Dalam 10 orang yang aku jumpa, 7 daripada mereka mengatakan orang yang tak ada kehidupan, lebih tepat lagi kehidupan sosial, sahaja yang gemar bermain Solitaire.
Lagi 3, suara minoriti itu mengatakan bahawa pemain Solitaire adalah seorang yang misterius, seksi dan sukar difahami. Seksi celah mana aku tak tahulah. Tapi laporan minoriti itu menjelaskan bahawa seksi itu dari sudut raut wajah pemain ketika berkeriut dahi buat anggaran langkah seterusnya.
Sama seperti pemain catur. Bezanya pemain catur melibatkan 2 orang. Solitaire seorang. Pesaingnya adalah diri sendiri.
Pemain sendiri akan mengocok kad dan seterusnya menyusun kad tersebut ikut aturan. Bukankah itu seksi? Mengibar bendera merah dan menjerit 'War is afoot!' kepada diri sendiri. Bercakaran mental dengan diri sendiri? Fizikal tak bercalar. Nampak macam kurang siuman tapi adakah benar?
Di atas sana adalah Paul Claudel; diplomat, penyajak, yawn. Tiada perkongsian personaliti antara aku dan dia tapi pada satu titik kami bertemu satu similariti yakni pada masa menyendiri, kami akan bermain Solitaire.
Jarang aku gunakan set dek yang dibeli dari kedai 24 jam untuk bermain Solitaire. Selalu pakai semasa bersama kawan-kawan yang mengendong lebihan wang untuk diagihkan dalam permainan Chor Tai Tee.
Lagipun kurang manis membawa dek kad ke mana-mana sebab doktrin ketimuran sering mengaitkan dek kad dengan perjudian. Asal aku keluar kedai dengan satu dek di tangan, mulalah orang berbisik mengata itu ini.
Aku ada banyak masa bersendirian, maka aku habiskan masa itu dengan menjadi seksi dan tidak ada kehidupan sosial, mengikut suara minoriti dan majoriti, respectively.
Dan komputer aku juga dilengkapi dengan kad grafik berprestasi tinggi dan ruangan storan yang luas. Tapi saban hari, Solitaire juga aku hadap.
Lalu aku terfikir apakah reaksi orang jika mereka bertanyakan apakah benda yang kamu buat dan kamu jawab 'Bermain Solitaire'. Apakah mereka akan menjadi sinikal dengan menyamakan kamu dengan objek atau individu yang bosan ataupun mereka teruja lantas menawarkan diri mereka to buy you a dinner atau paling kurang secawan kopi yang di mana pada penghujung hari pemain Soltaire tersebut menyusun kad di atas tubuh mulus.
I like those odds.