Dikesat tompokan saliva di pipi. Perlahan didekatkan tangan kanan ke hidung. Hilang sengguk mengantuk dengan kehadiran bau yang kurang menyenangkan. Fasa bangkit pagi dari tidur semalaman amat payah dilaksanakan jika tak diseksa rasa selesa.
Itu pagi ini. Setelah imun dengan bau yang terbit dari daki celah kelengkang yang di mana daki tersebut digentel hingga membentuk apa yang dapat digambarkan sebagai satu benang tebal berwarna kelabu yang panjangnya mengikut kadar perpeluhan dan faktor kebersihan seperti bilakah kali terakhir tubuh disirami air.
Tersenyum panjang mengenangkan berita semalam punya semalam punya semalam. Tiada di dada akhbar, tiada slot ringkas di kaca tiub, tiada lalakan sumbang di corong radio. Hanya berita yang disampaikann menerusi perbualan dua hala antara dua insan.
Dua insan ini tiada sejarah perhubungan rapat. Mungkin ada. Siri perbualan pendek dua minit, kadang kala berlanjutan hingga sehari suntuk. Habis setakat itu, teman berbual. Teman berkongsi hilai tawa. Lebih dari itu, masih kabur lagi haluannya.
Salah satu dari insan tersebut dahulunya dikenali sebagai bukti kukuh satu peribahasa lama ini masih relevan dipakai. Ia berkaitan dengan pengairan tradisional. Dari dulu insan ini tak pernah merapati, tukar, jarang merapati insan yang berbeda dari sudut fizikalnya.
Tiada ironi, cuma dia lebih gemar menunggu datangnya pelawaan dari yang sana. Takjub, ramai juga yang mempelawa dan ramai juga menyesal dengan mengajukan pelawaan itu kerana insan tersebut pada akhirnya tetap akan jadi kesakitan dalam dubur dan ianya lebih baik meninggalkan punca kesakitan dalam dubur tersebut.
Sungguhpun tiga hari telah berlalu, berita dari insan yang lagi satu tetap menjadi perkara pertama yang terawang dalam fikiran insan yang lagi satu ini.
Memeningkan? Begitu juga aku, cuba tingkatkan daya pemahaman dan mustahil tidak kekal tidak.
Insan ini hampir diserang spasma ekoran sepotong ayat dalam sesi perbualan ceria kelmarin. Ayat itu cukup membunuh kredibiliti insan tersebut. Ayat tersebut cukup menggambarkan betapa realiti yakni feminisme mampu menyejat kering testosteron adalah benar.
Pada masa yang sama, insan tersebut menghela nafas lega kerana daya tarikan peribahasa itu masih ada.
Peribahasa itu.
Carilah dan taakul sendiri peribahasa itu. Dan segalanya akan menjadi nyata. Panduan ada di atas sana, di suatu tempat yang aku sendiri musykil letaknya di mana.