Isnin, Oktober 27, 2008

Demam itu datang lagi.

Entri ini didraf terlebih dahulu di atas lembaran putih tak bergaris. Kertas kosong? Kertas orang buat cetak tugasan? Kertas orang buat fotostat? Yang itu.

7 pagi. Aku mula meninggalkan perkarangan residensi aku sekeluarga. berterima kasih kepada mak dan kakak aku yang suruh aku pandu mereka ke pasar tepi pantai semalam, aku kini dilanda demam.

The ocean fever.

Setengah tahun yang sudah, aku tekad nak berhenti mandi laut kerana kadar tan(perang) tubuh aku sudah menghampiri dos yang diyorkan. Lebih tan lagi, aku akan mudah dapat kerja. Di mana? Di tapak pembinaan, that's where.

7.45 pagi. Telinga ini menangkap bunyi ombak menghempas pantai. Juga bunyi motosikal yang diubahsuai enjin dan ekzosnya. Pagi-pagi pun nak merempit. 7 pagi gerak 7.45 sampai. 30 minit memandu, 10 minit make friend with the john(jamban), 5 minit menikmati kopi percuma di stesen Esso, somewhere between Pekan Masjid Tanah dan Pengkalan Balak.

Setibanya aku di sana, aku terus memandu jauh menyusuri pantai hingga ke the tree. The tree adalah sebatang pokok yang rendang, dari spesis apa aku tak tau dan merupakan tempat wajib aku jadikan markas simpan barang.

Matahari masih tak nampak. Sangat sejuk dan redup pagi tadi. And the best part is, dalam radius 100 meter hanya aku seorang saja bersatu dengan alam, sama seperti siri kunjungan aku ke sana sejak bertahun lamanya. 

Aku habiskan 15 minit dalam air. That's 5 minutes of actual swimming, 4 minutes of floating and a refreshing minute of peeing in the pants. Bila lagi nak kencing di tempat awam tanpa rasa ragu?

10 minit kemudian, selepas strolling along the beach; there I was, sitting with a stranger, talking about the power of consumer, industrial shit, dumb-ass politicians.

Dari awal aku berbual sampailah 2 abang kepada stranger tersebut yang declared himself the greatest industrial planner of the century tiba. Aku melayankan saja dia berbual sebab semak kepala aku menunggu roti kosong dan teh tarik yang aku pesan 30 minit sejak aku tiba di kedai itu.

Teh tarik dan lontong. Bedal sajalah. Abang Misterius itu belanja. Duit aku bawa cukup-cukup RM3. Perbelanjaan yang melibatkan 60 sen buat mandi air bersih, 70 sen roti kosong dan RM1.70 untuk teh tarik yang di mana aku sepetutnya aku bawa pulang habuk tapi ada baki RM2.40.

Now to find another RM4.10 untuk membolehkan aku menyalai peparu buat separuh hari selepas jam 12 tengah hari tadi.

Setelah kepala aku serabut melayan 3 orang tua tersebut, dengan sopannya aku meminta diri sebab dah mula panas. Nampak bola panas akhirnya. Terasa mual di hujung tekak, memang dah kena cari tempat berteduh.

Dan tempat itu adalah kereta aku. Kunci di igniton dipulas dan mara pulang menuju kesengsaraan. Bali kena kemas rumah yang berkecah sebab orang tua aku buat bbq dan mengharapkan aku seorang yang kemas semua sebab kakak-kakak dan abang-abang ipar aku telah pulang ke rumah masing-masing.

Ok. Aku penat.