Dari jauh aku memerhatikan satu fenomena yang dipanggil the-can you dig my pair of cans-phenomenon.
Aku pergi masjid tapi atas sebab-sebab tertentu aku tak mendirikan solat sunat Aidilfitri pagi tadi sungguhpun aku tercatuk di pintu gerbang tepat jam 8 pagi. Di balairong masjid aku dan salah seorang dari trio Blood Brothers duduk sambil berbual mengeji mengutuk mengumpat hampir semua pengunjung masjid pagi tadi.
Antara isi umpat cerca kami adalah pengunjung wanita yang kalau boleh nak ikat bahagian belakang baju kasi betul-betul ketat agar sepasang payudara berlapis kain warna-warni tak disalah anggap dikatalis oleh span atau tisu atau push-up bra atau apa sahaja mekanisme pseudo-kebenaran yang digunakan untuk bring out the package.
Perlukah kamu get all flashy di pagi yang mulia? Tak faham akulah.
Adakah mereka ini bertaruh pada solat sunat Aidilfitri lepas atau tarawikh Ramadhan ini dan bahan taruhan mereka adalah saiz payudara?
Contoh perbualan imaginasi aku:
Perempuan 1: Kau ingat kau punya dah cukup besar?
Perempuan 2: I guess so, this is a D-cup.
Perempuan 1: I can tell. Tak apa, tunggu pagi raya nanti. I know I'm a C now, but hey, time make a fool out of you.
Perempuan 2: So it's a bet. What's the wager?
Perempuan 1: Pemenang gelakkan loser dengan gelakan paling menyakitkan hati dan winner gets to call loser seto'et.
Perempuan 2: Deal!
Perempuan 3: Hello, tarawikh dah habis. Tak reti-reti nak berambus?
Mungkin itu bait-bait perbualan mereka. Aku tak tahu. Fenomena pagi tadi adalah satu konundrum.
Kenapa perlu rosakkan stereotaip pengunjung wanita telah lengkap bertelekung ke masjid?
Dan tak ketinggalan caci hina pada pengunjung lelaki yang berambut karat tapi muka pecah rumah. Siap ada gigi yang rompong tatkala senyuman dilemparkan-juga dengan rambut karat. Baik yang tua baik yang PMR pun tak ambil lagi. Boleh melepak kedai kopi kau 2 orang main laga-laga rambut.
Kamu ke masjid untuk apa?
Untuk jadi bahan jenaka orang ramai?
Aku?
Masih tercari-cari.