Selalu dengar dalam filem-filem barat apabila ada orang mahu tempat duduk co-pilot dan dia akan menyebut "shotgun"?
Shotgun ini adalah salah satu terma pada zaman Liar Barat atau zaman koboi atau zaman lelaki Marlboro bermaharajalela di tanah Barat yang merujuk kepada tempat duduk co-pilot.
Sejarah shotgun dahulunya digunakan penghuni co-pilot untuk mengusir bandit berkuda atau bermotokar dari merompak atau menculik penumpang kenderaan yang dinaikinya. Dulu-dulu zaman senjata api digunakan berleluasa tanpa perlu lesen pelbagai.
Sekarang, penjahat pun tak berselera nak rompak kereta orang. Dari penat-penat rompak dan hasilnya cuma sebungkus epal busuk, kad kredit yang digantung penggunaannya, syiling segenggam, wang kertas tak sampai RM50, ada baiknya bandit tersebut rompak bank.
Lagi berkepuk duit disimpan di sana.
Peredaran zaman tak membawa makna shotgun yang suatu ketika dahulu dijadikan mekanisme pertahanan juga luput ditelan arus pemodenan. Shotgun dulu-dulu literal pegang selaras senapang patah, shotgun sekarang hanya sekadar permainan untuk merebut tempat duduk di hadapan sebelah pemandu.
Maka aku pun mencubalah permainan shotgun ini.
Dan penumpang yang lain pula berbadan besar-besar hendaknya. Tolak pemandu yang juga berbadan besar, ada 3 orang mengimpikan keselesaan muktamad bangku hadapan.
Dengan harapan mereka yang lain tahu peraturan permainan shotgun ini, aku jerit 'SHOTGUN!' dengan kuat. Yang lain buat muka bingung. Aku jerit lagi sekali, itu juga respon yang diterima.
Dalam hati, ' Pergi mampus sama kau, aku nak duduk depan. Tak nak aku berhimpit dekat belakang.'
Aku bergegas ke tepi pintu hadapan dan sebaik sahaja tangan kanan 40% sasa ini merapati pemegang pintu, aku ditolak lantas tersembam ke tanah.
'Oi dude, what the fuck?'
'Kau tu halus. Pergi duduk belakang.'
'Respect la sikit dekat permainan shotgun.'
'Shotgun-schmarschmorgun. Dari aku pijak kau sampai terkeluar taik hijau, dipersilakan duduk belakang.'
'Ok.'
Aku memang menolak sangat duduk belakang sebab kamu faham-faham sajalah jika kamu sekereta dengan lelaki berbadan besar, mereka gemar kentut lepas tu dok bangga dengan kepaduan bunyi kentut tersebut dan aroma yang terhasil.
10 minit kereta berjalan.
*Badaboom!
Lelaki berbadan besar 1: 'Ooopsiee. My bad.'
Lelaki berbadan besar 2: 'Way to go dude!'
Driver: 'Yang terkacis abad ini adalah kentut kau! Kudos!'
Aku: 'Kena kudislah buntut kau pukimak!'