan video/hiburan.
MTV nampak debat ini sebagai satu benda yang mempunyai potensi untuk mengembungkan lagi poket taikunnya sambil menjahanamkan anak-anak muda, sama seperti apa yang dibuatnya kepada Punk Rock. Punk Rocker dan bas persiaran persendirian? So not punk, so not punk nontheless.
Itu pergi mampuslah.
Yang penting sekarang aku suka gelak, dan aku dah muak dengan jenaka penuh kepuraan sedia ada. Tiada progres, tiada pembaharuan. Lain pula kaedahnya dengan debat Mak Kau.
Ianya dijadikan satu pertandingan, satu karier, satu profesyen. Perlu banyak pengetahuan am, perlu tahu kaedah bercakap dengan pantas tapi lancar tanpa air liur tersembur, lidah tergeliat dan lain-lain. Silap haribulan, ia dijadikan silibus dalam pembelajaran, seperti blog. Apa cerita ya kursus memblog? Memblog? Macam sial saja bunyinya.
Dah. Aku mengantuk. Pagi esok ada sesi mensasakan tubuh dan mungkin cari orang untuk berdebat Yo Momma atau Mak Kau. Aku pilih debat Mak Kau kerana aku sangat fasih berbahasa Melayu.