Sabtu, Oktober 18, 2008

Percuma.

Sering meminta ihsan ibu bapa pada tengah bulan?

Perbelanjaan terhad pada makan, minum dan transportasi sahaja?

Harapkan teman lelaki/wanita dapat menampung beban kewangan sedang kamu di ambang perpisahan ekoran kecurangan kamu meniduri orang yang lain?

Suami tahi hidung masin? Isteri tangkai jering?

Wang saku sering diugut pelajar senior yang berlagak macam bagus?

Dengan tekanan ekonomi per individu sebegitu rupa, tidakkah kamu terasa mahu luahkan perasaan kamu dengan nyanyian?

Dan apabila menyedari nyanyian kamu hanya baik sikit dari katak memanggil hujan, apakah kamu mahu menyerahkan tugas nyanyian tersebut kepada penyanyi itu sendiri?

Ramai mengeluh bila seorang penyanyi atau kumpulan hanya sekadar one-hit wonder. Tiada lagi karya baru dihasilkan. Blok apa cirit. Ilham tak datang.

Poodah!

Senang cerita mereka ini berhenti menghasilkan lagu siulan ramai sebab mereka rasa rugi. Sedang air liur mereka mengalir deras dilanda delirium berkereta besar, berumah 12 tingkat, wanita/lelaki keliling pinggang; angan-angan liar itu terhenti apabila realiti seperti lagu mereka sungguhpun sedap, ia tetap akan menjadi mangsa lanun cetak rompak.

Muzik itu seni?

Nampak gayanya lebih kepada satu entiti perniagaan. Hasil jualan album macam haram, terus taknak petik gitar kapuk sambil sebelah tangan etch-a-sketch nota-nota muzik atau bingkisan ayat untuk dijadikan lirik.

Padan muka kaulah sebab album tak laku.

Dan untuk menegeruhkan lagi keadaan, aku akan perturunkan sedikit ilmu ke-lanun-an.






...Pada entri seterusnya. Malam minggu ni, takkan mahu terperuk dalam bilik sambil mendakap berahi bantal peluk?