Jumaat, Oktober 31, 2008

Mula.

Guru yang terbaik adalah diri sendiri. Bukan pengalaman, bukan Puan Halimah, bukan Mrs Tan, bukan jiran sebelah rumah bukan.

Kurikulum pembelajaran yang telah disetkan tak semua dapat adaptasi dengan baik. Bukankah ada kes umur baru 11 tahun tapi sudah bekerja di estet untuk menampung beban keluarga? Kenapa jadi sebegitu? Kesempitan hidup? Mungkin.

Tapi aku lebih gemar menyatakan bahawa mereka yang tak berpendidikan ini tak faham satu hapah pun benda yang ditulis, dicakap, ditunjuk oleh cikgu di dalam kelas. 

Tak semua manusia dilahirkan untuk mencari penawar kanser.

Dan kebiasaannya mereka yang lembab dalam pembelajaran dianugerahkan Tuhan dengan tenaga dan fizikal yang kuat. Mereka ini mampu bina kehidupan yang stabil sebab mereka ini kebanyakannya tercampak di kawasan pinggir bandar, tengah-tengah hutan, tempat jin bertendang.

Kawasan di mana ilmu walaupun tinggi melangit, kamu tetap dipicit sampai terkeluar cirit hijau. Kamu fikirkan sendiri rasionalnya.

Tapi mereka sampai setakat itu sajalah. Di kawasan mereka. Mendabik dada, pandang kamu macam pandang selonggok bahan cernaan lembu yang mereka gembala. Setakat itu sahaja.

Dan menjadi masalah apabila mereka ini mahu memijak ke dunia luar. Dunia yang ramainya bersaing kebijakan. Bodoh sikit kena tendang. Itu belum lagi bodoh banyak. Sudahnya memang pulang balik ke pangkuan jin yang suka menendang tu.

Entri ini hanya overture. Selepas ini aku akan singkap banyak lagi perkara yang kamu di luar sana kabur dengan situasi sebenar hal pendidikan di kawasan luar bandar.