Mengkonklusikan seseorang hanya dengan sebuah gelas? What the fuck? Kalau aku cakap gelas itu separuh penuh, apa patut aku ini seorang optimis? Dan jika aku cakap gelas itu separuh kosong, apakah aku ini seorang yang memandang setiap benda dan perkara yang terjadi adalah satu sial yang selamanya kekal sial?
You can't judge people by using a glass.
Jika soalan yang diajukan berbunyi 'Apa yang kamu nampak pada gelas tersebut?', apakah mustahil respon yang diterima berbunyi 'Cawan itu berbibir sumbing.' or better yet, 'You and that glass can go to hell for all I care. Works piling.' atau 'Aku haus, mai segelas?'?
Jika jawapan yang diterima tak memenuhi kriteria pesimis/optimis yang dimahukan, adakah Tembok Besar China akan runtuh? Boleh jadi, dalam ratio 1:1,000,000 probability. Tapi itu bukan maksud aku.
My point is, hanya individu itu sendiri tahu samada dia itu pembongak atau insan harapan nusa dan bangsa.
Aku ajukan soalan ini kepada seorang teman.
Dia jawab 'It's a glass half empty.'
Lalu mengikut skema jawapan, aku beritahu dia bahawa dia seorang pesimis. Penerangan panjang lebar tentang definisi pesimis dan konsep pesimistik dilengkapi contoh individual dan kejayaan mereka yang dibantu oleh enjin carian Google turut aku sertakan dalam perbualan tersebut.
Dia tunduk. Mengeluh.
'No wonder selama ni aku asyik gagal dalam almost everything. Education, love, etc.'
Aku bertanyakan kenapa.
Dia jawab, 'Aku kena sumpahan gelas. Sebab gelas punya pasal aku jadi macam ni.'
Aww great. This glass stuff will complicate people even more. Adalah lebih elok jika dibiarkan mereka tak tahu daripada mereka tahu dan apabila mereka tahu, mereka akan mula act all weird and soon pakai celak tebal dan gincu dan berkuku hitam serta rambut tersisir tepi melekat dengan kulit muka dan panggil diri mereka Emo Army.
Gelombang Emo sudah tamat di sini, I presume?
Sudahlah. Aku nak minum segelas air suam separuh kosong and later on today, segelas lagi and I'll make it half full.