Selasa, Oktober 14, 2008

Cubalah lagi.


Pagi tadi aku menerima panggilan daripada talian tetap berpangkal 05, kod untuk negeri mana tak tahu pula aku dan sikit pun tak berminat nak tahu.

Seorang wanita di hujung talian.

Aku cukup berhati-hati dalam memberi nombor telefon kepada sesiapa. Punyalah aku berhati-hati sampaikan rakan sebelah meja pun tak ada nombor aku dalam daftar taliannya. 

Entah macam mana wanita tersebut dapat nombor telefon aku, tak tahulah aku. Tapi aku yakin wanita ini menggunakan teknik cuba jaya yang dipelajari dalam matematik untuk menyelesaikan masalah persamaan kuadratik. Konsep sama yakni letak sajalah apa-apa nombor dan kemudiannya selesaikan/dail.

Teknik cuba jaya ini kerap digunakan oleh promoter sesebuah syarikat untuk mempromosikan produk mereka. Maka berprediksi aku perempuan ini seorang scammer yang suka menabur janji palsu. 

Ini percuma itu percuma tapi belakang ada juga kena bayar.

Ketika perbualan sedang berlansung, aku dapat tangkap hajat sebenar wanita tersebut yakni mempengaruhi aku untuk menambahkan komisyennya untuk bulan ini. Aku layankan juga berbual.

Ayat dan persoalan yang diajukan wanita tersebut berjela panjangnya dan disambut aku dengan 'aha' dan 'really?' yang dijadikan gelung dan diulang respectively dengan variasi nada agar wanita itu tidak bosan.

Dan yang paling penting, memberi dia satu harapan palsu kerana dalam sesetengah 'aha' dan 'really' tersebut berbaur enthusiasm.

Dalam setiap perbualan yang bermotifkan non-counter productive, akan ada 1 tahap di mana pemanggil akan mula menampakkan hasrat sebenar mereka apabila topik berkisar duit dikeudarakan.

Sayang, dia baru khatam memancing sepat sedangkan yang cuba dikailnya sekarang adalah toman.

Baru dia mahu memasuki ayat kedua yang ada kena mengena dengan duit, aku terus tekan butang merah yang ada gambar gagang telefon tu. Alah, yang orang pakai untuk master cancel itu lah. Yang ada dekat, normally, sebelah atas-kanan bawah skrin telefon tu. Jumpa? Haa...yang itulah.

Biadap? 

Tak. Serius tak. Mana boleh dicop biadap kerana wanita itu sangka talian terputus. Macam mana aku tahu? Sebab dia telefon aku lagi sekali.

Kali ini baru biadap.

'You masuk gaung ke? Bateri fon habis? Kenapa tetiba terputus?'

'Taklah.'

'Then, why?'

'Is that the fact you got my phone number has something to do with your mom?'

'Maybe. Why?'

'Well, if that's the case. Your momma's so fat, when she steps on a scale it says I want your weight not some handsome guy phone number.'

*Toot.

Langsung tiada sebarang panggilan diterima untuk sepanjang hari. Kerana aku tekan butang merah itu dalam tempoh yang agak lama dan sistem padam telefon bimbit aku diaktifkan. 

Jangan cuba jual bullshit pada aku. Aku mahir berdebat Mak Kau.