Dan setelah bertahun-tahun terarkib, tibalah masa untuk pelbagai pihak minta sijil itu-ini untuk urusan kerja.
Selongkar apa yang patut. Jumpa.
Sijil yang asal siap salinan bercop wakil rakyat lagi.
Sijil aktiviti sukan persatuan perperiksaan apa cirit semua lengkap. Satu tiada. Aduhlah.
Tanpa sijil ini dengan mudahnya pihak berkenaan menuduh aku mem-photoshop-kan sijil-sijil yang lain hatta sijil SPM hendaknya.
Sijil itu adalah sijil berhenti sekolah.
Tiada dalam simpanan.
Maka aku dengan gesa membuat panggilan ke sekolah. Kelentong serba sedikit dengan klise sijil masuk mesin basuh, mujur they bought it.
Di pejabat pentadbiran, aku tersenyum mengenang zaman bersekolah. 5 tahun yang lepas aku di mana dan 5 tahun kemudiannya aku di mana. Dan lebih mengharukan setiap cikgu masih lagi ingat nama aku, begitu juga tukang kebun yang selalu peras rokok aku. Aku hanya mampu 'Ya, cikgu' sahaja sambil tertunduk malu.
Mrs Lim(nama ini bukan aku ingat,aku tengok tanda nama dia) guru Bahasa Inggeris merangkap penasihat kelab drama Inggeris yang aku anggotai 6 tahun yang lepas. Aku tak terlibat dengan persembahan, aku jadi orang angkat prop. Ini merupakan peluang keemasan untuk skip kelas Sejarah dan Pendidikan Islam yang di mana kehadiran aku di dalam kelas tersebut hanya jadi tambahan kepada episod carut memaki hamun cikgu terhadap murid.
Dari dibiar guru tersebut mati sebab kena darah tinggi, baik aku tak payah masuk kelas. Bersebab, bersijil, berkecuali lagi.
Mrs Lim berkata, 'Hey Zafwan, wah! You look like that short specky Malay director.'
'Hello, I'm not short. And what director is that?'
'Alah, you know that one. That shortie, was married to that what-her-face binti Abdullah.'
'Owh, Aziz M.Osman?'
'Aha, that one. You're not related to him, aren't you?'
'Taklah. You takde kelas ke Miss?'
'Aiseh, I almost forgot. Nice to talk to you again.'
Lega. Berceloteh sajalah kau. Aku tak lagi talkative seperti 5, 6 tahun lepas, so go fuck yourself.
Maka dengan ini aku telah mendapat satu lagi persamaan selebrititi yang baru, tambahan kepada 5 lagi yang kerap disalah anggap ramai.
Oh, aku juga telah lepas ujian amali peringkat kedua.