Rabu, Oktober 08, 2008

69.

Hari ketiga berjalan kaki menaiki gunung.

Aku dapat banyak kawan baru yang terdiri daripada golongan berumur berbangsa Cina dan seorang uncle berbangsa India.

Yang Melayu ramai orang muda tapi mereka menaiki gunung tersebut dengan motor bersama pasangan masing-masing membonceng di belakang...dalam uniform sekolah.

Hari ketiga aku berjaya habiskan 3/4 trek pejalan kaki. Setiap 10 kaki akan ditanda satu tiang. Semalam dan kelmarin sampai tiang nombor 38 ke 39 kalau tak silap di mana di sana terdapat kolam air terjun buatan manusia, air terjun itu asli daripada puncak cuma kolam sahaja orang yang buat.

Memang aku pancit. Dengan udara yang semakin menipis, orang baru seperti aku patut diberikan pengecualian oleh veteran gunung tersebut yang sering memberikan ekspresi 'Somput jang oi? Ekellehhh!'.

Hari ketiga, petang tadi, dapat aku rasakan stamina sedia ada seolah bertambah. Aku rehat sebentar sambil menjamu selera sebatang rokok berulamkan air terjun yang aku kun-fayakun air yang suci tanpa sebarang kotoran, bukan air kencing pakcik Telekom yang bertugas di puncak gunung.

Buat pertama kali perut aku tak senak dan aku tak rasa mual. Pening kepala pun tak ada. Mencangut sikit itu benda biasa yang akan menyerang seorang perokok.  Nafas tak sempat dikumpul, mulut dah buat kepulan "O".

Aku tak tahu bagaimana panorama di puncak sana. Lebih menguatkan hasrat aku agar meneruskan perjalanan adalah aku ingin tahu di mana lokasi anak-anak muda berseragam putih hijau/biru bersenggama ataupun sekadar second base.

Jadi, instead of walking, aku power walk, mengkuasa duakan kelajuan sebab nak tengok aktiviti tak bermoral di atas sana, that and the scenery of course.

3/4. Sana ada penanda.

Tiang nombor 69. Aku peluk tiang tersebut sebab kilat tengah sabung menyabung. Aku buat demikian kerana sumpah aku tak larat nak terus mendaki ataupun patah balik. Otot kaki aku tegang, nafas aku tersekat-sekat sebab udara dah habis nipis. Jadi aku dengan bangangnya berfikir jika aku disambar petir, ada ambulans nak bawa aku turun gunung tersebut.

Seminit aku peluk, aku lepaskan tiang tersebut kerana terfikir apa yang ambulans itu akan bawa; aku yang masih bernafas dan rentung ataupun aku yang dah longlai tak bernyawa tambah rentung.

Aku cari tempat lapang untuk berbaringan. Tak lapang sangat kerana kilat sabung menyabung remember? Ditutupi tebal daun dan rantingnya sekali, aku terlelap. 

Terjaga aku entah beberapa minit kemudian sebab bunyi enjin motor mat rempit beruniform putih hijau/biru membelah belantara dan gaungnya sekali.

3 biji motor. 2 penuh, 1 keseorangan. 

Siapa cakap mat rempit tak punyai kemurnian dalam hati rempit mereka.

Aku pacakkan sebatang kayu, kayu orang buat batang mop betul-betul di hadapan tiang nombor 69. 

Sampai di kaki gunung.

'Timo kasih yo jang oi.'

'Ekelleh brader, tak payah la terima-terima kasih. Sen ade tak? Hulur-hulurlah sikit.'

Terbang 10 ringgit, duit rokok aku untuk 2 hari yang mendatang. Terus negatif menyelubungi pandangan aku terhadap mat-mat rempit. 

Jagalah kau, esok aku cuba naik sampai ke puncak dan jika aku bertembung dengan kau sekali lagi, akan aku sumbat lubang dubur kau dengan batang kayu di tiang nombor 69.

Lepas tu aku minta balik duit 10 ringgit tu.